9|Diserang

282 24 3
                                    

     5 Wave baru sahaja keluar dari perkarangan kediaman Ketua Hireo. Masing-masing mengeluh kecuali Tulip yang sentiasa dengan watak cerianya.

"Mana pula nak cari duyung jantan ini?" Rex merungut. Pengikat kepalanya menjadi senget apabila Rex mengusutkan rambutnya.

Belum sempat keempat mereka memberi jawapan. Mereka tersentak apabila Kim diserang oleh Malyn secara tiba-tiba. Malyn yang muncul entah dari mana terus mencengkam leher Kim.

"Kenapa tiba-tiba serang aku ni, Malyn?!" Kim menjerit apabila lehernya ditahan dengan lengan gadis itu. Badannya pula telah separuh tenggelam pada dinding yang sedia ada disitu.

Penduduk desa yang melihat kejadian itu terus melarikan diri. Masing-masing menyembunyikan diri apabila melihat perbalahan antara ahli sihir. Takut jika diri mereka tercedera.

"Siapa kau sebenarnya Kim Vampyr? Kau apa?" Belum sempat menanti jawapan daripada Kim, dia ditendang oleh sesuatu.

"Tendangan Kaki Kanggaru!" Suara kecil Tulip kedengaran sekaligus mengakibatkan Malyn terpelanting beberapa meter jauhnya. Kesan ditendang dengan kaki kanggaru Tulip menyebabkan Malyn terjatuh namun dia bingkas bangun.

"Maaf, Malyn! Kalau kau serang Kim maknanya kau cari pasal dengan 5 Wave." Nada Tulip ceria tapi mempunyai pandangan mata yang menakutkan. Aura kuat dikeluarkan oleh Tulip menyebabkan Malyn tersentak namun cepat diabaikan perasaan gentar itu.

"Jangan kacau urusan akulah!" Malyn menjerit dengan sihir Medusa diaktifkan. Matanya ularnya kelihatan jelas.

Ahli 5 Wave yang lain menyorok di belakang badan besar Rex. Penutup mata Rex kini dialihkan ke sebelah kiri. Mata kanan yang selama ini tertutup jelas menunjukkan satu parut yang panjang. Mata kanan perlahan terbuka. Anak mata kelabu jelas kelihatan menandakan mata kanan itu buta.

"Sihir kau tak berkesan pada mata aku. Mata kanan aku buta tapi ajaibnya aku masih dapat melihat kedudukan kau." Tangannya digenggam erat. Pentagram sihir muncul dan Rex memberikan tumbukan padu pada pentagram yang wujud di tanah menyebabkan tanah bergegar dan merekah lurus tepat ke arah Malyn.

Malyn hilang keseimbangan dan terjatuh. Sihirnya terbatal!

"Cis, tak guna!" Malyn geram. Matanya sempat lagi memerhati ke arah Kim yang masih lagi memegang lehernya. Sesak nafas dicekiknya tadi mungkin.

Malyn cuba berdiri. Apabila dia mengangkat wajah memandang ke atas. Dia melihat Enna dengan pedang perak berukir cantik berada di atas dalam keadaan sedia membelahnya dengan pedang itu.

"Rasakan ini!" Enna menjerit.

"Rasakan ini dulu!" Malyn tersenyum sinis. "Sisik besi ular!" Serta merta baju sisik ular Malyn menutupi badannya. Seluruh badannya kini dipenuhi sisik besi ular yang keras. Sekaligus menyebabkan pedang perak Enna terpelanting apabila mengenai tubuh Malyn.

Pentagram muncul dibawah pedang perak dan pedang itu hilang ditelan pentagram.

"Biar aku pula. Rex!" Ajak Olio.

"Nak buat serangan kombo yang kita berlatih tu ke? Jom!" Rex segera mengambil tukul di belakangnya.

Olio mengeluarkan patungnya. Patung kayu digunakan untuk perlawanan kali ini. Pentagram muncul dan patung itu hidup. Jari jemari Olio pula bergerak-gerak mengawal pergerakan patung kayu itu. Benang halus menjadi perantaraan antara Olio dengan patung kayunya itu.

Patung kayu itu terus menyerang Malyn mengikut pergerakan jari Olio.

Malyn mencebik geram. Macam mana dia mengelak pun, patung itu mengekori dan menyerangnya.

