Part 4

24.1K 686 21
                                    

Sebulan kemudian..

Kangar, Perlis

"Sya...sya. Elok-elok kamu kerja dekat KL, berhenti. Bila ummi suruh cari kerja tak nak. Degil betul kamu ni." bebel Hajah Zahida. Mata tuanya menatap tajam ke arah Safa.

Safa pula, dia langsung tak terkesan dengan bebelan Hajah Zahida. Bagi dia, kerja di Restoran Hajah Zahida lagi seronok daripada tempat lain.

"Sya tak naklah ummi. Sya dah selesa kerja kat sini. Lagipun, Sya minat masak-masak ni. Tak salahkan Sya tolong ummi? Dulu, selalu sangat call tanya bila Sya nak balik. Bila dah balik, ummi pula macam halau suruh cari kerja." bebel Safa pula.

Hajah Zahida mendekati Safa. Diambil tomato yang ada dalam genggaman anak kesayangannya. Hajah Zahida memegang pipi Safa lalu dielus lembut. Ya, dulu dia selalu tanya bila Safa akan balik. Tapi kepulangan Safa tidak seceria selalu.

Muka gadis itu muram saja. Dia masih ingat bagaimana Safa memeluk erat tubuh tuanya sebaik saja dia buka daun pintu rumah mereka. Teresak-esak di anak di dalam pelukannya. Umpama ada satu masalah besar melanda.

Tapi bila ditanya, Safa kata dia baik-baik saja. Dia berhenti kerja kerana kontrak bersama Z&H Empire sudah tamat. Kata Safa lagi, dia mahu luangkan masa bersama keluarga dan menguruskan restoran milik keluarga mereka.

"Ummi, Sya nak mengaku sesuatu." kata Safa tiba-tiba. Tangan Hajah Zahida digenggam erat. Sudah sampai masanya dia jujur dengan ummi. Kenapa tiba-tiba dia pulang ke Perlis.

Tak sempat Safa buka mulut, seseorang memberi salam dari belakang. Mulut Safa tiba-tiba jadi kaku, suara pula hilang entah kemana.

"Assalamualaikum, boleh saya jumpa dengan Safa?" tanya seorang lelaki.

Safa jadi kaku satu badan. Betulkah apa yang dia tengok ini? Atau matanya sedang menipu? Zafran Heykal sedang berdiri dipintu masuk dapur sambil memegang sejambak bunga ros.

"Tu...tuan buat apa kat sini?" tanya Safa dengan nada tertahan. Hanya Allah saja tahu dia sedang bertarung dengan perasaan ketika ini.

Zafran mendekati Hajah Zahida. Jambangan bunga ros itu diberi kepada Hajah Zahida. Senyuman paling manis dihadiahkan pada wanita itu. Wanita yang telah melahirkan buah hatinya.

"Bunga ros ni untuk aunty. Saya Zafran Heykal, bekas majikan dan juga teman lelaki Safa." Dengan penuh yakin, Zafran menyatakan dia adalah teman lelaki Safa.

Safa pula jangan katalah, muka terkejut habis. Dalam hati, Safa mula memaki hamun keberanian lelaki itu.

'Dia ni, sudahlah datang tiba-tiba. Mengaku teman lelaki aku pulak. Nak kenalah mamat ni. Geram pula aku.' Tangan Safa dikepal menjadi penumbuk.

Buk!

Hajah Zahida menekup mulutnya. Tak ada ribut, tiba-tiba Safa menumbuk Zafran. Darah pekat keluar dari celah bibir lelaki itu.

"Sya! Kenapa kamu tumbuk dia? Ya Allah, tengok tu sampai pecah bibir dia." marah Hajah Zahida. Jambangan bunga ros yang diberi Zafran, dia letak atas meja besi.

Hajah Zahida mendekati Zafran yang sedang memegang bibirnya. Safa tidak mengendahkan amarah umminya. Dia terus berlalu dari situ. Menyampah tengok muka lelaki itu.

'Itu makannya kalau mulut tak reti jaga. Puas hati!' gerutu Safa. Kunci Suzuki Swift miliknya dikeluarkan dari poket cardigan. Sia-sia duduk dekat restoran. Tambah-tambah kalau lelaki tak reti malu itu ada.

Hajah Zahida membersihkan luka dibibir Zafran dengan berhati-hati. Kasihan pula lihat muka anak muda itu berkeriuk. (penulis budak baru belajar. Kalau silap sorry ye.)

Will You Be My Honey? (TAMAT)Where stories live. Discover now