Leman & Laili P3

32 1 0
                                    

Laili menjeling jam di pergelangan. Malam masih muda. Majlis pun baru berapa minit bermula. Namun bila terpaksa duduk satu meja dengan Sulaiman, seminit di sini sudah rasa seperti berjam-jam lamanya. Bukan hanya satu meja, duduk disebelah-sebelah lagi! Laili perasan Lynn berkali-kali menjeling ke arahnya setiap kali Sulaiman membuka mulut bercakap dengan dia.

"Laili..."

Sulaiman memanggil lagi. Hatinya kini sudah nekad. Dia akan memikat Laili sehabis boleh. Dia takkan biarkan Laili membuat alasan yang bukan-bukan lagi untuk menjauhkan diri. Sekali hati dia dicuri, dia akan ingat sampai mati.

"Apa lagi, Leman? Awak tak boleh ke anggap awak tak kenal saya? Saya rimaslah dengan awak! Kalau ada meja kosong dekat tempat lain, tak adanya saya nak duduk sebelah awak dekat sini tau!"

Laili cuba mengawal perasaannya. Riak wajah dan nada suara turut dikawal sama. Tidak mahu rakan semeja menyedari ketegangan di antara mereka. Sudahlah tadi Farhah menegur mereka apabila Sulaiman ramah bertanya itu ini kepada dia.

"Saya masih menantikan sebuah jawapan, Laili. Jawapan yang saya tunggu hampir sepuluh tahun lamanya."

"Jawapan apa lagi...?" soal Laili kurang senang. Lynn sudah menjeling tajam ke arahnya. Risau agaknya kekasih hati disambar orang.

"Jawapan kenapa awak tinggalkan saya sepuluh tahun dulu "

Sulaiman mula serius. Membuka kisah yang tergantung sepuluh tahun dahulu menyebabkan emosinya berubah. Terlupa seketika terhadap majlis yang sedang berlangsung juga mata-mata yang memandang.

"Saya dah cakap kan dulu? Awak hanya test subject saya untuk saya test market. Awak tahu tak awak ni membosankan? Keluar dengan awak, saya tak dapat apa-apa. Buang masa saya saja..." Laili ulang kembali jawapan yang pernah dia berikan dahulu.

Wajah Sulaiman berubah. Laili yakin, kalau cahaya di dalam dewan ini cukup terang, pasti jelas kelihatan wajah lelaki itu merah kerana menahan marah. "Saya tak percaya..."

"So? Tak percaya, sudah... Apa yang saya boleh buat?"

"Saya kenal awak, Laili. Awak tak pernah berjaya menipu saya. Saya tahu awak tak sejahat itu, Laili. Saya tahu perasaan kita sama."

"Berapa bulan je awak kenal saya, Sulaiman?" Laili senyum sumbing.

"Keluar dengan awak, saya tak dapat apa-apa benefit. Sekurang-kurangnya boyfriends saya lepas tu ikutkan je apa yang saya nak. Saya minta apa saja mereka belikan," ujar Laili selamba.

Gelarlah dia apa saja. Perempuan materialistik? Suka mempermainkan lelaki? Murahan? Tak menjadi kudis padanya. Hanya orang yang benar-benar mengenali Laili tahu bagaimana Laili sebenarnya.

"Saya tetap tak percaya..." tegas Sulaiman.

Laili sekadar mengangkat bahu. Tak berniat hendak meneruskan perbualan. Mujur Sulaiman sudah tidak bercakap dengan dia. Eloklah begitu. Laili tak berminat hendak mengembalikan kemesraan yang telah lama hilang. Namun begitu, jiwanya tetap tidak tenteram. Aura yang Sulaiman ada, masih menggetarkan jiwanya. Kalau tadi dia geramkan Sulaiman, geram itu sudah beralih jadi geramkan diri sendiri. Geram kerana hatinya masih dijentik rasa aneh setiap kali dia memandang wajah Sulaiman. Tolonglah Laili, sudah sepuluh tahun berlalu... tapi kenapa hati ini susah sangat nak melepaskan dia pergi?

Leman & LailiWhere stories live. Discover now