Kita bakor Zafran sampai hangus..kalau perlu rentung terus bak kata cik girljune..😨😨😨👻👻👻
Kembang kempis hidung Zafran menahan gelora dalam hati. Ikutkan hati, nak saja dia tumbuk lelaki yang sedang berbual dengan Safa. Siap gelak-gelak lagi.
"Dua minggu aku ada kat sini pun dia tak layan, mamat tu yang baru datang hari ni dia layan sampai gelak-gelak. Geram pula dengan dorang ni. Ada juga makan kasut." Zafran mengetuk perlahan meja makan yang dia duduki. Nafas dia juga tidak teratur.
Siapa tak cemburu tengok pujaan hati sembang dengan lelaki lain? Orang gila pun kalau suka dekat seseorang akan naik meroyan tau.
"Kalau cemburu jangan pendam, Zaf. Cepat-cepat bertindak sebelum Rayyan potong line hang." kata seseorang dari belakang.
Zafran menoleh ke arah suara itu. Seorang lelaki berpakaian putih dengan tag nama 'Safwan' sedang berdiri dibelakangnya. Safwan, chef di Restoran Hajah Zahida dan juga abang kepada Safa.
"Zaf buntulah. Zaf dah cuba tarik perhatian Safa, tapi langsung tak berkesan. Apa yang Zaf tak buat? Semua Zaf dah buat. Kadang-kadang, Zaf rasa down bila Safa kata dia bencikan Zaf. Tinggal lagi 1 minggu sebelum Zaf balik KL." ujar Zafran. Matanya masih memandang Safa dan lelaki bernama Rayyan itu.
Safwan tahu Zafran berusaha keras untuk menarik perhatian adiknya. Tapi hati Safa terlalu keras. Sesekali dia juga memujuk Safa untuk memaafkan Zafran. Seperti biasa, Safa akan tarik muka dan pergi macam itu saja.
"Zaf, bertahanlah untuk seminggu lagi. Mungkin bila Zaf cuba dan cuba untuk tarik perhatian Safa, suatu hari nanti Safa akan sedar? Kita tak boleh jangka." Safwan cuba menyakinkan Zafran semula. Dia yakin hanya Zafran yang mampu jaga Safa.
"Zaf ingat nak pendekkan cuti. Lagipun dah lama Zaf tinggal syarikat, entah apa yang jadi sepanjang Zaf tak ada. Kesabaran Zaf pun ada batas, kalau betul Safa tak cintakan Zaf lagi. Zaf akan lepaskan dia. Mungkin kebahagian dia bukan dengan Zaf...tapi orang lain." Zafran tak sanggup memandang ke arah Safa lagi. Rasa nyilu yang bertandang saat ini sangat memeritkan.
"Kalau itu yang Zaf kata, abang tak boleh buat apa. Betul kata Zaf, kesabaran kita ni ada batas. Tapi kesabaran juga ada sebab kenapa kita boleh bataskannya. Zaf fikirlah masak-masak. Abang nak ke dapur balik. Kang kelaparan pula pelanggan makanan tak sampai." Safwan bangun dari kerusi. Dia menepuk bahu Zafran sebelum pergi.
Zafran menghela nafas. Sebelum dia rentung kerana cemburu melihat kemesraan Safa dan Rayyan, baik dia beredar dari situ. Mungkin hari ini bukan hari dia untuk memujuk Safa. Zafran ikhlas. 😢
"Sya...sampai bila nak teruskan sikap kebudak-budakkan Sya ni? Kesian abang tengok Si Zaf tu. Hari-hari dia datang sini untuk pujuk Sya. Tengok sampai dia nak baliklah sekarang." Rayyan menjuihkan mulutnya ke arah Zafran yang sedang menapak keluar dari restoran.
Safa memandang ke arah pintu keluar. Tiada langsung senyuman yang menghiasi wajah Zafran, hanya sepasang mata redup. Tiba-tiba rasa bersalah menjerut hati Safa.
"Sya sendiri tak tahu sampai bila. Mungkin ini yang terbaik untuk kami, Abang Yan." kata Safa.
