Fyda yang baru pulang dari kerja terlihat Safa sedang mengelamun dibalkoni. Muka sahabatnya itu muram sahaja. Dia mendekati Safa.
"Farisya..." Lembut sahaja Fyda memanggil Safa. (Safa hanya digunakan oleh Tuan Z, Farisya pula digunakan oleh orang lain)
Safa memandang ke arah Fyda. Gadis itu masih memakai uniform jururawatnya. Mungkin baru pulang dari kerja. Dia tersenyum hambar. Patutkah dia tersenyum gembira?
"Kau okey tak? Dari tadi aku tengok kau termenung je. Ada masalah ke?" tanya Fyda sambil mengusap rambut Safa.
Safa tak mampu memendam rasa lagi. Dia terus memeluk erat Fyda. Air mata yang ditahan jatuh juga. Teresak-esak dia dalam pelukan.
Fyda membalas pelukan itu. Safa bukan jenis yang mudah menangis. Tapi sekali dia menangis, itu bermakna masalah besar sedang melanda gadis itu. Fyda merenggangkan pelukan untuk melihat wajah sahabatnya. Jelas kusut wajah cantik itu. Ya Allah, Fyda jadi tak sampai hati.
"Far, cerita kat aku. Siapa yang buat kau menangis? Biar aku jumpa dia." soal Fyda. Dia masih mengusap rambut Safa, persis seorang ibu memujuk anaknya.
"Selama ni, aku bercinta dengan Tuan Zaf. Tapi bukan kekasih rasmi, kekasih rahsia. Aku...aku tak sanggup lagi. Ja...jadi aku putuskan hubungan kami ta...tadi." luah Safa dengan teresak-esak. Dia mengemaskan pelukan pada pinggang jururawat muda itu.
Fyda tersenyum nipis. Ya, dia tahu. Kejujuran Safa sebentar tadi bukan asing bagi dia. Selama ini dia sudah agak, Safa dan Tuan Zafran bercinta. Kalau tak, Safa tak adanya pergi teman Tuan Zafran ketika sakit.
"Safa, kenapa kau putus dengan dia?" tanya Fyda lagi. Fyda rasa lebih baik dia banyak bertanya daripada memujuk. Dia tak nak Safa rasa tenang untuk seketika, selepas itu sedih semula.
"Aku nak hubungan yang serius. 5 tahun aku jadi kekasih rahsia dia, tak pernah sekalipun dia kenalkan aku pada keluarga sebagai kekasih. Aku tak mampu bertahan lagi, sebab tu aku putuskan hubungan kami. Aku ada bagi surat perletakan jawatan aku. Tapi..." Safa melepaskan pelukannya. Dia bersandar pada dinding balkoni.
"Tapi dia tak terima?" kata Fyda. Safa mengangguk.
Ya, lelaki itu tak terima. Malah meninggalkan dia seorang diri. Jujur, Safa rasa bersalah. Apakah keputusannya terburu-buru? Atau keputusan ini yang terbaik? Safa jadi buntu. Di sisi lain, dia takut Tuan Zafran kembali pada tabiat lama.
"Far, kalau kau tak nak jadi PA dia. Hantar surat resign tu pada Tan Sri Haydar terus. Lagipun, sebelum ni kau PA Tan Sri kan? Mungkin Tan Sri akan terima." Kali ini, Fyda memberi idea pula.
'Cubalah berhenti, aku pastikan kau tak dapat kerja. Kau tahu aku macam mana. So behave with your words.'
Safa pantas mengeleng. Ugutan Tuan Zafran masih terngiang-ngiang lagi. 5 tahun menjadi kekasih rahsia, dia sudah hadam dengan setiap gerak geri dan sifat lelaki itu.
'Aku tak boleh, Fyda. Dia dah letak satu jurang untuk aku keluar dari syarikat dia. Macam mana aku nak langkah? Kalau aku jatuh dalam jurang tu, tak ada orang akan jumpa aku.' gumam Safa dalam hati.
"Tak apalah, Far. Kau tenangkan dulu fikiran kau. Aku nak masuk bilik kejap. Nanti kita makan sama-sama. Aku ada beli nasi kerabu dengan daging masak merah kegemaran kau." kata Fyda sambil mengusap bahu Safa.
'Kau seorang yang tabah. Aku tahu kau boleh hadap semua ni. I always with you, Far.' Fyda berlalu meninggalkan Safa. Biarlah gadis itu bersendirian untuk seketika.
Mungkin itu yang terbaik...
Bunyi bising orang menjerit sambil terkinja-kinja menari ditatap tajam oleh Tuan Zafran. Hampir 4 tahun dia meninggalkan dunia penuh liar ini. Kini, dia masuk kembali.
"Hey, bro. Kata dah insaf, ni tiba-tiba datang. Kau nak apa-apa tak? Takkan minum orange juice je." kata Gill, pelayan bar merangkap pemilik Gill's Club.
Tuan Zafran mengeleng. Dia sudah nekad untuk tidak minum air setan itu lagi. Semua itu kerana syarat dari Safa.
'Safa? Dia bukan kekasih aku lagi. Bukan!' Tuan Zafran memandang Gill.
"Aku nak martini." Gill tersenyum mendengar pesanan Tuan Zafran. Dia tahu lelaki itu ada masalah. Kalau tak, lelaki itu takkan minta martini.
Gill meletak segelas martini dihadapan Tuan Zafran. Tanpa teragak-agak, Tuan Zafran terus meneguk air setan itu sehingga habis.
"Aku nak lagi!" jerit Tuan Zafran. Dia sudah mula berkhayal, dunia terasa bagai berpusing. Hilang sudah masalah yang dia tanggung.
Tuan Zafran memberhentikan keretanya tepat pada pintu masuk Z&H Empire, dengan langkah yang tidak teratur, dia menekan lift untuk ke tingkat paling atas.
Sejurus tiba ditingkat paling atas, Tuan Zafran terjatuh di atas lantai. Selepas itu, dia tidak menyedari apa-apa lagi. Yang dia sedar, Safa miliknya.
"Kau milik aku Safa. Sampai bila-bila kau milik aku! Aku!" kata Tuan Zafran sambil ketawa.
Dalam ketawa, terselit air mata yang merungkai bahawa dia terseksa kerana kehilangan Safa Farisya. Bidadari yang membuka pintu hatinya.
Safa terbangun dari tidur. Jelas kelihatan dadanya berombak laju.
"Astagfirullahalazim, kenapa aku mimpi dia?" Safa meraup wajahnya dengan keluhan halus.
Wajah Tuan Zafran sedang menangis muncul dalam mimpinya sebentar tadi. Rasa sayu menyerbu benak. Air mata pula mula bertakung, tunggu masa untuk jatuh saja.
"Ya Allah, lindungilah dia. Jauhkan segala musibah." monolog Safa sendirian.
Dia baring semula. Selimut warna ungu ditarik hingga paras dada. Dia cuba menghapus mimpi tadi. Tak sanggup untuk dia bayangkan kesedihan Tuan Zafran. Lelaki yang berjaya membuka pintu hati Safa untuk kali pertama.
YOU ARE READING
Will You Be My Honey? (TAMAT)
Short StoryMenjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup sakit hati , Safa Farisya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Bagi Safa Farisya, Tuan...