Leman & Laili P9

36 1 0
                                    

Masam wajah Lynn sewaktu melihat Laili memegang dan mencium jambangan bunga si tangan. Dia menolak kerusi dengan kasar. Pasti Sulaiman yang memberikan jambangan bunga itu kepada Laili. Lynn baru je tahu beberapa hari lepas, Laili akan memegang projek yang melibatkan syarikat yang Sulaiman bekerja. Panas hatinya membayangkan hubungan antara Sulaiman dan Laili yang bakal bercambah. Laili yang mejanya selang tiga buah daripada meja Lynn buat tak endah saja dengan Lynn. Meroyankan apa pula agaknya sampai nak tolak-tolak kerusi macam tu sekali. Malas dia nak ambil tahu.

"Siapa bagi kau bunga tu?" soal Lynn marah.

Laili buat tak faham. Bakat tidak mempedulikan orang yang dia tak suka, dia aplikasikan. Selalu dah dia abaikan Lynn ni. Kecuali hal-hal berkaitan kerja yang memerlukan dia membuka mulut, barulah kedengarann suara dia. Dulu dia dengan Lynn berkawan baik. Tetapi entah di mana silapnya, Lynn mula membawa mulut yang bukan-bukan tentang Laili, terus Laili putuskan persahabatan mereka. Buang masa berkawan dengan orang yang begitu.

"Hei, aku tanya elok-elok ni, kan? Jawablah!"

"Apa bising-bising ni, Lynn?" sampuk Jefrey yang baru tiba di pejabat. Wajah Lynn dan Laili dia pandang silih berganti.

"Perempuan itulah punya pasal! Aku tanya elok-elok pun tak reti nak jawab. Pekak dan bisu agaknya!" marah Lynn.

Jefrey mengalih pandangan ke arah Laili yang muka selamba. Kemudian pandangannya jatuh ke arah jambangan bunga yang berada di atas meja Laili. Jefrey tersenyum sumbing.

"Buah hati bagi ya, Laili?" usik Jefrey.

Laili membalas pandangan Jefrey. Bibir lelaki itu sudah tersenyum nakal. Kureng! Dia yang bagi, berlakon macam orang lain pula yang bagi. Dulu masa awal-awal berkawan, Jefrey rajin memberikan bunga kepada dia. Taktik nak memikat, kata Jefrey. Tapi lama-kelamaan, tiada lagi bunga yang singgah di mejanya. Mungkin Jefrey bosan agaknya menunggu jawapan dia.

"Siapa? Siapa buah hati Laili? Hai? Rupa macam tu pun ada buah hati ke?" sindir Lynn tak puas hati.

Jefrey menggeleng. Laili buat tak faham. Dia sedikit tak terkesan dengan kata-kata Lynn tadi. Kesian Puan Jamilah, kerana bakal mendapat menantu macam ni. Tetapi, mungkin itu yang dia berkenan sangat agaknya. Sekepala!

"Minum?" ajak Jefrey apa bila lalu betul-betul di hadapan meja Laili.

Laili menggeleng. Dia sudah membacuh dan minum secawan air koko sewaktu di rumah tadi.

"Thanks," ucapnya pula.

Kening Jefrey terangkat sebelah. "Untuk apa?"

"Bunga ni?"

"Bukan aku yang bagi. Aku baru sampai, kan?"

Jantung Laili mula berdegup dengan lebih laju. Kalau bukan Jefrey, takkanlah...

"Habis tu, siapa bagi?" soal Laili cuak. Terasa seperti wajahnya pucat tak berdarah.

"Tak ada kad ke kat situ?"

Laili menggeleng.

"Kau rasa siapa je lagi nak bagi bunga tu kalau bukan dia?" ujar Jefrey sebelum berlalu pergi.

Laili termangu sendiri. Masakan Sulaiman yang mengirimkan bunga ini untuknya? Bingkas Laili bangun dan melangkah mendapatkan Jefrey yang sudah masuk ke pantri. Banyak penjelasan daripada Jefrey yang dia perlukan. Lynn memerhatikan tubuh Laili sehingga gadis itu hilang daripada pandangan. Kemudian dia bangun dan menuju ke arah meja Laili. Laili menolak pintu pantri dengan lembut. Semerbak bau kopi menyapa hidungnya. Jefrey yang sedang membancuh minuman mengangkat muka.

Leman & LailiWhere stories live. Discover now