Wanda melemparkan senyuman sinis. Ugutan Safa langsung tak menggoyah pendiriannya.
"Aku tak takut, Farisya. Aku akan rampas Zafran dari kau and I will make sure you being a poor single mother." kata Wanda dengan bongkak.
Nafas Safa jadi tak teratur. Tangannya terlalu ringan untuk bertemu dengan pipi Wanda. Tapi dia cuba bersabar. Safa mendekati Wanda dengan perlahan. Dia membisikkan sesuatu ditelinga ikan keli tu.
"Aku tak pernah kisah Wanda. Sebab aku yakin, apa yang dah jadi hak aku. Akan jadi hak aku sampai bila-bila. He doesn't love you. He love me sooooo much more than I love him. The best woman win. Bye darling." Safa menayang senyuman manis campur sinis pada Wanda.
Baru saja Safa melangkah tubuhnya ditolak kuat dari belakang. Kerana tak dapat seimbangkan badan, Safa jatuh tergolek. Wanda ketawa jahat.
"Itu padahnya kau lawan aku. Perempuan tak guna!" Wanda terus berlalu dari lobi hotel.
"Auch...Ya Allah, sakitnya." Safa memegang perutnya. Rasa berdenyut semakin kuat sehingga menyebabkan pandangan Safa menjadi kelam.
"Puan...puan okey tak? Puan...pu..." Gelap dunia Safa. Yang sempat dia dengar suara seorang perempuan memanggilnya.
Hospital Port Dickson
Zafran mundar-mandir dihadapan wad kecemasan. Terbayang wajah pucat milik isterinya sebentar tadi. Semoga isteri dan bayi mereka selamat. Tak sanggup dia kehilangan mereka.
"Zaf, pihak polis dah dapat jumpa Wanda." kata Fahrain dengan tercungap-cungap. Mahu tak tercungap-cungap, dia umpama lari marathon dari tempat letak kereta.
"Bagus. Macam mana betina tu?" tanya Zafran dengan kasar. Meruap amarahnya pada Wanda kerana menolak Safa.
"Dia meninggal dunia. Masa polis jumpa dia, ada kesan tikaman pada dada dia. Kata saksi, ada sorang dato ni cari dia. Bila dah jumpa, dato tu tikam dia." ujar Fahrain.
Zafran terkejut. Apakah ini hukuman atas diri Wanda selepas mencederakan Safa? Astagfirullahalazim...
"Zaf...doktor keluar dah." Fahrain menepuk bahu Zafran. Dia menunjuk ke arah doktor wanita yang baru keluar dari wad kecemasan.
"Keluarga Puan Safa ada kat sini?" tanya doktor wanita itu. Dia memandang dua orang lelaki dihadapannya. Seorang berpakaian kasual dan seorang lagi memakai baju kemeja warna putih.
"Saya suami Safa. Macam mana keadaan isteri saya?" soal Zafran dengan gelisah.
Doktor Yumna tersenyum nipis. Dia membuka mask yang dipakai olehnya. Sayang betul Zafran pada Safa.
"Alhamdulillah Puan Safa dah stabil. Kandungan dia pun dalam keadaan baik. Tumpahan darah sebentar tadi tak menjejaskan kandungan sangat. Mungkin dalam 2-3 hari Puan Safa boleh discharged." terang Doktor Yumna dengan sopan.
Zafran tersenyum lega. Alhamdulillah Ya Allah. Engkau sebaik-baik penyembuh setiap hambaMu.
"Boleh saya jumpa isteri saya?" tanya Zafran dengan gembira. Doktor Yumna mengeleng kecil.
"Buat masa ni, saya sarankan Puan Safa berehat dulu. Dalam masa sejam lagi, kami akan pindah Puan Safa ke wad. Dekat sana encik boleh jumpa. Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Doktor Yumna melemparkan senyuman nipis pada Zafran dan Fahrain.
"Waalaikumussalam, terima kasih doktor." ucap Zafran. Doktor Yumna hanya mengangguk kecil.
Fahrain pula? Sudah tangkap leleh dengan senyuman nipis Doktor Yumna. Terlajak angau!
YOU ARE READING
Will You Be My Honey? (TAMAT)
Short StoryMenjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup sakit hati , Safa Farisya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Bagi Safa Farisya, Tuan...