Bab 16
5Wave kini dalam perjalanan menuju ke Negara Vamps. Mereka menggunakan kawasan hutan untuk ke negara kelahiran Kim itu.
"Ada sesuatu yang peliklah. Mana semua orang?" Tegur Kim tiba-tiba.
Dia melihat sekeliling. Kawasan titi yang digunakan untuk ke negara Vamps diteliti satu persatu-satu. Di negara Vamps, titi terapung digunakan sebagai jalan kerana jalan di tanah langsung tidak dapat digunakan. Di tanah kawasan hutan ni begitu banyak binatang buas.
"Pelik?" Soal Tulip. Ahli 5 Wave yang lain juga melihat sekeliling.
Gelap. Biasalah apabila siang sudah mula mengganti waktu kepada malam. Sunyi? Mungkin juga sebab daripada tadi langsung tiada orang yang mereka jumpa. Seperti tidak berpenghuni sahaja negara ni.
"Tiada pengawal. Sepatutnya ada pengawal yang mengawasi kawasan ni. Aku dah rasa lain macam sekarang ni. Apa kata kita bergerak cepat sikit boleh tak? Dekat dah ni." Kim sudah mula berlari.
Enna dan yang lain pun mula berlari mengekori Kim daripada belakang. Setiba sahaja mereka di pintu gerbang negara Vamps, langsung tiada manusia kelihatan. Vamps kelihatan seperti negara yang tidak berpenghuni langsung.
Dia tergamam. Lutut dia lemah sebelum dia hampir jatuh. Kim takut jika keluarga mungkin diculik juga.
"Kim." Tulip memegang badan Kim. Mengelakkan dia daripada jatuh terus.
"Ma-mana semua orang?" Kim hampir menangis.
"Kita cuba lihat sekeliling. Sepatutnya orang yang hantar misi tu hidup lagi. Sepatutnyalah." Cakap Olio.
Suasana sunyi malam itu ditambah dengan keadaan emosi Kim yang sedih menyebabkan keadaan malam itu menjadi suram. Vamps negara yang besar. Nak melihat sekeliling bukan perkara yang mudah. Ditambah lagi dengan ketiadaan orang yang menyebabkan 5 Wave langsung tidak tahu mana mahu memulakan misi. Lima orang untuk mencari manusia dalan negara sebesar ini memang mustahil tapi untuk ahli sihir seperti mereka. Benda yang mustahil dilakukan oleh manusia menjadi mudah buat ahli sihir.
"Nampaknya kita terpaksa berpisah. Dalam masa 5 jam dari sekarang kita berkumpul semula disini." Enna selaku ahli tertua mula memberi arahan.
"Baik!"
Mereka berlima mula berpecah.
Tulip pun memulakan pencariannya. Daripada melalui laluan titi yang disediakan dia lebih suka ke tanah. Dengan semangat dia terjun daripada titi terus ke tanah. Daratan yang bagus itu langsung tidak menyebabkan sebarang kecederaan. Rumput kering disekitar berterbangan dek angin yang terhasil daripada daratan Tulip.
Hoddie merangkap alat magiknya digunakan. Mode telinga arnab diaktifkan. Kasut yang dipakainya pula dicabut. Getaran yang terhasil melalui tanah seakan memasuki tubuhnya melalui tapak kaki.
"Senang sikit yang cari kalau macam ni." Dia selamba dia melalui hutan belukar itu dengan berkaki ayam.
Enna pula lebih suka menggunakan sihir dimensi yang dimilikinya. Apabila dia sudah melihat keadaan sekeliling sesuatu kawasan dia terus membuka pentagram sihir bagi menjelmakan pintu dimensi.
Masuk sahaja ke dalam pintu itu, dia terus muncul ke kawasan lain. Untuk memindahkan manusia menggunakan sihir dimensi ini begitu sukar sebab itulah Enna lebih gemar gunakan kuasanya untuk menyimpan pedang. Kalau salah wujudkan pintu dimensi dia mungkin akan muncul di tempat yang salah. Tetapi untuk hal darurat seperti ini menyebabkan Enna terpaksa menggunakan sihir ini.
"Urgh, kenapa langsung tak jumpa orang ni?!" Raung Enna kerana geram.
Rex pula melihat sekeliling kawasan bandar Vamps. Tukulnya dipangku pada bahu. Matanya ligat melihat sekeliling.
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...