Kim duduk bersandar di belakang rumahnya dimana dindingnya dipenuhi dengan darah kering.
Jari telunjuknya kemudian perlahan mengorek sesuatu. Sesuatu seperti bebola sebelum dimasukkan ke dalam mulut.
"Sedap."
Sekali lagi jarinya mengorek sebelah lagi mata mangsanya sebelum dimakan. Mata birunya perlahan-lahan berubah menjadi merah. Kemudian mata itu berubah kembali menjadi warna biru.
Mayat lelaki itu kemudiannya dibakar menggunakan sihir api halimunan nya. Terus hilang mayat tersebut bertukar debu.
Satu lagi mangsa yang sedia ada di situ kemudian ditarik ke hadapannya. Mangsa itu kelihatan lemah.
"Kau akan dapat balasan atas apa yang kau buat pada kami." Ujar wanita itu dengan suara yang sayu sambil menangis.
"Apa yang kau boleh buat? Negera Vamps diambang kepupusan. Perlahan-lahan negera kau akan hilang dari sejarah. Sekarang baring situ diam-diam. Aku nak makan mata kau supaya mata aku tak akan berubah biru lagi."
Kim mengeluarkan mata kanan wanita itu sebelum memakannya rakus. Kim tersenyum sinis apabila melihat wanita itu mengelupur kesakitan.
"Arghhhhhh!"
"Shhhhh, ada sebelah lagi ni." Kim pun memakan mata wanita itu sebelum membakarnya hidup-hidup.
***
"Mama." Tulip yang kini baru berusia 13 tahun menghampiri mamanya yang sedang duduk bersebelahan papanya.
"Tulip, mari sini." Panggil mamanya. Tulip terus duduk di riba Mamanya.
"Ya, Mama."
"Suatu hari nanti, bila Mama tiada."
"Lili, apa yang awak cuba cakap pada Tulip ni?"
"Abang, Tulip patut tahu siapa dia sebenarnya."
"Papa, Mama. Apa yang patut Tulip tahu?"
"Lili, dia masih muda. Dia tak bersedia."
"Renand, saya tahu siapa saya sebenarnya pun pada usia saya sebaya Tulip jadi saya rasa Tulip dah bersedia."
"Uhh." Renand mengeluh.
"Tulip sebenarnya kamu separa manusia-separa angel."
"Angel? Bidadari? Wau!" Tulip teruja.
"Ya. Bidadari sayang."
"Dengan kata lain, separa keturunan Heart dan separa angel. Separuh papa dan separuh mama."
"Urm, jadi ianya perkara baik atau tidak?"
Lili dan Renand terdiam. Mereka sendiri belum ada jawapan pasti mengenai semua itu. Menjadi anak kepada angel mungkin berbahaya tapi membawa keuntungan.
Tulip memandang papa dan mamanya. Otaknya cuba memproses situasi yang sedang berlaku sekarang. Jadi sekarang semuanya masuk akal.
Patutlah papanya berbadan kecil sahaja sama seperti keturunan Heart yang lain sedangkan mamanya agak tinggi dan mempunyai sayap putih yang besar.
Kemudian, imej keadaan itu bertukar kelam. Entah kenapa seorang demi seorang hilang dari kawasan tempat tinggal Tulip.
Imej sekarang kemudian bertukar menjadi tragedi apabila Tulip melihat sendiri dihadapan matanya mama dan papanya dibunuh dengan kejam.
Tulip menjerit. Tubuhnya berpeluh. Dia terjaga dari mimpi ngeri sebentar tadi. Enna yang sedang tidur lena di sebelah Tulip terjaga.
"Tulip kenapa ni?"
Tulip terus memeluk tubuh Enna. Dia menangis mengingat kembali apa yang baru dia mimpi.
"Mimpi. Tulip mimpi pasal mama dan papa."
"Dah-dah-dah. Benda dah lama berlalu. Jangan terlalu ingat balik kejadian lama tu." Enna menepuk-nepuk belakang Tulip.
"Tulip rindukan Mama dengan Papa!" Raung Tulip.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Vean: Yeah, nampaknya siapa Kim sebenarnya macam dah nak terbongkar sedikit demi sedikit. //excited//Olio: Betul tu. Nampaknya selama ni dia makan mata keturunan Vampyr untuk mengekalkan warna matanya.
Enna: Tapi siapa pula Yuni, cucu Tok Ayah tu? Kenapa Tok Ayah tak pernah cerita pada 5 Wave? //curious//
Vean: Itu pun satu misteri juga!
Rex: Tulip pun nampaknya ada sesuatu yang menarik tentang dia. Angel? Wau, nampaknya cerita dah jadi menarik!
Vean: Dah-dah-dah! Korang pergi hafal skrip sana. Menyibuk sini buat apa! ><
Enna, Olio & Rex: Ala~
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...