Media
Daler Yusuf as Zafran HeykalSafa meletak mangkuk berisi Rendang Tok masakannya diatas meja makan. Pasti sebentar lagi Rayyan, Zafran dan Abang Safwan berebut. Bermulalah adegan kanak-kanak ribena.
"Hai dik...awai hang letak rendang tok ni. Satgi abang hang mai terpa sini dulu kot. Tak sempat budak-budak tu dapat duit raya." kata Kak Salma.
Safa ketawa. Memang itupun yang dia nak. Dengki tak dapat duit raya! Tahun lepas dia dapat sebab berstatus bujang. Tahun ini berstatus isteri orang.
"Biarlah kak. Sya masak banyak kali ni. Cukup sampai ke malam." ujar Safa. Sengaja dia masak lebih, boleh tapau untuk Rayyan.
"Okeylah, akak pergi depan kejap. Apalah budak-budak tu dok buat." Kak Salma meninggalkan Safa.
Riuh-rendah mendengar jeritan anak-anak buahnya membuatkan Safa tersenyum. Tahun depan bolehlah anaknya ikut mereka. Sedang leka tersenyum, tiba-tiba ada tangan memeluknya dari belakang.
"I love you. Muahh!" Zafran mengucup lama pipi milik Safa. Rasa macam tak nak lepas pun ada. Lembut sangat.
"Bie! Malulah anak-anak buah tengok." tegur Safa. Zafran melepaskan pipi Safa.
"Pipi sayang tu goda bie. Bie mana tahan." gurau Zafran. Dia memeluk erat pinggang Safa.
Merah pendam muka Safa mendengar gurauan Zafran. Dia menarik tangan Zafran lalu dikucup lembut. Safa berpaling memandang Zafran.
"Maafkan sayang kalau ada buat silap sepanjang jadi isteri bie. Halalkan makan, minum, pakaian dan duit yang bie dah keluarkan untuk sayang. Selamat hari raya aidilfitri bie. I love you so much bie." ucap Safa dengan lembut. Ucapan Safa itu lebih menjurus kepada luahan syawal kali pertamanya.
Zafran tersenyum nipis. Terharu mendengar ucapan Safa. Dia menarik Safa ke dalam pelukan. Ubun-ubun Safa dikucup lama.
"Bie pun minta maaf kalau ada buat salah. Bie sentiasa halalkan apa jua yang bie keluarkan untuk sayang. Terima kasih sebab sayang sanggup berkorban kandungkan baby bie, baby kita. I love you more sayang." Zafran mengucup dahi Safa.
Safa terlalu bermakna untuk dia. Kalau boleh, dia tak nak berenggang dengan Safa walaupun sesaat. Peristiwa dua minggu yang lalu cukup membuat dia serik meninggalkan Safa sendirian.
"Nasiblah Abang Yan ni tak kahwin lagi. Kalau tak dah lama Abang Yan buat scene ni. Betul tak sayang?" kata Rayyan yang baru sampai.
Safa melepaskan pelukan Zafran. Zafran pula berdeham untuk menutup malu. Rayyan dan Raisya mendekati mereka sambil tersenyum.
"Korang ni tak sabar-sabar. Tahulah hari ni raya." usik Raisya pula.
Merah padam muka Safa apabila diusik Raisya. Zafran pula pura-pura ambil pinggan. Ketupat yang ada di atas meja makan, diambil. Tapi matanya terpaku pada satu juadah. Kecur air liurnya tengok. Dia terus menarik kerusi. Sebelum berebut dengan Rayyan, baik dia makan dulu.
"Ewah Zaf...makan tak ajak." kata Rayyan. Dia turut menarik kerusi dihadapan Zafran. Rendang Tok yang seakan menggoda dua orang lelaki itu ditenung.
"Tengok tu kak...satgi mesti jadi kanak-kanak tak cukup ribena." Safa menunjuk ke arah Zafran dan Rayyan yang sedang berebut sudu untuk mencedok Rendang Tok.
Raisya pula ketawa perlahan. Tak sangka bakal tunangnya perangai macam itu. Ini kena tanya resepi Rendang Tok dekat Safa.
"Sayang, meh duduk. Sedap tau rendang tok Sya ni." Rayyan menepuk kerusi disebelahnya. Raisya pula dengan malu-malu, duduk disebelah lelaki itu.
Safa tersenyum bahagia melihat keriuhan hari raya pertamanya sebagai seorang isteri. Mungkin ini yang di alami setiap wanita bergelar isteri. Bahagia melihat suami tersenyum, ibu dan bapa memeluk erat anak-anak. Dia mengusap perutnya.
'Baby, jadi anak yang baik ya. Dengar setiap kata mummy dan daddy.' desis hati Safa.
Tiba-tiba tangannya disentuh seseorang. Dia memandang ke sisi, suaminya sedang tersenyum manis.
"Jom makan sekali. Lepas ni kita ziarah kubur walid." kata Zafran. Safa mengangguk sambil senyum.
Inilah kebahagiaan yang dia mahu. Tak akan ada sesiapa yang boleh memisahkan Safa Farisya dan Zafran Heykal. Kecuali Allah SWT.
There is only one happiness in this life, to love and be loved.
George Sand
Assalamualaikum korang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kerana Nur terlebih rajin Malam Raya ni, so Nur update Special Part 2 #LuahanSyawal. Ini adalah karya terakhir Nur sebelum Nur cuti panjang dari tulis menulis ni. Start Raya Kedua, Nur kena kemas barang nak pergi Kuantan dah. So sad 😭..okeylah tak nak bebel panjang. Nur harap korang sudi Vote and Comment.
Love All Of You..Selamat Hari Raya 😘
YOU ARE READING
Will You Be My Honey? (TAMAT)
Short StoryMenjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup sakit hati , Safa Farisya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Bagi Safa Farisya, Tuan...