Leman & Laili P2

43 1 0
                                    


Sepuluh tahun dahulu...

"Ibu tak suka kamu berkawan dengan budak tu!" marah Puan Jamilah.

Sakit benar hati Puan Jamilah apabila melihatkan anak lelakinya semakin kerap menghabiskan masa bersama anak perempuan Puan Rumaizah yang tak serupa perempuan itu. Sudah banyak kali dia tegur kelakuan anaknya itu, namun apa yang dia katakan ibarat mencurahkan air ke atas daun keladi. Sedikit pun Sulaiman tak ambil peduli. Terbaru, anak perempuannya Suhana memberitahu rupa-rupanya Sulaiman dengan Laili itu bukan sekadar kawan biasa lagi. Mana darahnya tak naik? Geram! Degil!

"Dia ada nama, ibu. Laili namanya..." balas Sulaiman dalam nada rendah.

Walaupun dia tak bersetuju dengan ibunya, tak bermakna dia boleh meninggikan suara dengan wanita yang telah melahirkannya itu. Nanti pasti ibunya akan menuduh Laili menyebabkan dia berkurang ajar. Sudahlah terang-terangan ibunya menunjukkan rasa tak suka terhadap Laili. Kasihan Laili. Alasan ibunya, Laili seorang yang kasar, bermulut lancang dan tak ada rupa seperti seorang perempuan. Semuanya bermula gara-gara Laili menegur sikap ibunya yang suka bertanyakan Laili yang bukan-bukan. Kebanyakan soalan ibu berkenaan gosip-gosip yang melanda keluarga Laili. Tahu sikap ibunya yang suka menjaga tepi kain orang dan menjaja cerita yang bukan-bukan, Laili menegur dengan lembut...

"Mak cik... tak baik mak cik buat macam ni. Sayang pahala solat lima waktu yang mak cik buat bila mak cik jaja cerita orang. Saya tahu, keluarga saya tak sebaik mana... tapi janganlah mak cik sampaikan berita yang bukan-bukan pada orang lain. Kasihanilah mak saya, mak cik..." ujar Laili dengan nada paling lembut.

Puan Jamilah apa lagi... melentinglah dia. Habis semua kisah keluarga Laili dia ungkit. Sehingga menyebabkan Laili merajuk tak mahu memijakkan kaki ke laman rumah Puan Jamilah. Dan sejak itulah Puan Jamilah seolah-olah menjadikan Laili musuhnya. Ada saja cerita-cerita tentang Laili yang tak sedap di dengar menjadi buah mulut orang kampung. Puan Jamilah tidak tahu, gadis yang dia buruk-burukkan itulah telah mencuit hati lelaki anak terunanya, Sulaiman. Sekali dia tahu, nasib tak melayang saja periuk belanga di dapur kerana marahkan Sulaiman.

"Kalau ibu tahu kami keluar lagi dengan si Laili, siap kamu. Ibu tahulah apa nak buat nanti, Leman..." ugut Puan Jamilah.

Sulaiman buat tak faham. Dia yang sudah bersiap-siap untuk bertemu dengan Laili di dewan badminton keluar tanpa mempedulikan kata-kata amaran ibunya.

Leman & LailiWhere stories live. Discover now