8|Siluman Ular

337 21 0
                                    

(Gambar diambil daripada google images. Ini adalah Hilda. Gadis siluman ular. Makhluk mitos.)

     Malyn, si gadis berbaju sisik ular berjalan keliling desa. Matanya memandang liar kawasan hutan. Berhampiran hutan itu dia menjeling ke arah seekor ular putih yang saiznya sepanjang 4 meter!

"Hoi, Hilda. Disini kau rupanya ya?!" Malyn terjerit kecil sambil berjalan menuju ke arah ular yang bernama Hilda itu. Tangan dicekak di pinggang.

"Malyn. Kenapa cari aku?" Ujar Hilda yang secara perlahan-lahan berubah menjadi seorang wanita yang cantik. Matanya berwarna merah dan mempunyai rambut panjang berwarna putih.

"Tak ada sebarang sebab." Malyn memeluk tubuh sambil mengerling ke arah lain. Malas mahu bertembung mata dengan Hilda, si siluman ular itu.

"Tipu. Macamlah aku tak kenal kau." Hilda berkata-kata dengan lidah ularnya terjelir keluar.

"Baiklah. Aku cari kau sebenarnya mahu bicara tentang sesuatu. Kau kenal tak ahli 5 Wave yang bernama Kim? Kim Vampyr." Riak wajah Malyn berubah serius.

"Kenal. 5 Wave kan popular. Lebih-lebih lagi budak Kim tu. Sampai semua siluman ular pun duk bercerita pasal dia." Kata Hilda dengan gaya sedang duduk bersandar di pokok.

"Jadi kau tahulah khabar angin tentang Kim?" Malyn angkat kening. Menanti jawapan daripada Hilda.

"Yang sihir api Kim boleh menjadi halimunan? Ya, aku tahu." Selamba.

"Kau tahu tak?! Khabar angin tu betul. Habis hitam baju aku dibakar oleh api dia! Tapi ada yang pelik tentang budak tu."

"..." Hilda diam. Menanti sambungan ayat daripada Malyn.

"Mata dia berubah biru. Maksud aku, keturunan Vampyr kan semuanya mempunyai anak mata berwarna merah tapi mana ada fakta mengatakan mereka boleh mengubah warna anak mereka. Anak mata biru tu jauh lebih menakutkan daripada anak matanya yang berwarna merah tahu tak?! Tatapan mata yang dingin." Malyn separuh menjerit.

"..." Hilda hanya diam. Mata merahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"Kenapa diam?! Jawablah. Kaukan siluman ular. Makhluk mitos yang sudah hidup beratus tahun. Mesti kau tahu sesuatu walaupun sikit kan? Bagitahula." Soal Malyn dengan nada menggoda.

"Aku rasa Kim Vampyr bukan manusia." Hilda mula berdiri. Badan diregangkan. Sakit uratnya apabila berdiri. Mungkin kerana terlalu lama menjadi ular menyebabkan dia tidak biasa dalam susuk tubuh fizikal manusia.

"Apa maksud kau dia bukan manusia?" Mata milik Malyn menunjukkan tanda ingin tahu.

"Kau pernah rasa tak kehadiran aura dia? Semua ahli sihir mempunyai aura tersendiri tetapi ada juga ahli sihir yang pakar dalam menyembunyikan aura. Ini membolehkan mereka sukar dikesan oleh musuh."

"Aura? Aku tak rasa dia mempunyai aura. Aku tak pernah rasa pun."

"Aku rasa dia mungkin makhluk mitos seperti aku. Cuba kau tengok aku? Tiada aura tapi aku masih mampu menghasilkan sihir." Hilda tiba-tiba menukarkan akar-akar kayu menjadi ular besar berwarna putih. Sengaja mahu menunjukkan kuasa sihirnya.

"Jika Kim bukan manusia. Dia apa sebenarnya?" Kepala disengetkan. Gaya semula jadi Malyn apabila sedang berfikir. Jari telunjuk dilekatkan di hujung bibir.

Comel dan seksi gaya tu. Hehe.

"Aku tak tahu sebab aku tak pernah dengar tentang makhluk mitos yang mempunyai fizikal mirip manusia melainkan dia ialah siluman. Tetapi siluman juga mempunyai had tertentu juga bila bertukar ke bentuk manusia." Terang Hilda.

"Aku rasa baik aku tanya terus pada Kim." Kata Malyn dan terus hendak berlalu dari situ.

"Tapi ada kemungkinan juga dia cuma ahli sihir yang biasa dengan kuasa yang luar biasa." Tambah Hilda.

Kaki Malyn terhenti apabila mendengar ayat terakhir daripada Hilda. Dia memandang tajam ke arah Hilda.

Hilda ni! Sekejap cakap Kim makhluk mitos. Sekejap cakap Kim nungkin ahli sihir biasa. Mana satu yang betul ni?

"Kenapa pandang aku macam tu? Aku cuma cakap aja. Macam-macam kemungkinan boleh jadi."

"Tapi aku pasti dia bukan manusia!" Tegas Malyn.

"Kalau dia manusia?" Soal Hilda.

"Aku akan buktikan yang dia bukan manusia." Malyn meninggikan suaranya. Tetap dengan pendiriannya.

"Kenapa kau bersungguh-sungguh?" Hilda aneh melihat Malyn yang bersungguh-sungguh untuk mengetahui asal-usul sebenar lelaki yang bernama Kim itu.

"Aku geram dengan dia! Sihir Medusa aku tak berkesan atas dia! Dan dia telah hangitkan baju kesayangan aku!!" Malyn berdengus geram sebelum berlalu pergi meninggalkan Hilda disitu.

Hilda ketawa. Namun tawanya tiba-tiba mati.

"Sihir Medusa tak berkesan pada Kim?" Hilda pelik. Otaknya mula dapat menangkap sesuatu!

Kim memang bukan makhluk mitos!

Dia juga bukan manusia.

Dia..!

"Aku kena bagitahu Malyn dengan segera! Nyawa dia dalam bahaya!" Hilda terus menjelma sebagai seekor ular.

Baru sahaja dia hendak bergerak mengejar Malyn. Dia dihalang oleh sesuatu. Sesuatu yang timbul dari permukaan tanah.

"Ada siluman ularlah disini. Sudah berkurun lama aku tak nampak keturunan siluman ular." Nada sinis dikeluarkan oleh jejaka yang separuh badannya tenggelam di tanah. Molekul tanah berubah seakan air, bergelora apabila disentuh jejaka tegap itu.

"Duyung!" Hilda berdengus geram.

bersambung~

5 WaveWhere stories live. Discover now