"Apa nama kau perempuan!"jerit Kai sambil mengeluarkan perisai tanah. "Nama aku ialah Ariana!"balas Ariana sambil membaling bebola air. "Nama sedap muka cantik tapi malang kegelapan menguasai kau"kata Kai kerana dapat rasa sejuk dan ternampak aura kegelapan. Ariana tidak membalas tetapi menyerang Kai menggunakan Kaca yang tajam.
Kai mengelak dan membuat pusaran angin kecil. Ariana terjatuh ke tanah Kai mengeluarkan angin penenang kepada Ariana. "Tido sekejap aku nak hantar kek ni dekat Zack"Ujar Kai lalu mencempung wanita itu sehingga ke hovercarnya.
25 minit kemudian.
"Ok dah sampai"kata Kai lalu keluar dari kereta. "Ting ting ting"bunyi loceng rumah Zack berbunyi. Seorang wanita tua berumur 50-an berlari anak menuju ke pagar. "Ha kamu Kai kenapa datang sini?"tanya Puan Zaira. "Ni ada kek kesukaan Zack,mak cik kata kat dia Kai mintak maaf ok"kata Kai lalu menuju ke kereta. "Ok sekarang hal perempuan ni pulak"Kai memikir bagaimana nak buat perempuan ni jauh dari kegelapan. "Ha aku ada idea"kata Kai lalu memetik jari.
Selepas 15 minit
"Ok dah sampai"Kai memandang keluar tingkap lalu keluar dari pintu kereta. Kai membuka pintu belakang dan mencempung Ariana. "Heloo!"jerit Kai. Tiba-tiba ternampak wanita 60-an di muka pintu. "Eh Kai kau bawa sapa tu?"tanya wanita itu. "Nek sembang kat rumah jelah"kata Kai lalu nenek itu datang membuka pagar. Selepas berada di ruang tamu Kai mula bersembang bersama nenek.
"Macam ni nek tadi nenek ada rasa sejuk dengan nampak aura kegelapan kat perempuan tu kan?"tanya Kai. "Ha ah nenek nampak nenek rasa nenek boleh lenyapkan aura gelap dia tu"kata nenek itu. "Sebab tu saya jumpa nenek"Kai senyum sambil menunjukan baris giginya. "Hmm ok Kai,kau balik lah nenek boleh handle"kata wanita tua itu. "Betul ni nek terima kasih ya nek Kai balik dulu"Kai bangun lalu pergi ke hovercarnya. "Balik elok-elok tau!"jerit nenek itu.
Kai membuat isyarat Ok.
Di rumah ZackPuan Zaira yang menontom TV terlupa hendak bagi kek dekat Zack. Puan Zaira menutup suis televisyen lalu menaiki tangga bersama kotak Kek. "Tok tok tok"Puan Zaira mengetuk pintu bilik anak bujangnya. Pintu dibuka dari dalam. "Ada apa mak"tanya Kai tanpa perasaan. "Ni Kai ada bawak Kek, dia suruh mak kata Kai minta Maaf"terang ibunya lalu bagi kotak Kek itu kepada Zack. Zack mengambil kitak kek itu lalu menutup pintu biliknya. Puan Zaira masuk bilik tidurnya lalu tidur di atas katil.
============================
Writer
============================Membosankan:(
Nantikan episod depan;)
Dont forget to vote:)
Typo sorry:D
YOU ARE READING
Kelahiran Pahlawan Naga
FantasyZack seorang Pahlawan Naga yang baru tetapi dia perlu mengawal semangat dan Naga Jadianya. Naga jadianya iaitu Naga Lastrong sempena nama keluarganya. Zack yang dihasut oleh ahli sihir sudah berubah. Zack sudah menemui bapanya dengan misteri.Dan Mel...