'Buang jauh-jauh!'
Itu yang sering Laili pesan kepada dirinya setiap kali ingatannya melayang teringatkan Sulaiman. Berat dan sukar sungguh rasanya hendak menunaikan janji dia dengan emaknya. Tetapi Laili yakin. Apabila dia berusaha menggembirakan emaknya, pasti Allah akan memberikan ganjaran yang besar.
"Li..." suara Jefrey mencecah gegendang telinga Laili.
Laili mengangkat muka. Wajah Jefrey yang tersenyum di sebalik partition yang membezakan mejanya dan lelaki itu dia pandang dengan penuh tanda soal.
"Jom lunch." Jefrey sengih lebar. Ada niat lain selain daripada mengajak Laili makan tengahari. Ada janji yang dia harus tunaikan.
"Awalnya?" Laili menjeling jam di skrin monitor. "Baru pukul dua belas."
"Bukan selalu. Terlanjur aku ada meeting dekat KPC Engineering. Aku dah cakap dengan Tuan Haji bawa kau sekali."
Laili mengangguk perlahan. "Okey. Lima minit..." balasnya lalu mengemas meja.
Laili mencapai beg tangan sebelum melangkah mengikuti langkah Jefrey yang sudah jauh meninggalkannya ke depan. Elok juga Jefrey mengajaknya ke mesyuarat di KPC Engineering. Matanya sudah berpinar kerana memandang skrin monitor sejak pagi.
"Nak makan kat mana?" soal Jefrey. Laili menjeling lelaki itu yang sudah bersedia untuk memulakan pemanduan.
"Mulut."
"Okey." Jefrey memandu perlahan. Fikirannya penuh memikirkan makan tengahari yang bakal berlangsung sekejap lagi. Harap-harap tak mengamuklah Laili bila jumpa tetamu yang dia tak undang nanti.
"Dah kenapa kau tiba-tiba diam?"
"Tak ada apa. Tengah fikirkan benda," dalih Jefrey.
"Hrm... nak makan mana ni?" soal Laili pula bila tidak familiar dengan jalan yang Jefrey gunakan.
"Lah... dah kau kata nak makan kat Mulut, kan?"
"Alah... aku bergurau je. Sejak bila serius sangat ni?"
Jefrey senyap. Melihatkan lelaki itu seperti tiada mood, Laili turut mengunci mulutnya dan melayan perasaan dengan lagu-lagu yang bermain di radio. Mood swing pula Jefrey ni. Tadi masa ajak lunch, muka ada senyum. Ini senyuman entah ke mana.
"Li..."
"Hrm?" Laili menjeling ke arah Jefrey yang tiba-tiba bersuara.
"Kita nanti lunch bertiga."
Dahi Laili berkerut. "Maksud kau?"
"Kawan aku join sekali. Dia kerja dekat KPC Engineering tu."
"Okey." Laili tak banyak soal. Mungkin orang yang sama yang mereka yang akan bermesyuarat nanti.
"Kau tak nak tahu ke siapa?"
Laili menjeling Jefrey sekilas. Dah kenapa mamat ni? "Kenapa? Dia tu... somebody that I should know ke?"
Jefrey senyum tawar. "Dia... somebody that you used to know."
Baru Laili hendak membuka mulut membalas, Jefrey sudah memberhentikan kereta di sebelah kedai makan yang kurang orang. Lali membaca nama yang terpapar di atas kedai itu. 'Mulut'. Bulat mata Laili membaca nama itu berulang kali. Biar benar? Dia menjeling ke arah Jefrey. Ini Jefrey buat lawak ke apa?
"Jom. Kita dah sampai. Kau nak makan kat mulut kan tadi?" barulah nampak senyuman di wajah Jefrey.
Laili ketawa besar. Laju tangannya menumbuk bahu Jefrey. "Hampeh!" Tawa Laili dan Jefrey berpadu.
"Kita duduk dululah. Kau nak makan apa? Kawan aku pun tak sampai lagi."
Laili mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih kepada pelayan yang memberi menu, ralit Laili memilih makanan yang terdapat di kedai ini.
"Assalamualaikum. Dah lama sampai?"
Laili terpempan apabila satu suara yang dia cukup kenal menampar gegendang telinganya. Seboleh-bolehnya dia menahan diri daripada mengangkat muka. Ya Allah... janganlah lelaki yang dia cuba elak itu yang muncul.
"Jeff..." suara itu menegur Jefrey. Laili memerhati dari hujung mata. Tangan tetamu itu bersalam dengan Jefrey yang duduk di sebelahnya.
"Laili..." lembut suara itu menegur Laili.
Laili menelan air liur. There he is. Patutlah Jefrey cakap macam tu tadi. He is somebody that I used to know. Sejauh mana Jefrey tahu hubungannya dengan Sulaiman?
![](https://img.wattpad.com/cover/70959641-288-k348372.jpg)
YOU ARE READING
Leman & Laili
ChickLit"It is hard to forget someone from the past, when that person has been the one you ever wanted in your future." *Kisah pendek yang ditulis sekadar untuk mengisi masa dan polish skill. Tamat di sini/blog/fbgroup. :)