Chapter 3

1.3K 43 0
                                    

Di Rumahku...

"Hara..." panggil Ommaku dari dapur. "Nae Omma!" Sahutku lalu melangkah ke arah dapur. "Pergi siap cepat! Pakai cantik-cantik. Nanti ada orang datang dinner kat rumah kita. Suruh Jungkook bersiap cepat." Ujar Omma laju. "Eo? Tapi siapa?" Tanyaku ingin tahu. "Kawan lama Omma dan Appa." Jawab Omma ringkas. Aku terus berlalu ke tingkat atas dan menuju ke bilik Jungkook. "Adik! Omma suruh bersiap." Ujarku kepada Jungkook. "Nae..." kedengaran sahutan dari dalam biliknya. Aku terus ke bilikku. "Aduh... Nak pakai baju apa ni? Ha! Baju ni.." monologku sambil mencapai dress berwarna pink. Sudah menjadi kebiasaan sekiranya ada kawan Omma atau kawan Appa yang dinner di rumah kami, aku memakai pakaian yang menyerlahkan sisi keperempuananku.

Setelah selesai menyiapkan diri, aku turun ke dapur untuk menolong Omma menghidangkan makanan. "Omma. Berapa orang yang akan datang nanti?" Tanyaku kepada Omma kesayangan. "Adalah.. Nanti kamu tahu." Ujar Ommaku. Aku terus menunjukkan wajah cemberutku. "Eleh, macam la dia tu budak lagi. Kalau adik yang buat muka macam tu tak apalah, sebab adik muda lagi. Noona tu dah tualah." Perli adikku, Jungkook. "Biarlah... Nak manja-manja dengan Omma pun tak boleh" ujarku. "Tak payah nak manja sangat lah Hara. Awak tu nanti akan kahwin, tak boleh manja dengan Omma. Manja dengan husband kamu je nanti." Ujar Ommaku. "Omma! Apa ni! 10 tahun lagi lah Hara kahwin.. Lambat lagi" ujarku selamba. "Ada ke macam tu pulak. Mana la tahu jodoh awak tu sampai lepas ni." Ommaku berseloroh. Sedang kami leka berbual, Appa masuk ke dalam rumah. Baru pulang dari pejabatnya. Maklumlah, Appa menjalankan perniagaannya sendiri. Appa bercadang mahu kakakku menggantikannya di pejabat itu. Tapi malangnya kakakku menolak. "Yeobo.. Pergi bersiap dulu lepas ni sampai la tetamu kita." Ujar Ommaku. "Nae" Appa hanya mengangguk. Appa terus berlalu ke tingkat atas, manakala aku dan Omma meneruskan kerja yang tergendala. Selesai menghidang, aku dan Jungkook ke ruang tamu menonton drama kegemaran kami.

#SKIP#

Ding Dong~~

Appa yang sedang asyik menonton tv terus mengangkat punggung untuk membuka pintu rumah. 'Mesti tetamu yang Omma maksudkan.' Ujarku dalam hati. "Ahh... Mrs. Park.. masuklah.. Aigoo.. Dah lama kita tak jumpa." Ujar Omma kepada wanita sebaya dengannya, Mrs. Park. "Hahaha.. Dah 10 tahun kita tak jumpa kan? Tak sangka dapat jumpa kat mall haritu." Ujar Mrs. Park. "Eh, lupa pulak kita. Hah, kenalkan ni anak aku.. Hara." Ujar Omma memperkenalkanku. "Hi, aunty." Ujarku. "Eh, tak payah la panggil aunty. Panggil Mommy dengan Daddy je." Ujar Mrs. Park. "Nae.. Mmm-mommy..." gagap aku menuturkan. Appa dan Daddy sedang berbual di ruang tamu. Kami menuju ke meja makan untuk makan malam. Sedang asyik kami berbual di meja makan, seseorang menekan loceng rumah.

Ding Dong~~

~To Be Continue~

Sorry kalau pendek sangat. Sorry tak best. Komen kalau ada apa-apa. And... Jangan lupa VOTE! ♡

My Byuntae HusbandWhere stories live. Discover now