Leman & Laili P5

33 1 0
                                    

"Sukalah tu jumpa buah hati lama!" marah Lynn. Berbulu saja matanya melihat Sulaiman yang asyik memandang dan berbual dengan saingannya di pejabat. Baru dia tahu Laili merupakan kekasih pertama Sulaiman sewaktu di sekolah menengah.

"Please Lynn... don't start," mendatar nada Sulaiman menuturkan sebaris ayat itu. Letih. Dia cukup letih dengan sikap setiap perempuan di sekelilingnya. Ibunya, Lynn, juga... Laili.

Lynn memuncung. Dia sedar dia bukan pilihan Sulaiman. Ibu Sulaiman dan ibunya yang tak habis-habis kenenkan mereka berdua. Pada Lynn, walaupun dia tidaklah berharap apa-apa kepada Sulaiman, tetapi apa salahnya memberi peluang untuk itu? Manalah tahu mereka serasi bersama. Lynn sedar, Sulaiman tidak pernah melayannya lebih-lebih dan memberi harapan. Tetapi entah kenapa, melihatkan renungan Sulaiman terhadap Laili membuatkan dia cemburu tiba-tiba. Tak boleh terima kalau Sulaiman memilih Laili menjadi isterinya. No! She will never let it happen!

"Good night, Lynn..." ucap Sulaiman sebelum Lynn turun daripada kereta.

"Esok you ambil pukul berapa?"

"Esok I tak dapat ambil. You pergi kerja sendiri."

"Kenapa? I dah terbiasalah you hantar dan ambil I dari ofis. Tak boleh ke you hantar je macam selalu?" pinta Lynn lebih kepada mengarah. Sekurang-kurangnya, bila Sulaiman menghantar dia ke pejabat, dapatlah dia sakitkan hati Laili.

"I tak akan selamanya ada untuk you, Lynn. I dah pernah cakap dulu, I hantarkan you seminggu ni pun sebab kereta you masuk bengkel. Takkanlah selamanya I nak hantar you? I ni kuli you ke? Hamba you?" nada suara Sulaiman mula berubah.

Lynn terkulat-kulat apabila ditengking. Panas mukanya kerana dimarahi Sulaiman. Mujurlah hanya mereka berdua di dalam kereta ni.

"You tak payahlah nak tengking-tengking. I cakap elok saja, kan? I tak pernah anggap you kuli atau hamba. In fact, I anggap you lebih mulia daripada tu, Man. You tahu, kan?"

"Dah you nak menggedik sangat, siapa suruh? I minta maaf Lynn. I cakap dengan you awal-awal. Hati I dah ada yang punya!"

"Siapa? Laili?" Lynn mencebik.

"Yang pasti bukan you, Lynn. I hanya boleh berkawan dengan you. Tapi kalau you cross the line, I minta maaf. You takkan nampak muka I lagi," ugut Sulaiman.

Lynn keluar daripada kereta tanpa sepatah kata. Pintu kereta Sulaiman dihempas kuat. Kakinya dihentak-hentak ke tanah, menunjukkan rasa marah. Tak guna punya Laili, selama ni elok je Sulaiman melayannya. Baru berjumpa dengan Laili, terus layanannya berubah 180 darjah. Sulaiman menurunkan tingkap. Lynn yang sedang berjalan masuk dia pandang.

"Jahanam kereta I, you nak ganti ke?!" jerit Sulaiman.

***

Lynn memandu ke pejabat dengan seribu satu perasaan. Sejak malam tadi sehingga bangun tidur pagi tadi hatinya tak tenang. Tak tenang kerana memikirkan tentang Sulaiman dan Laili. Bagaimana kalau Laili kembali kepada Sulaiman? Bagaimana pula dengan dirinya? Ah, sudah! Adakah tanpa dia sedar, dia pun sudah mula mencintai Sulaiman?

Masuk di tempat parkir, Lynn tidak terus mematikan enjin kereta. Dia menarik nafas dalam dan cuba mempositifkan diri. Tak mahu emosinya terganggu hanya kerana sikap Sulaiman malam tadi. Namun tidak lama dia dapat mengekalkan semangat itu. Baru saja dia keluar daripada kereta, matanya terpandangkan kereta Sulaiman terpakir tidak jauh dari tempatnya dan Sulaiman sedang berdiri berhadapan dengan Laili, membincangkan sesuatu. Lynn merengus geram.

"Semalam kata ada hal, tak boleh hantar? Tiba-tiba pagi ni boleh pula ada dekat sini?!" marah Lynn tanpa sebarang amaran.

Sulaiman sedikit terkejut. Bagaikan terlupa Lynn juga bekerja di bawah bumbung yang sama dengan Laili. Laili tayang muka selamba. Baguslah perempuan ni dah sampai, getus hatinya.

"Oh, Lynn... ni boyfriend awak cari awak tadi. Saya masuk dululah ya..." ujar Laili tanpa menoleh ke belakang lagi. Seperti mana dia meneruskan kehidupan tanpa mahu mengenang kisah lalu. Namun, kenapa hatinya bagai tak mengizinkan dia berbuat begitu?

Melihatkan Laili sudah melangkah pergi, Sulaiman membuka pintu keretanya dan masuk tanpa menghiraukan Lynn yang terpinga-pinga di luar.

"Hey! Man! Bukalah! You tak jawab lagi soalan I. Sulaiman!" marah Lynn sambil mengetuk-ngetuk tingkap kereta Sulaiman.

Sulaiman menghidupkan enjin kereta. Sebaik saja masuk gear, dia terus memandu keluar kawasan parkir. Jauh sedikit dari kawasan pejabat Laili, Sulaiman memberi isyarat ke tepi. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Telefon bimbitnya dikeluarkan dan nombor sahabat lamanya dia dail. Ada pertolongan yang dia perlukan daripada lelaki itu.

"Helo Jeff. Kita jumpa?"

Leman & LailiWhere stories live. Discover now