Part 3

23.9K 840 12
                                    

Nota awal: Belanja gambar Zafran Heykal sekeping/satu/ciked

"Selamat pagi, Farisya. You okey tak? Muka you nampak pucat." tegur Herry, ketua arkitek Z&H Empire.

Farisya mengangguk lemah sambil tersenyum nipis. Herry bukan orang pertama yang kata muka dia pucat. Malah pekerja-pekerja lain termasuk pengawal keselamatan.

"Penat sikit, Herry. Ehm...you pula sihat tak? Lama I tak sembang dengan you." kata Safa.

Senyuman masih menghiasi wajah dia. Tak sampai hati pula nak buat muka asam jawa depan Herry.

"I sihat je, Farisya. Haih...since you jadi PA Tuan Zaf, jarang I dapat tengok muka you yang comel ni. You umpama kena kunci dekat level 20. I ni asyik tengok Suzuki Swift you sajalah." gurau Herry.

Safa ketawa kecil. Apa yang Herry kata itu benar. Dia kena kunci ditingkat 20 sepanjang waktu bekerja. Kalau keluar pun untuk makan tengahari.

Tingkat 20 umpama rumah Safa dan Zafran. Orang tertentu sahaja yang ada akses untuk naik. Betapa tegasnya seorang Zafran Heykal.

"Okeylah, Farisya. I keluar dulu. Bila-bila kita borak lagi. Bye, Safa Farisya." kata Herry sambil melambaikan tangan pada Safa. Safa juga membalas lambaian Herry.

Sebaik pintu lif tertutup, Safa menghela nafas. Lega kerana Herry sudah keluar. Di sebalik kelegaan itu, Safa berdebar-debar. Safa memejamkan matanya sejenak.

'Kuat ke aku nak berdiri depan dia? Ya Allah, hapuskan rasa debar ini. Gantikan dengan kekuatan dariMu, aku perlukannya.' Safa menghembus nafas lega.

Ting!

Safa membuka matanya apabila mendengar bunyi pintu lif dibuka. Dia melangkah keluar dari perut lif dengan perlahan. Baru sahaja menapak, kaki Safa terpaku.

Tangan Safa terketar-ketar. Sekujur tubuh seorang lelaki sedang terbaring di atas lantai.

"Tuan Zafran..." halus suara Safa menyebut nama Zafran. Safa terus berlari mendapatkan lelaki itu.

Dengan berhati-hati, Safa meletakkan kepala Zafran di atas ribanya. Pipi Zafran ditepuk perlahan. Tanpa sedar, air mata Safa mengalir lagi. Apakah ini salah dia?

"Tuan bangun...tuan...please wake up. Jangan susahkan hati saya." rintih Safa. Safa memeluk bahu Zafran.

"Saf...safa." panggil Zafran. Safa melepaskan pelukannya. Dia memandang Zafran dengan pandangan kecewa.

"Tu...tuan minum balik? Hah?! Tuan minum balik?!" marah Safa tiba-tiba. Safa menolak kepala Zafran dengan kasar.

Bau yang melekat pada kemeja Zafran menyebabkan Safa loya. Bau yang pernah hilang 5 tahun lalu. Safa menjauhi Zafran. Dia menyentuh dinding. Tak kuat rasanya untuk berdiri saat ini.

"Tuan tak pernah berubah. Air kencing setan tu juga yang tuan cari kalau ada masalah. Mana janji tuan pada saya? Pada Allah? Tuan janji takkan sentuh air tu lagi. Ta..tapi apa ni?" Air mata Safa semakin laju membasahi wajahnya.

Zafran cuba mendekati Safa, tapi pantas dihalang oleh gadis itu. Jelas riak kecewa pada wajah Safa.

"Safa, saya boleh jelaskan. Tolong jangan menangis, sayang." pujuk Zafran dengan nada lemah. Dia akan jadi lemah apabila Safa nenangis.

