Leman & Laili P13 END

59 2 0
                                    

Leman & Laili p13 END

"Lama tak jumpa Laili..."

Langkah Laili pegun. Matanya membulat memerhatikan Sulaiman yang santai bersandar di kereta dia.

"Jom kita makan sama. Kebetulan saya ada urusan dekat-dekat sini."

Sulaiman memerhatikan wajah polos Laili. Lama dia tidak berjumpa gadis ini. Rindunya pada Laili hanya Allah yang tahu. Kehidupannya sibuk sebulan dua ni. Balik ke rumah pun selepas matahari terbenam. Hanya dari mulut ibunya saja berita tentang Laili singgah di telinga sehinggalah beberapa hari lepas ibunya memberitahu Laili sudah tidak singgah lagi melawatnya.

"Kita?"

Sulaiman mengangguk.

"Keluar makan?"

Angguk lagi.

"Berdua?" Laili sudah tersenyum sinis. Lupakah Sulaiman hubungan mereka sudah tidak sama lagi seperti beberapa hari lepas?

"Iya. Kita keluar lunch berdua. Kat celah mana yang Laili tak dapat tangkap ayat saya tadi tu?"

Laili buat-buat ketawa. "Lupa ke awak tu siapa?" Lynn dekat dalam pejabat tu siapa? Sambungnya di dalam hati.

"Saya... masa depan awak?" Sulaiman tersengih.

Laili menjeling geram. Dah dalam proses nak kahwin pun sebab mengayat dia lagi. Kalau dia dengan Sulaiman tak pernah ada sejarah bersama tak apa juga. Sakit hati tau bila dia buat macam ni!

"Lynn tengah tunggu awak rasanya dekat dalam tu." Laili terus mara ke pintu kereta tanpa menghiraukan Sulaiman. Baru dia hendak membuka pintu, pergerakannya terhalang. Sulaiman memandang Laili dengan riak tidak puas hati.

"Kenapa awak selalu menggunakan Lynn untuk mengelak dari saya, Laili?"

Laili meronta kecil untuk menarik tangannya. Namun pegangan Sulaiman terlalu kejap.

"Saya tak tahu apa lagi yang saya patut buat untuk buktikan pada awak saya hanya mahukan awak jadi isteri saya!" nada Sulaiman mula meninggi.

"Awak mahukan saya?!" nada Laili turut sama tinggi.

"Macam mana awak boleh cakap macam tu tetapi dalam pada masa yang sama, awak dah rancang nak kahwin hujung tahun ni?!"

"Iya. Memang saya rancang nak kahwin hujung tahun ni. Dengan awak!"

"Hah! Kelakar sangat lawak awak buat ni, Leman. Sampai hati awak, kan? Main-mainkan perasaan saya, perasaan Lynn..." Laili tarik nafas dalam. Dia cuba untuk mengawal diri agar tidak menangis di tengah-tengah tempat parkir ni.

"Laili, boleh tak awak jangan gunakan Lynn sebagai alasan?"

"Lynn bukan alasan, Leman. Lynn itu jawapannya. Kenapa merisik Lynn tapi ajak saya keluar? Awak kejam, awak tahu tak? Awak sendiri tahu perasaan saya pada awak, kan? Awak sendiri sedar perasaan saya pada awak tak pernah berubah sejak dulu."

Sulaiman tergamam. Terkejutkan dengan salah faham Laili juga terkejutkan dengan pengakuan Laili. Perlahan pegangannya terlepas. Laili menggunakan peluang yang ada untuk memboloskan diri di dalam kereta.

"Aduh!" kuat Sulaiman menjerit tatkala Laili menarik pintu kereta untuk ditutup. Laili tersentak. Allah! Cepat-cepat dia membuka kembali pintu dan keluar mendapatkan Sulaiman.

Leman & LailiWhere stories live. Discover now