Leman & Laili P8

27 1 0
                                    

But you didn't have to cut me off,

Make out like it never happened and that we were nothing,

And I don't even need your love,

But you treat me like a stranger and that feels so rough...

No you didn't have to stoop so low,

Have your friends collect your records and then change your number,

I guess that I don't need that though,

Now you're just somebody that I used to know...

Bagai kena sangat lagu yang terpasang di corong radio dengan situasi mereka sekarang. Sulaiman memerhatikan Laili yang sedikit pun tidak memperdulikan dia. Tadi semasa Sulaiman panggil pun Laili buat tak faham. Dia yang duduk disebelah bagai tak wujud saja. Sulaiman mengetap bibir menahan geram. Jefrey sudah serba salah melihat reaksi kedua sahabatnya ini.

"Li... kau nak makan apa?"

Laili mengangkat muka. "Ada jual sup tulang Jefrey tak kat sini?" sindir Laili.

Jefrey senyum serba salah. "Li..."

"Tak payah nak sindir Jefrey. Saya yang suruh dia ajak awak."

Laili diam. Kata-kata Sulaiman dia anggap bagaikan angin lalu.

"Kenapa susah sangat nak bercakap dengan awak, Laili?" Sulaiman mengeluh. Suasana menjadi kekok secara tiba-tiba. Melihatkan masing-masing kehilangan kata-kata, Jefrey memanggil seorang pelayan untuk mengambil pesanan.

"Li, aku orderkan untuk kau sekali, ya?"

Laili hanya mengangguk. "Macam biasa."

Sulaiman menjeling ke arah Laili sekilas. Kemudian dia memandang pelayan yang setia menanti pesanan daripada mereka bertiga.

"Make it two," kata Sulaiman kepada Jefrey.

"Awak bukan tak makan seafood ke?" spontan Laili menyoal dengan pandangan terarah kepada Sulaiman.

Sulaiman sedikit terkejut. Tak menyangka Laili masih ingat apa yang dia makan dan tidak makan. Laili... saya tahu awak masih belum buang semuanya tentang kita.

"Laili makan apa? Tom yam seafood?" Sulaiman bertanya lembut. Wajah lembut Laili ditatap sepenuh hati.

Dek kerana geram dengan ketelanjuran diri, Laili terus mengunci mulutnya rapat-rapat. Macam manalah mulut ni boleh bekerja lebih pantas daripada akalnya? Dia memang cukup arif dengan alahan Sulaiman terhadap seafood. Itupun kerana badan Sulaiman naik merah-merah kerana menghirup kuah tom yam seafoodnya sewaktu ketika dahulu. Kenangan yang tak pernah Laili lupakan.

Jefrey menggeleng perlahan melihatkan Laili kembali masuk ke dalam mood dinginnya. Sulaiman memang kena kerja kuat kalau betul dia masih ada hati terhadap Laili. Termasuk Sulaiman, sudah ada dua orang yang Laili akan masuk mood dingin. Sulaiman dan Lynn. Selepas Sulaiman menukar pesanan, dan dia membuat pesanan untuk dirinya, pelayan lelaki itu berlalu pergi.

"Laili ni hantu tom yam seafood, Man. Kau jangan tak tahu!" ujar Jefrey lalu ketawa.

Sulaiman mengangguk. "Aku tahu dan aku ingat. Macam mana dia pun ingat aku alah dengan seafood."

Merah dan panas rasa wajah Laili. Sedikit sebanyak, hatinya tercuit dengan keprihatinan lelaki itu. Meskipun sudah sepuluh tahun berlalu dan mereka menjadi kawan istimewa hanya beberapa bulan, Sulaiman tetap ingat makanan kegemarannya.

"Dan aku tahu dan ingat kenapa dia tinggalkan aku dulu tanpa alasan."

Spontan Laili mengangkat muka. Apa maksud Sulaiman?

"Saya tahu semuanya. Kenapa awak tak jujur dengan saya, Laili? Tentang ibu saya yang serang awak dan hina mak awak depan orang ramai?"

Laili semakin kekok. Renungan tajam Sulaiman membuatkan dia serba tak kena. Tambahan pula, kewujudan Jefrey di sebelah menyebabkan dia semakin tak selesa. Dia tidak pernah membuka cerita tentang keluarganya kepada sesiapa pun. Dia simpan dan pendam sendiri segala yang berlaku dalam keluarganya.

"Saya minta maaf dengan sikap ibu saya. Demi Allah saya tak tahu langsung tentang tindakannya masa tu."

"Boleh tak kita cakap tentang perkara lain? Atau diam je sementara menunggu makanan sampai? Saya datang sini sebab nak makan. Bukan nak dengar awak buka sejarah sepuluh tahun dulu. Tutup buku. Move on. Kita pun dah ada kehidupan masing-masing, kan?"

Sulaiman menggeleng. "Sepuluh tahun saya cari awak, Laili. Masakan semudah itu saya akan tutup buku..." ujar Sulaiman tenang namun tegas.

Laili diam. Tak tahu hendak menjawab apa lagi. Mujur Sulaiman tidak lagi membuka sejarah mereka berdua. Topik perbulan bertukar. Sesekali Laili menjeling memerhatikan Sulaiman yang duduk di sebelah. Perubahan fizikal Sulaiman semakin menonjolkan tarikan yang ada pada dirinya. Pasti ramai gadis yang terpikat kepadanya. Mata Laili naik pula kepada wajah Sulaiman. Bibirnya yang rancang bergerak dan sesekali tersenyum dia pandang lama. Naik pula ke alis mata Sulaiman.

"Dah hilang rindu?"

Terkejut beruk Laili apabila ditegur begitu. Sulaiman senyum senget. Jefrey sudah berdekah-dekah ketawa. Tak guna! Laili menjeling kedua-dua lelaki itu dengan rasa geram. Entah kenapa, perasaan yang dia cuba buang jauh-jauh itu tetap melekat di hatinya. Mak... Laili minta ampun, mak! Hati Laili... masih berharap kepada dia!

Leman & LailiWhere stories live. Discover now