Special Part 1 #HajatRamadan1

15.3K 432 1
                                    

Tahun pertama menyambut puasa sebagai isteri Zafran

Senarai Hajat Ramadan Safa
1. Sahur dan buka puasa sekali, tak kisah dekat mana.
2. Sedekah separuh keuntungan Safa Cafe dan Safran Empire pada orang yang memerlukan. ✔
3. Hujung minggu balik rumah mama untuk sahur dan berbuka. ✔
4. Majlis buka puasa dengan anak-anak yatim Teratak Bonda. ✔

"Hajat ramadan sayang semua terlaksana. So, are you happy?" tanya Zafran.

Safa mengeleng. Ada satu lagi hajat yang tidak terlaksana lagi. Dan hajat itu tak ada dalam senarai.

"Erk...hajat apa yang tak terlaksana lagi?" soal Zafran. Dia mendekati Safa. Jemari isterinya dielus lembut.

"Luangkan masa dengan bie seminggu sebelum raya. Itu hajat terakhir sayang." ujar Safa. Lembut saja suaranya mengetuk pendengaran Zafran.

Zafran tersenyum nipis. Faham sangat kalau Safa sentuh bab luangkan masa. Dia mengusap perut Safa yang semakin membesar.

"Sayang nak bie ambil cuti, kan?" teka Zafran. Safa mengangguk sambil tersenyum lebar.

"Bie...kita jarang luangkan masa selepas honeymoon haritu. Sayang nak juga pergi bazaar ramadan dengan bie. Tunggu buka puasa dengan bie. Pleasee..." pujuk Safa. Jemarinya bermain dilengan sasa milik Zafran.

"Okey...tapi sayang kena tolong bie siapkan kerja sikit. Since PA abang cuti, abang tak menang tangan tau. Auww!" Zafran mengadu kesakitan apabila Safa mencubitnya.

"Eleh...dia yang bagi kita cuti. Lepas tu nak merungut." ejek Safa. Ikutkan hati, dia tak nak cuti. Tapi alahan yang dia rasa memaksanya untuk cuti sehingga habis pantang.

"Bie melawak je. Sayang ni...bie kiss baru tau." Zafran sengaja memuncungkan bibirnya.

Safa menolak muka Zafran. Tengah puasa kot yang nak kiss. Gila ke apa. Tak pasal jadi benda lain nanti.

"Jangan nak macam-macam erk. Sayang cubit bibir tu baru tau." Safa menjauhkan diri dari Zafran. Kalau dia layan sikap nakal Zafran, boleh batal puasa.

Zafran hanya ketawa. Gembira melihat muka isterinya yang kemerah-merahan. Mujurlah hari ini hujung minggu. Dapat juga dia bermanja dengan Safa. Kalau hari bekerja, nak melawak pun tak sempat.

Rayyan tersenyum manis melihat Safa. Cinta? Perasaan itu dah lama pergi selepas dia mengenali Raisya. Walaupun Raisya serba kekurangan, Rayyan tetap menerima dengan hati terbuka.

"Abang Yan sihat? Sya rindu kat abang tau tak. Mentang-mentang dah ada Kak Raisya, lupa kat Sya." ujar Safa.

Safa memandang Rayyan. Wajah sepupu kesayangannya itu berseri saja. Penangan Raisya Zahra.

"Abang Yan sihat. I miss you too princess. Abang Yan tak pernah lupakan Sya okey? Abang busy sikit sekarang, banyak kes nak kena handle. Abang ni company lawyer. Kalau criminal lawyer lainlah." kata Rayyan.

Safa mengangguk. Sebenarnya hari ini Safa bertuah kerana dapat berbuka dengan Rayyan. Memandangkan Zafran terpaksa pergi ke Port Dickson selama 2 hari.

"Raya ni Sya balik mana?" tanya Rayyan. Sesekali matanya melirik ke arah jam tangan.

"Balik Perlis. Mama dengan papa Zafran pergi umrah, dorang raya kat sana. Kalau raya kat sini pun tak ada sesiapa." ujar Safa.

Safa dapat bayangkan bagaimana meriah suasana raya di Perlis. Tak sabarnya nak balik!

"Abang pun raya kat Perlis. Nanti boleh kita jumpa. Seriously, abang teringin nak makan rendang tok yang selalu Sya masak. Nanti masakkan untuk abang, boleh?" Rayyan menelan air liur. Aduhh...bila terbayang Rendang Tok masakan Safa boleh buat jadi sasau.

Will You Be My Honey? (TAMAT)Where stories live. Discover now