Selama ini jika Safa menangis, dia akan meninggalkan buah hatinya itu. Bukan kerana nak lepas tanggungjawab, tapi kerana dia lemah bila melihat manik-manik jernih yang keluar dari tubir mata Safa.

"Saya kecewa dengan tuan. Di sebabkan inilah, keputusan saya sudah bulat. Saya tetap akan resign dan pergi dari hidup tuan. Saya tak nak sakitkan hati lagi. Biar saya tak dapat kerja di mana-mana, asalkan hati saya tenang. Thanks for everything, Tuan Zafran." Safa berjalan ke arah meja kerjanya.

Barang-barang peribadi yang ada dalam laci meja, diambil satu persatu. Mujurlah kotak kosong ada. Jadi dia tak perlu bersusah payah untuk berulang-alik ambil barang.

Zafran mengeleng, dia tak sanggup melepaskan Safa. Zafran menarik tangan Safa daripada mengemas.

"Sayang...jangan tinggalkan Zaf. Zaf mengaku Zaf khilaf semalam. Zaf terlalu ikut emosi ni sampai minum air tu. Hukumlah Zaf, Safa. Asalkan Saf jangan pergi. I really need you, sayang." rayu Zafran.

Safa menatap wajah kacak itu. Walaupun dalam keadaan kusut-masai, Zafran tetap kacak. Safa menghembus nafas berat. Dia melepaskan pegangan lelaki itu.

"Saya serahkan semuanya pada Allah. Jika awak jodoh saya, pasti Allah temukan kita suatu hari nanti. Kalau sebaliknya, teruskan hidup awak. Tinggalkan cara hidup lampau awak. Itu yang terbaik. Selamat tinggal, Tuan Zafran." ujar Safa lalu mengangkat kotak berisi barang miliknya.

Setelah menekan butang turun, Safa berpaling pada Zafran. Dia dapat melihat air mata lelaki itu mengalir laju.

"Saya cintakan tuan." ucap Safa lalu memasuki ke dalam lif. Jelas kedengaran suara Zafran memanggil namanya.

'Ya Allah, jika dia jodohku. Pertemukan kami suatu hari nanti. Jika tidak, bukakan pintu hatinya untuk menerima gadis lain.' Safa meraup wajahnya.

Kesedihan yang dia tanggung saat ini lebih sukar dari kesedihan apabila dia terpaksa berjauhan dengan keluarga. Apakah ini yang terbaik? Atau sebaliknya? Safa bingung...

Zafran terduduk di atas lantai. Daun pintu lif ditatap lama. Kenapa semua ini terjadi? Safa Farisya sudah meninggalkan dia.

"Kenapa? Kenapa semua ni terjadi?! Safa Farisya, please come back! Janga buat Zaf macam ni, sayang!" jerit Zafran tanpa tertahan.

Wajah Safa Farisya umpama menari-nari dihadapan Zafran. Wajah Safa ketika tersenyum manis. Di saat memeluk erat lengannya dan juga ketika marah.

'Aku tak sanggup kehilangan dia. Aku...aku kena tarik perhatian dia semula. Aku harus dapatkan dia.' Zafran mengesat air matanya.

Entah dari mana datang, Zafran tiba-tiba mendapat semangat baru. Mungkin Safa Farisya sudah pergi, tapi perasaan cinta dan sayang antara mereka gadis itu tinggalkan.

"Sudah tiba masanya mama dengan papa kenal bakal menantu mereka. Aku akan kejar Safa sampai dapat. Aku yakin dia jodoh aku. Pemilik tulang rusuk aku." Tuan Zafran dengan yakin.

Safa Farisya, kau milik aku! Selamanya milik aku.

Nota kaki: Start Part 3, saya akan guna gelaran Zafran, bukan Tuan Zafran..thanks untuk siti a.k.a @girljune sebab support Nur..muahh ciked 😘😉😍❤❤

Will You Be My Honey? (TAMAT)Where stories live. Discover now