(Firstly, Cik Vean nak mintak maaf kat korang! Dah berkurun lama cerita ni tak updatekn? Cik Vean tengok ramai orang duk masukkan cerita ni dalam reading list and ada jugak yang comment bila nk update. Maaf ya. Cik Vean memang seorang author yang kejam. Huhu. Memandangkan mood dalam keadaan baik jom kita ikut kembara 5 Wave! Enjoy!)
Bab 11
Kim membuka matanya perlahan-lahan. Imej pertama yang dilihatnya sekarang ialah Tulip sedang cedera. Enna memegang pedang kembar miliknya. Rex pula berada di sebelah Enna dengan memberi bantuan dengan tukulnya. Olio pula sedang merawat Tulip.
"Apa yang sedang berlaku ni?!" Kim cuba bergerak tapi sekarang baru dia perasan bahawa dia berada di dalam air. Imej paparan tadi umpama dia sedang menonton televisyen 3D.
"Rileks, Kim. Kau sekarang berada di dalam minda terdalam kau. Imej yang kau tengok tadi merupakan apa yang sedang berlaku di dunia nyata sekarang." Terang seseorang dengan suaranya yang garau.
Tiba-tiba muncul duyung dari belakang Kim. Rambutnya berwarna perang. Ekor besarnya yang berkilau bak warna lautan itu berkibas-kibas di dalam air ini. Dia berenang mengelilingi Kim.
"Ekor ni! Kaulah yang perhatikan aku haritu! Apa yang kau dah buat dekat aku?!" Bengis. Taring Kim perlahan-lahan mulai panjang melebihi bibirnya.
"Nama aku Topez tapi kau tak tanya pun tadikan? Tak apa aku memang akan bagitahu pun walaupun kau tak tanya. Hahahaha. Oww, untuk menjawab soalan kau tadi. Aku sedang kawal badan kau sekarang ni dan aku sedang serang kawan-kawan kau guna sihir api kau. Tengoklah semua paparan ni! Imej kawan kau yang tak sanggup cederakan kau tapi kau pula macam orang gila nakkan nyawa diaorang. Hahahaha." Topez ketawa.
"Gila!"
"Siapa gila? Aku? Tapi aku rasa kau yang gila! Macamlah aku tak kenal siapa kau! Kewujudan kau disini sebenarnya nak lenyapkan desa Hiluth kan? Aku tak sangka makhluk macam kau sanggup menyamar sebagai keturunan Vampyr semata-mata nak hapuskan Hiluth. Lemah!"
"Kau kenal siapa aku? Huh!" Kim memberi jelingan sinisnya kepada Topez. "Aku kagum dengan kau. Kau tak takut pun pada aku sikit pun kan walaupun kau tahu siapa aku sebenarnya." Senyuman manis diberikan pada Topez. Senyuman manis yang mengerikan.
Mata Topez terbeliak besar. Sekarang Kim dengan mudah bergerak dan memegang erat mukanya. Padahal tadi Kim sudah dikenakan sihir agar dia tidak mampu bergerak walau sedikit pun!
"Tak guna!"
"Berani lagi kau bercakapkan?" Suara Kim kedengaran halus di telinga Topez.
Topez kini mulai ketakutan. Mata Kim ditatap. Mata merahnya mulai bertukar kepada warna biru. Warna yang dingin.
"Arghhhhh!"
Entah apa yang dilakukan oleh Kim menyebabkan Topez menjerit seperti orang gila. Kim pula tersenyum girang melihat Topez dalam keadaan sebegitu.
***
"Kim~" Sayu saja suara Tulip.
Selepas sahaja Kim pengsan tadi. Tulip terus memegang badan Kim bagi mengelakkan dia jatuh. Namun beberapa saat selepas itu, Kim mulai sedar dan ketawa. Serangan api bertubi-tubi diberikan kepada Tulip yang kebetulan berada di hadapannya. Oleh sebab itu, Tulip cedera dan Olio pantas menyembuhkan Tulip. Enna dan Rex masing-masing sedia dengan pedang dan tukul mereka.
"Kim! Kau kenapa?!" Rex bertanya dengan nada tegas.
"Mata dia. Itu bukan Kim." Tulip bersuara dalam keadaan dia sedang cedera.
"Mata biru." Gumam Enna sendiri.
"Oi, jangan banyak cakaplah. Kau cedera. Tunggu sampai Siti rawat kau sampai sembuh dulu baru kau boleh cakap apa yang kau nak!" Tengking Olio.
"Aku alihkan perhatian dia. Kau serang bila dia leka. Pedang api aku mampu tahan serangan dia." Enna terus menukarkan jenis pedangnya.
"Eh, Enna! Tak akanlah kita nak serang Kim?! Dia kawan kita! Takkan lah nak lawan kawan?!!" Rex cuak. Tangannya menggigil apabila mengenangkan bahawa dia bakal menyerang Kim.
"Tak dengar apa yang Tulip cakap tadi? Tu bukan Kim. Aku rasa dia dirasuk sesuatu." Enna berlari menuju ke arah Kim. Lompatan dibuat sebelum pedang dihayun tinggi untuk menyerang Kim.
Kim melompat kebelakang. Nyaris dia terkena serangan Enna tadi. Buku lima pantas dikenakan pada muka Enna namun serangan itu terkena pada pedang api Enna.
"Cuba serang aku dengan sihir api halimunan kau tu ke? Semua helah Kim aku dah tahulah!" Enna menukar jenis pedangnya sekali lagi. Kini terdapat satu pedang yang mempunyai dua hulu. Dua hulu itu dipisahkan dan menjadi dua bilah pedang. "Rasakan Pedang Ying and Yang!"
Pedang hitam dan putih itu dikenakan pada tubuh Kim sebelum dia terundur kebelakang. Kim muntah darah.
Matanya yang berwarna biru itu bertukar menjadi simbol jam dan nombor. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu yang sukar difahami.
"Maafkan aku Kim!" Rex melemparkan tukulnya dan tepat mengenai kepala Kim. Kim tumbang sebelum sempat melakukan apa-apa.
Mereka semua perlahan-lahan menghampiri Kim. Olio memegang kepala Kim sambil di sebelah tangannya yang lain memegang satu patung yang buruk dan pudar warnanya.
"Wahai penghuni di badan ini! Pindahlah engkau ke patung ini. Tinggalkan jasad ini dan kalau engkau enggan maka binasalah engkau!" Cahaya pentagram sihir yang terang wujud dibawah badan Kim sebelum cahaya itu semakin malap dan hilang.
Patung yang buruk dan pudar warnanya itu kemudian bertukar bentuk kepada patung seekor duyung lelaki.
"Duyung." Olio berbisik sendiri memandang patung duyung itu. " Nampaknya koleksi aku semakin bertambah. Hehehe." Olio tersenyum disebalik topengnya. Kuasa voodoo Olio membolehkan Olio memerangkap seseorang ke dalam patung dan menggunakan sihir yang wujud pada orang itu dengan arahannya. Contoh paling jelas ialah patung jururawatnya yang bernama Siti. Siti asalnya merupakan seorang jururawat sihir yang hebat sebelum ditangkap oleh Olio ke dalam patung voodoo nya. Alasannya kerana Olio perlukan seseorang untuk merawatnya apabila sakit. Tch.
@vean_edryna
Do comment n vote. Komen yaa..sbb kekadang wattpad ni gila sikit. Vean pun tak sure benda ni da publish ke belom sbb dia tulis publish pun belom tentu da publish kn?
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...