2|Mihun Sup

538 28 2
                                    

(Inilah Rex Strongheal! Okay, memang kacak ditambah pula dengan penutup mata itu. Aww~ Sumber daripada google images)

 
     Malam itu, mereka berlima makan di warung Tok Ayah. Di warung Tok Ayah ini menyajikan pelbagai jenis makanan berkuah. Mihun Sup, Mi Sup, Stew dan pelbagai lagi jenis makanan berasaskan kuah dijual disini. Seperti biasa, menu biasa dipesan oleh mereka.

"Tok Ayah! Mihun Sup lima! Satu nak letak banyak ayam dan daging! Dua letak banyak sayur! Satu nak biasa tapi sambal sikit. Satu lagi tu.." Separuh menjerit Kim dari meja.

"Nak sambal dan sayur lebih tapi tak nak ayam dan daging kan? Tok Ayah tahulah menu biasa korang ini." Kim ketawa dengan jawapan Tok Ayah.

Tok Ayah merupakan tauke warung ini. Di sini Mihun Sup Tok Ayah lah yang paling sedap. Tok Ayah juga selesa dipanggil dengan gelaran Tok Ayah. Sesuai dengan umurnya. 5 Wave ialah pelanggan tetapnya. Jadi menu biasa yang selalu dipesan oleh Kim sudah diketahuinya. Untuk yang extra ayam dan daging sudah tentulah untuk si sasa Rex. Tambahan sayur pula milik dua gadis cantik iaitu Tulip dan Enna. Olio pula selalu minta mihun sup biasa kurang pedas. Kim pula selalu nak sambal dan sayur lebih. Ayam dan daging tidak mahu diratahnya.

Bajet vegetarian.

"Lima mihun sup siap!!" Laung Tok Ayah seraya menghidangkan mihun sup ke kelima pelanggan tetapnya itu.

"Yeay, dah sampai! Masa untuk makan!!" Tulip terus mengambil sudu dan garfu lalu memakan mihun supnya diikuti oleh Enna, Rex dan Olio.

"Wah, dah siap! Makan dulu ya!!" Kim dengan pantas hanya menggunakan garfu terus memakan semua mihun dan menghirup sup itu.

Pantas!

"Okay, ini manusia atau hantu?! Makan cuba beradab sikit!" Sudu yang berada dalam pegangan Enna terus dipukul tepat pada kepala Kim.

"Aku masih tertanya-tanya macam mana dia boleh makan semua mihun sup sepantas itu walaupun perutnya kecil." Rex memandang Kim. Manakala Kim masih lagi mengusap kepalanya. Sakit akibat diketuk oleh Enna. Tulip pula hanya ketawa. Olio? Dia khusyuk dengan makanannya itu.

Senang Cik Vean nak kasi tahu dekat sini daripada tadi..Olio masih lagi dengan mihun sup kurang pedas dia. Tak habis-habis dari tadi. Maklumlah, makan sambil tutup mulut. Ayu konon. Rex pula sudah habis dan kini sedang menikmati teh panas. Tulip dan Enna juga baru sahaja habis makan mihun sup manakala Kim.

"Tok Ayah! Tambah satu lagi!" Ucap Kim dengan tangan diangkat. Di meja makan itu penuh dengan mangkuk mihun sup milik Kim.

"Banyak makan hari ini ya,Kim." Tok Ayah dengan pantas terus menghidangkan mihun sup. Ye, selain sedap, servis makanannya yang pantas menjadi salah satu daya penarik yang menyebabkan Kim setia dengan warung ini.

"Mestilah banyak! Dah berapa hari tak makan mihun sup ini! Jadi ini kira gantilah. Hehehe." Kim bercakap dengan mulutnya penuh dengan mihun sup.

Habis tersembur pada Olio yang sopan sedang makan mihun sup daripada tadi. Malang betul nasib Olio kerana duduk berhadapan dengan Kim.

"Kim, kau tak nampak ke aku sedang makan?! Lain kali hadam dulu makanan itu baru cakap!!" Olio meninggikan suaranya. Kim pantas menutup telinga dengan kedua belah tangannya. Mulutnya pula sempat lagi menggigit sayur sawi yang ada di dalam mihun sup. Sedap~

"Sabar, Olio. Bukan tak kenal Kim ini. Nampak mihun sup dia bukan kenal siapa kawan dia dah." Rex yang duduk di sebelah Olio cuba menenangkan Olio.

Olio memandang wajah Rex. Sebelah mata kanan Rex ditutup bak lanun. Dikepala kemas dililit satu kain bersisik ikan. Mata kepada pemilik rambut coklat itu ditenung sebelum nafas ditarik dalam. Dia cuba untuk bertenang dari memarahi Kim. Dia CUBA!

"Kim comel." Tulip tiba-tiba bersuara.

"Aku dah lama tahu. Hahaha." Kata Kim seraya menghabiskan mihun supnya. Kemudian, satu lagi mihun sup ditambahnya.

"Perasan betul!" Enna menjeling tajam ke arah Kim sebelum menghabiskan minumannya.

5 WaveWhere stories live. Discover now