Part 1

35.3K 948 0
                                    

Tombol pintu berwarna keemasan itu dipulas perlahan. Rasa berdebar usah dikata. Bagai mesin air tebu sedang memerah. Nafas dihela lembut sebelum dia masuk ke dalam ruang kerja majikan merangkap kekasihnya.

"Yes, Safa Farisya. Ada yang boleh saya tolong?" tanya Tuan Zafran. Safa mencebik.

'Kau tanya aku, pandanglah aku. Ini dok pandang komputer tu.' bebel Safa dalam hati.

Dengan langkah perlahan dia mendekati meja kerja Tuan Zafran. Dia meletak sepucuk surat ke atas meja kerja lelaki itu.

"Surat apa tu?" tanya Tuan Zafran lagi, tetapi kali ini dia memandang wajah Safa.
Tak dapat disangkal, dia bertuah menjadi kekasih Safa Farisya. Tetapi sayang, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka. Atas sebab-sebab tertentu.

"Surat perletakan jawatan saya. Selepas 6 tahun berkhidmat untuk Z&H Empire, sudah sampai masanya saya cari pengalaman ditempat lain." ujar Safa dengan nada selamba. Bukan selamba sangat, selamba yang dikawal.

Tuan Zafran terkedu. Letak jawatan? Cari pengalaman ditempat lain? Apa yang cuba Safa sampaikan? Dia terus bangun dari kerusi dan menapak ke arah Safa.

"What do you mean, Safa? Awak tak boleh letak jawatan sesuka hati. Saya tak izinkan." kata Tuan Zafran dengan tegas.

Bahu Safa dipegang lembut. Sesekali dia mengelus bahu gadis itu.

Safa melepaskan tangan Tuan Zafran dari bahunya. Dia sudah nekad! Apapun yang terjadi, semua harus berakhir hari ini juga. Titik!

"Kontrak saya dah tamat 2 bulan lepas tuan. Jadi saya ada hak untuk letak jawatan. Bukan tu saja, saya nak putuskan hubungan kita." Safa memandang Tuan Zafran sejurus menyatakan isi hatinya.

Zap!

Bagai disambar petir, Tuan Zafran menjadi keras. Jujur dia tak pernah menyangka semua ini. Bagi dia, menjadikan Safa kekasih tak akan ada kata putus. Tetapi...

"Saya tak akan lepaskan awak, Safa. Please sayang, don't do this too me. I really love you." Pertama kali sepanjang bergelar kekasih Tuan Zafran, Safa mendengar lelaki itu merayu.

Selama ini, jika dia merajuk. Dia sendiri yang pujuk hatinya. Kalau Tuan Zafran merajuk, dia akan sedaya upaya memujuk.

"Saya minta maaf, tuan. Selama 5 tahun kita bercinta, tuan tak pernah kenalkan saya pada keluarga tuan sebagai kekasih. Ke mana kita pergi, saya hanya PA tuan. Kadang-kadang saya terpaksa sakitkan hati sendiri kalau client nak buat private meeting dengan tuan. It's not easy too me, tuan." luah Safa tanpa berselindung.

Tuan Zafran terdiam. Rasa bersalah mula menghuni segenap ruang di dalam hati dia. Dia menatap wajah Safa.

"Saya tak sanggup kehilangan awak Safa." Sebaris kata dari Tuan Zafran membuatkan Safa mengeluh kecil.

"Saya nak hubungan yang serius antara kita. 5 tahun saya bertahan dengan tuan, tapi tak pernah sehari saya gembira. Bagi tuan, saya ni kekasih tuan bila ada masalah. Kalau tuan tak ada masalah, saya ni ibarat PA tuan semata-mata. Jadi sebelum terlambat, better we break up and move on." Berat hati Safa untuk meluahkan. Tetapi terluah juga.

Tuan Zafran meraup kasar wajahnya. Terlepas dengusan kasar dari bibirnya. Tertekan dengan urusan pejabat dan gadis bernama Safa Farisya. Dia memandang Safa dengan pandangan tajam.

"Kau nak break up sangat kan? Okay fine, kita putus! Tapi aku tak terima perletakan jawatan kau. Aku nak kau jadi PA aku." kata Tuan Zafran dengan kasar.

"Saya still akan berhenti." Tanpa getar, Safa melawan kata Tuan Zafran. Buat apa dia menjadi PA lelaki itu lagi?

"Cubalah berhenti, aku pastikan kau tak dapat kerja. Kau tahu aku macam mana. So behave with your words." Tuan Zafran terus mengambil kot warna kelabu miliknya lalu keluar dari ruang kerja.

Air mata Safa mengalir. Biarlah dia sedih sekarang, mungkin nanti akan hadir pelangi untuk mewarnai kehidupannya.

'Ya Allah, jika ini keputusan terbaik. Restuilah aku dengan keredhaanMu. Aaminn.' Tanpa menunggu lama, Safa menapak keluar dari ruang kerja Tuan Zafran.

Biarlah dia menjadi PA Tuan Zafran. Mungkin itu salah satu cara untuk dia membalas kebaikan lelaki itu kerana menolong dia 6 tahun lalu.

Jika benar jodoh itu milik mereka, biar Allah yang menemukan mereka.

Will You Be My Honey? (TAMAT)Where stories live. Discover now