Part 8 (Epilog)

23.7K 555 14
                                    

2 bulan sebelum...
"Will you be my honey, Safa Farisya?" kata Zafran sambil memegang sebentuk cincin emas putih bertaktha berlian dihadapan Safa.

"I...I do. Yes, I will be your honey." ucap Safa dengan teruja. Air matanya juga sama teruja, mengalir lebat. Air mata kegembiraan kerana dilamar oleh lelaki yang dia cinta.

Safa memandang sekeliling. Qurratul's Restaurant dihias cantik umpama berada di taman bunga. Bunga ros merah dan putih berada disepanjang jalan. Bingkai gambar Safa dan Zafran ketika bercuti turut ada.

"Thanks sayang, sebab terima lamaran Zaf. Zaf harap selepas ni kita selalu bersama. Jangan ada kata berpisah dalam hubungan kita. I love you, Safa Farisya." ujar Zafran dengan romantis.

Safa tersenyum manis. Cukuplah dia kehilangan Zafran kerana terlalu ikut hati dan perasaan sendiri.

"Safa akan sentiasa ada untuk Zaf. Dalam waktu senang dan susah. I will love you forever." balas Safa. Senyuman dibibir tak pernah lekang.

Malam itu bersaksikan Fyda, Sufian serta keluarga Safa dan Zafran, mereka mengikat tali pertunangan secara tiba-tiba. Kerana rancangan awal hanya melamar, tapi dilanjutkan dengan majlis pertunangan pula. Kebahagian mula bertandang dan kesengsaraan serta kedukaan berarak pergi meninggalkan mereka.

"Aku terima nikahnya Nur Safa Farisya Binti Haji Shaharudin dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai." lafaz Zafran dengan yakin. Tangannya masih berjabat dengan Haji Shaharudin.

"Sah! Sah!" Zafran menghela nafas lega. Nampak saja yakin, padahal mahu pecah jantung dia menahan debar.

"Tahniah Far! Welcome to the club." kata Fyda sambil memeluk Safa. Safa membalas pelukan Fyda dengan erat.

Inai di jari jururawat muda itu jelas kelihatan. Maklumlah, baru seminggu kahwin. Siapa sangka selepas sahabatnya itu kahwin, dia pula menyusul.

"Husband kau datang dah. Control ayu beb, jangan buat muka blur. Aku ketuk satgi!" perli Fyda sebelum memberi laluan kepada Zafran.

Will You Be My Honey? (TAMAT)Where stories live. Discover now