(This is Mystogan. Oops, ini ialah Olio D'clio. Mystery, handsome and have a beautiful blue hair. Sumber: google images)
Pagi itu cuaca cerah. Tidak panas dan tidak sejuk. Nyaman sahaja. Kim berdiri di hadapan sebuah rumah. Pada peti surat rumah tersebut tertulis 'Kediaman Ketua Hireo'.
Pagar pantas ditolak. Kim melangkah laju menuju ke dalam rumah. Pintu rumah pula sudah terbuka seakan menanti Kim.
Dari luar, Kim sudah mendengar pelbagai suara dari dalam rumah. Riuh. Baru sahaja dia mahu masuk tiba-tiba dia dapat merasakan satu aura menyeramkan. Aura Olio.
"Baru sampai?" Tegur Kim. Dia dapat melihat disekeliling Olio dikelilingi oleh aura berwarna ungu. Menyeramkan~
"Haah." Sepatah sahaja jawapan Olio sebelum melangkah masuk ke kediaman Ketua meninggalkan Kim di belakang.
"Nampaknya kesemua ahli 5 Wave baru tiba." Sinis gadis bersisik ular itu berbicara sebaik sahaja Olio dan Kim masuk ke dalam rumah Ketua Hireo.
Olio hanya menjeling pada seorang gadis yang agak seksi itu. Gayanya yang mengoda itu langsung tidak memikat hati Olio. Baginya, gadis itu persis ular. Mungkin sesuai dengan baju gadis itu yang mempunyai sisik ular.
"Malyn, maaflah sebab kami lambat. Hehehe." Kim ketawa sambil menggedik pada gadis ular bernama Malyn itu.
"Kim, kau tak takut ke kalau melihat mata aku..kau akan berubah menjadi batu?" Ujar Malyn dengan lidah ularnya terjelir keluar. Tubuhnya sengaja didekatkan dengan tubuh Kim. Bagi Malyn, Kim lelaki yang agak berani apabila bercakap dengan gaya bersahaja dengannya.
Kim kemudian semakin rapat dengan Malyn. Dada bertemu dada! Malyn tersenyum gembira namun Kim membuat muka tiada perasaan. Kepala Kim didekatkan ke kepala Malyn. Tatapan matanya yang kosong memandang tepat mata Malyn. Mata merah Kim berubah biru. Malyn terkejut dengan perubahan itu.
"Kalau kau sihir aku menjadi batu. Badan kau akan aku bakar sehingga jadi debu." Perlahan namun kedengaran jelas pada telinga Malyn.
Pantas dia menolak tubuh Kim ke tepi. Tiba-tiba, dia panas. Badannya terasa terbakar walaupun tiada api yang muncul. Pada bajunya sudah kelihatan kesan hitam tanda terbakar.
"Betullah khabar angin itu." Ujar Malyn seraya menjauhi Kim. Baginya, Kim berbahaya walaupun nampak bersahaja.
"Hehehe, ada khabar angin tentang aku ke? Jangan percaya sangat semua tu." Kim terus mengubah reaksi wajah kepada ceria. Giginya yang putih bersih tersusun rapat ditayangkan. Kelihatan juga dua taring kecil antara gigi Kim. Matanya juga kembali semula kepada warna asal iaitu merah.
"Kim, sihir tidak dibenarkan digunakan disini." Perlahan tapi ada nada tegas kedengaran di hujung ayat.
"Hehehe, maaf Ketua Hireo!" Kim meminta maaf dan sekali lagi muncul senyuman manis milik Kim.
"Kenapa Ketua panggil semua ahli sihir di Hiluth berkumpul?" Soal Enna tiba-tiba.
Pagi tadi, mereka semua gembira kerana tiada misi untuk mereka. Namun tiba-tiba muncul surat terbang daripada Ketua Hireo menyatakan bahawa dia mahu berjumpa dengan semua ahli sihir di Hiluth. Tetapi kelonggaran diberikan kepada ahli sihir yang sedang menjalani misi. Ini menunjukkan sikap Ketua Hireo yang bertimbang rasa dan tidak memaksa ahli sihir yang sedang menjalankan misi.
Sekarang di kediaman Ketua Hireo, iaitu Ketua Ahli Sihir desa Hiluth berkumpulnya semua ahli sihir baik secara berkumpulan mahupun yang bergerak secara individu. Kira-kira 80 ahli sihir berada di dalam ruang tamu Ketua Hireo.
"Desa kita diancam bahaya!" Kali ini Ketua Hireo separuh menjerit. Mungkin kerana mahu kesemua ahli sihirnya mendengar ucapannya.
Pelbagai bisikan dan suara orang setelah mendengar kata daripada Ketua Hireo.