Rayyan mengeleng kepala. Sepupu kesayangannya ini tak pernah berubah. Sekali bencikan seseorang, Safa tak akan berpaling lagi. Sampailah rasa benci iti mula hilang. Tipulah kalau kata tak perasan betapa suram wajah Zafran ketika dia dan Safa sedang berbual.
"If one day, dia putus asa untuk kejar Sya. Percayalah, Sya akan mula rasa menyesal kerana menidakkan kewujudan dia selama ni. Abang tahu kesabaran dia makin tipis, sebab tu dia pergi tiba-tiba dari sini. Abang tahu Sya masih cintakan Zafran. Cuba buka pintu hati Sya untuk terima dia semula. Setiap manusia akan buat kesilapan, kerana tak ada manusia yang sempurna. Maafkan orang lebih baik dari berdendam." nasihat Rayyan pada Safa.
Safa hanya diam. Diam bukan kerana merajuk. Tapi kerana dia cuba mencerna nasihat Rayyan. Patutkah dia beri Zafran peluang kedua? Atau membiarkan Zafran pergi?
Aku keliru!
Roslan
Bos kena balik KL sekarang. Projek Laman Zhandra ada masalah. Urgent!Zafran mendengus kasar. Baru tinggal dua minggu, masalah datang. Ini kalau tinggal sebulan, mahu bungkus syarikat. Zafran mendail nombor Hajah Zahida.
"Assalamualaikum." Suara Hajah Zahida memberi salam mendamaikan sedikit perasaan Zafran.
"Waalaikumussalam, aunty. Ehm..Zaf ada benda nak cakap ni." kata Zafran dengan sopan.
"Zaf ada masalah ke? Suara Zaf tak macam selalu." soal Hajah Zahida. Memang suara Zafran sopan seperti selalu. Tetapi disebalik sopan itu terkesan suara kebimbingan.
"Zaf kena balik KL malam ni. Ada masalah dekat sana. Zaf tak sempat jumpa aunty kot. Mungkin..." Zafran menutup matanya. Cuba mencari kekuatan untuk menutur kata-kata seterusnya.
"Mungkin apa Zaf?" tanya Hajah Zahida. Hajah Zahida jadi tak sedap hati. Takkan Zafran...
"Mungkin sampai sini saja, Zaf berusaha untuk dapatkan hati Safa semula. Zaf...Zaf putus asa aunty. Mungkin Safa bukan jodoh Zaf. Zaf serahkan segalanya pada Allah. Maafkan Zaf." ujar Zafran dengan sebak. Air mata sudah bertakung menunggu masa untuk jatuh.
"Zaf...jujur, aunty harap sangat kamu jadi suami Safa. Tapi kalau ini keputusan Zaf, aunty terima. Zaf bawa kereta elok-elok. Aunty selalu doakan kebahagian Zaf. Jangan serik datang sini lagi ya? Zaf dah macam anak kandung aunty." suara Hajah Zahida semakin kendur. Tak sampai beberapa saat, kedengaran tangisan wanita itu.
Tak sempat Zafran meneruskan bicara, talian telefon dimatikan. Zafran tahu Hajah Zahida sedih dengan keputusannya. Dia juga sedih.
Tapi dia sudah berputus asa untuk mengejar Safa. Cukuplah 2 minggu berada di Perlis, dia banyak makan hati. Kemaafan yang dipinta tak berbalas. Begitu juga cinta yang dia harapkan.
Zafran mengambil beg roda yang ada dipenjuru katil. Pakaian yang ada dalam almari diambil. Zafran tak akan menoleh lagi. Dia serahkan segalanya pada Allah SWT.
'Jika dia jodohku, pertemukan kami. Aku doakan kebahagiaan Safa Farisya, my one and only love.' desis hati Zafran.
Zafran mengambil Iphone 6S miliknya. Aplikasi WhatsApp dibuka, dia ingin menghantar chat untuk kali terakhir.
Bersambung...
Uwaaa 😭, Zafran terbakor sampai bawa diri ni apesal...sapa sudi teman Zafran balik KL??? Okey2 tak mau over2 sangat...So are you ready for next part? Part di mana Safa akan............................
Biarlah Rahsia 😂😂😂😂
YOU ARE READING
Will You Be My Honey? (TAMAT)
Short StoryMenjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup sakit hati , Safa Farisya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Bagi Safa Farisya, Tuan...