"Aku kena kalahkan Olio barulah benda ini tak serang aku lagi!" Malyn mengelak pantas serangan patung kayu itu dan bergerak laju ke arah Olio. Namun dihadapannya kini ialah tukul yang entah mana muncul.

Tukul itu tepat mengenai dadanya. Malyn tersungkur. Tukul itu begitu berat sehingga dia tidak mampu mengalihkan tukul daripada atas tubuhnya.

Dia tertipu! Patung kayu itu cuma perangkap untuk dia leka dengan serangan tukul daripada Rex. Cis!

5 Wave perlahan-lahan datang menghampiri Malyn. Badan Malyn kini normal dan tidak bersisik lagi.

"Kenapa kau serang Kim?" Soal Olio, bengis.

"Ya! Kenapa kau serang aku? Sesak nafas aku kena cekik dengan kau tahu tak?!" Kim masih lagi mengurut-urut lehernya. Terdapat kesan biru pada lehernya. Bengkak.

"Heh." Malyn tersenyum sinis.

"Malyn, kau terus terang jelah. Kalau kau terus terang. Kami janji tak akan laporkan hal ini pada ketua." Tulip dengan nada sopannya.

"Tulip, perempuan macam ini bukannya boleh dibawa berbincang." Enna menjeling ke arah Malyn.

Malyn diam. Matanya memandang Kim. Ditenung seperti hendak dibunuh sahaja Kim itu.

"Korang~ Dia buat pandangan maut dekat saya." Kim merenggek manakala ahli 5 Wave yang lain menjeling tajam Malyn.

"Baiklah. Aku serang dia sebab dia dah hangitkan baju kesayangan aku." Malyn mengaku tapi sudah tentu itu bukan alasan penuh mengapa dia menyerang Kim.

"Ala, haritu aku gurau aja. Kau pun nak sihir aku jadi batukan? Ni kira kita kosong-kosong ya?" Kim membuat suara manjanya. Senyuman manis dipamerkan.

"Sebab tu aja kau serang Kim? Ish, kau ni Malyn! Macam tak kenal budak Kim ni macam manalah. Dia memang suka menyakat orang." Rex terus mengambil semula tukulnya dari menindih badan Malyn.

Malyn bangun namun dalam keadaan terhuyung-hayang. Masih lagi pening akibat serangan kombo Olio dan Rex tadi.

"Kau boleh jalan lagikan? Sebab kalau kau boleh, kami nak pergi dari sini." Enna dengan nada sinis dia. Sempat lagi dia menjeling tajam pada Malyn.

Malyn perlahan mengangguk. Ya, dia mampu lagi untuk berjalan.

Serentak mendapat jawapan daripada Malyn, semua ahli 5 Wave beredar dari situ kecuali Kim. Dia memandang tepat ke arah Malyn.

Matanya perlahan berubah menjadi biru. Berbeza daripada dulu, pada anak mata Kim kini terlihat seperti nombor dan coraknya seakan jam. Malyn mengelak pandangan mata itu. Baginya tatapan itu dingin. Menyeramkan jika ditenung lebih lama.

"Kau siapa Kim?" Tanya Malyn perlahan. Dia terlalu penat untuk bercakap selepas perlawanan 4 lawan 1 tadi.

"Kau belajar sihir Medusa daripada Hilda. Kau anggap dia seperti keluarga sendiri. Sekarang nyawa dia dalam bahaya. Pergi cari dia di tempat terakhir kau jumpa dia. Kalau kau terlambat, dia akan mati." Malyn terkejut dengan apa yang baru diucapkan oleh Kim.

Macam mana Kim boleh kenal Hilda? Dan macam mana Kim tahu bahawa dia belajar sihir Medusa daripada Hilda?!

"Hoi, Kim! Cepat sikit boleh tak?!" Marah Enna.

"Haa, ya-ya!" Sekelip mata sahaja, anak mata Kim berubah merah semula. Kim tergopoh-gopoh mengejar ke semua ahli 5 Wave setelah dia agak ketinggalan di belakang.

Malyn pula baru sedar akan sesuatu!

Kim cakap nyawa Hilda dalam bahaya. Betul ke? Aku kena pastikan!

5 WaveWhere stories live. Discover now