"Hiluth diancam bahaya? Tak mungkin! Kita desa yang maju dari segi sihir dan magik bukan?" Ucap seorang lelaki berambut perang.
"Tulah, berani sungguh bagi siapa yang berani menentang Hiluth." Jawab lelaki yang lain pula.
"Tapi, jika Ketua Hireo sudah risau ini mesti kes besar! Sesuatu mesti sudah terjadi tanpa pengetahuan kita!" Ujar seorang gadis pula.
"Diam!" Semua terdiam dengan teriakan Ketua Hireo. "Memang tidak dinafikan bahawa Hiluth maju dengan sihir dan magik. Tapi kita kena sentiasa beringat bahawa kita bukan selalu di atas. Malam tadi dua penduduk Hiluth ditemui mati dalam keadaan mengerikan. Isi badan dirobek dan organ dalaman diratah." Kata Ketua Hireo sambil tongkatnya dijadikan alas untuk duduk. Duduk bersila di atas tongkat yang berdiri tegak memang membuat semua orang kagum.
Ada juga yang tidak memberi perhatian kerana asyik melihat kehebatan orang tua itu duduk di atas tongkat kayu nya itu. Stabil.
"Kita diancam oleh siapa? Biar aku tunjukkan sihir Medusa aku kepadanya. Biar dia menjadi batu." Tawa Malyn selepas itu.
"Kadang-kadang, watak jahat bukanlah siapa tapi apa." Kim mengaru kepala mendengar ayat puitis daripada Ketua Hireo. Dia tidak faham.
"Apa-apa jelah, Ketua Hireo! Tapi orang itu memang cari pasal sebab buat hal di Hiluth." Kim terus menunjukkan buku limanya. Kini, jelas kelihatan api berwarna merah menyala terang pada penumbuknya itu.
"Peraturan nombor satu, Kim! Sihir tidak dibenarkan di kediaman saya!" Marah Ketua Hireo seraya menggunakan tongkatnya memukul kepala Kim. Terus terpadam api Kim. Ketua Hireo juga sudah dalam keadaan berdiri walaupun sedikit bongkok. Mungkin faktor usia menyebabkan dia menjadi seperti itu.
"Lupa lagi! Maaf, Ketua!!" Kim terus menggosok-gosok kepalanya. Pedih dipukul Ketua tadi!
"Olio, kamu tidak melakukan apa-apa aktiviti voodoo kamu bukan?" Sinis Ketua Hireo bertanya.
"Tidak. Kenapa? Ketua syak saya yang lakukan pembunuhan di sini? Maaf, ini bukan kegiatan saya. Kalau saya membunuh, mayat itu tidak akan saya biarkan sahaja. Malah saya akan gunakan untuk diubah suai menjadi patung koleksi saya." Olio bersahaja menidakkan apa yang dikatakan oleh Ketua Hireo. Memang dah bukan dia yang bunuh.
Mungkin kerana masa lalu Olio iaitu seorang pembunuh upahan dan menggunakan mangsanya sebagai patung menyebabkan dia dituduh. Namun, dia tidak makan hati langsung. Sudah terbiasa barangkali.
"Ketua, kita semua tahu bahawa Olio tidak mungkin mengulangi masa lalunya itu. Dia sudah insaf. Cuma sikapnya yang agak menyendiri menyebabkan dia kelihatan agak pelik." Ujar Rex sambil memegang bahu Olio. Mengurut mungkin.
"Aku.Tak.Pelik." Ujar Olio satu persatu. Matanya tajam memandang Rex manakala Rex sekadar tersenyum.
"Saya cuma tanya. Harap kamu tidak tersinggung." Ketua Hireo melepaskan nafas lega. Mungkin gembira kerana ini bukan perbuatan Olio.
"Tak ambil hati pun. Lagipun dari percakapan Ketua, pelakunya bukan manusia bukan?" Kim tergamam mendengar kata dari Olio. Itu bermakna Olio memahami makna sebenar di sebalik ayat puitis Ketua sebentar tadi.
"Itu cuma jangkaan saya." Ketua Hireo terus membuat wajah serius. Mungkin itu rupanya apabila sedang berfikir. Suasana jadi kaku seketika.
"Ala, janganlah macam ini. Suasana jadi tegang! Tulip tak sukalah!" Tulip terus merenggek.
YOU ARE READING
5 Wave
FantasyTulip, gadis ceria dengan kuasa flora-fauna nya. Rex, bertubuh sasa dan bersaiz besar. Enna, pakar dalam seni pedang. Olio, lelaki dengan kuasa gelap voodoo. Kim, suka bermain dan serius apabila berlawan. Kenapa author terangkan tentang mereka berli...