"Malam berganti malam, hariku sudah tiba. Harini ku terjaga daripada lena yang lama, aku akan bangkit untuk membalas dendam. Apa yang aku harus buat hanya bunuh orang yang bunuh insan yang ku sayang"
Api dalam hati Zack sudah bercahaya untuk membalas dendam selepas 3 bulan berlalu selepas ayahnya pergi. Zack yang berada di dalam kamar tidur tidur dengan lena."Sapa kau!!!" Zack menyoal pada suara tersebut. "Sapa kau keluar cepat!!!"Zack menjerit sekuat hati.
Datang seorang lelaki yang memakai jubah hitam berkerudung. "Aku ialah kau" jawab suara tersebut. "Kau ialah aku, kau jangan nak menipu!"Zack menjerkah lelaki tersebut. "Kau tak percaya" Lelaki itu membuka membuka kerudung di atas kepalanya. "Tak tak tak,ini semua mimpi"Zack semakin tidak keruan. "Aku ingat kau dah mati" sambung Zack
"Mati aku tak akan mati Zack,aku kuasai badan kau pada masa itu tapi ayah kau dia bodoh tidak membuangkan aku sepenuhnya"kata lelaki itu dengan nada yang sinis. "Kau tau tak aku ialah semangat kau tetapi sudah dicemari,sebab itu ayah kau tidak bunuh aku kerana,kau pun tau sebabnya"kata lelaki itu. "Ayah tak bunuh aku sebab semangat seperti roh,dan mereka akan mati jika tuannya mati dan tuan mereka akan mati jika mereka mati" kata zack dalam hati.
"Aku akan kuasai kau Zack dan bunuh orang yang bunuh insan ku sayangi,Zack" Semangat Zack sudah lama berdendam dengan keluarga tersebut. "Tak tak tak kau tak boleh bunuh dia,aku cintakan dia!"jerit Zack. "Apa kau cintakan dia,kau tau tak sapa yang hilangkan ayah kau,sapa yang bunuh keturunan kau,sapa yang hancurkan keluarga LaStrong"kata lelaki itu
"Dia tidak ada kena mengena"jawab Zack. "Dia ada kena mengena Zack darah Lizmir ada dengan dia,aku akan balas dendam,Mel Lizmir.kata lelaki itu sambil menyeru pedangnya seperti Zack tetapi bercahaya hitam. "Sekarang ni kalau aku bunuh kau dalam mimpi ini aku akan kuasai badan kau".
Lelaki itu menyerang dengan pantas tetapi Zack sudah mengelak. Walaupun sempat mengelak tetapi hujung pisau itu mencalarkan kulit tangan Zack. "Ashh,tak guna"Zack menahan pedih. Dia menyeru pedangnya dan bersedia. Zack memejamkan matanya dan mengelak segala serangan daripada Semangat Hitam Zack. Walaupun sempat mengelak tetapi tetap ada calar. Zack masih lagi fokus. Dia membuka mata dan matanya bertukar ke warna hitam berkilau.
Zack melibas pedangnya.dengan sekali libas Semangat hitam Zack jatuh menonggeng. Semangat iti hilang disebalik kabus hitam. Tiba² Zack terjaga dari mimpinya apabila pintu utama istana berbunyi dentuman yang kuat. Pada masa ini istana ini seperti markas kepada penduduk yang masih hidup.
Sekarang ini banyak Eater berkerumun di bahagian luar istana tetapi dinding istana lebih kukuh. Parit yang memisahkan kawasan istana sudah menjadi tempat Eater mati ditembak dan dibunuh. Kebanyakan pengguna semangat yang menggunakan senjata jarak jauh akan menjadi pengawal di istana dan senjata jarak dekat keluar mencari makanan. Kalau digunakan sihir selalu tenaga akan berkurangan dan akan tidur selama 24 jam.
Mereka hanya guna sihir bila waktu kecemasan.Selaib daripada semangat perlu sumber cahaya matahari dan ada juga yang perlu sumber cahaya bulan. Lain daripada Zack hanya perlu rasa tiupan angin. Semakin kuat tiupan angin semakin bertambah tenaganya. "Hmm bekalan makanan semakin berkurangan,aku kena keluar caru ni" kata Zack sambil mengusap dagunya. "Kai! Aku nak cari makanan nak ikut tak"jerit Zack pada kai apabila ternampak Kai sedang berjalan menghampirinya. "Ok jom"kata Kai sambil berjalab dahulu ke lorong bawah tanah istana tersebut.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Writer
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Hehe lama writer tak update
Sorry korang writer bz hehe
Thx sbb baca
Jgn lupa vote tau
YOU ARE READING
Kelahiran Pahlawan Naga
FantasyZack seorang Pahlawan Naga yang baru tetapi dia perlu mengawal semangat dan Naga Jadianya. Naga jadianya iaitu Naga Lastrong sempena nama keluarganya. Zack yang dihasut oleh ahli sihir sudah berubah. Zack sudah menemui bapanya dengan misteri.Dan Mel...