Safa terpisat-pisat bangun dari tidur apabila Samsung Galaxy Note 5 miliknya bergetar kuat. Aplikasi WhatsApp dibuka.
Assalamualaikum, Safa. Masa awak baca chat ni, mungkin saya dalam perjalanan balik ke KL. Saya ambil keputusan untuk berhenti kejar awak dan lepaskan awak. Saya tahu kehadiran saya selama ni menganggu awak. Anggaplah pemergian saya ni sebagai hadiah dan tanda terima kasih kerana sanggup jadi kekasih dan PA saya selama 5 tahun. Mengenali awak perkara paling indah dalam hidup saya. Mencintai dan dicintai awak umpama satu anugerah. Saya sentiasa doakan kebahagian awak. Saya tak pernah berhenti sayangkan awak. You're my everything. For the last time, Will You Be My Honey? -ZH-
Safa tergamam membaca chat dari Zafran. Kata-kata Kak Salma sedang menari dalam fikirannya. Apakah dia kehilangan Zafran ketika ini? Kerana geram dan sakit hati?
"A...aku tak sanggup kehilangan Zaf. Ya Allah, apa yang aku dah buat?" Safa terus turun dari katilnya. Cardigan yang tergantung pada pintu diambil.
Tak sempat Safa buka pintu, pintu dibuka dari luar. Hajah Zahida sedang berdiri dihadapannya dengan kesan air mata. Hajah Zahida pula menjadi pelik tengok keadaan Safa. Mungkin Safa sudah tahu tentang Zafran.
"Sya dah tahu tentang Zafran?" tanya Hajah Zahida. Safa mengangguk kecil.
"Sya kena kejar dia ummi. Sya menyesal sebab layan dia dengan teruk. Sya...Sya baru sedar yang dia terlalu bermakna dalam hati Sya." kata Safa. Air mata mula bertakung. Safa tak mampu menahan rasa lagi.
"Tak guna Sya kejar Zaf, dia dah bertolak dua jam lepas." ujar Hajah Zahida.
Safa terduduk atas lantai. Dia betul-betul kehilangan Zafran, tangisan Safa bergema disetiap ruangan. Rasa menyesal mulai bertandang, menjerut tangkai hati Safa. Wajah muram Zafran kelmarin menjengah.
"Um..ummi Sya tak sanggup kehilangan Zaf. Sya...Sya..." Tiba-tiba Safa rasa sesak pada dada. Pandangannya mula kabur dan kelam...
Bau lilin aromaterapi (entah betul ke idok) membangunkan Safa dari lena. Wajah Hajah Zahida sedang tersenyum menghiasi pandangan.
"Ummi apa dah jadi?" tanya Safa sambil memegang kepalanya pening.
"Sya pengsan semalam, doktor kata darah Sya naik. Untuk sementara waktu ni, Sya rehat je kat rumah." Hajah Zahida mengusap lembut pipi Safa. Safa tak pernah pengsan dihadapannya, ini kali pertama.
'Zafran...' Nama lelaki itu terdetik dalam hati Safa. Dia terus bangun dari baring. Selimut yang menutupi badannya disingkap kasar.
"Sya nak pergi mana, sayang? Sya tak sihat lagi." soal Hajah Zahida dengan cemas. Lengan Safa dipegang kemas.
"Sya nak jumpa Zafran. Sya nak kata kat dia yang Sya menyesal sebab layan dengan teruk. Sya cintakan dia ummi. Lepaskan Sya. Ummi...lepaskan Sya..." Safa menangis lagi. Entah kenapa, firasatnya kuat mengatakan dia betul-betul kehilangan Zafran saat ini.
"Ummi tak benarkan Sya pergi. Sihatkan diri tu dulu, baru pergi KL. Sya satu-satunya anak perempuan ummi. Ummi tak sanggup tengok Sya sakit macam ni. Ummi sayang Sya sangat-sangat. Zafran tak pergi jauh, dia ada dalam hati Sya. Zafran tak pernah lupakan Sya, dia sentiasa cintakan Sya. Bila Sya dah sihat nanti, ummi teman Sya pergi KL." kata Hajah Zahida sambil memeluk erat Safa. Sesekali rambut Safa diusap lembut.
"Ummi janji teman Sya, ya?" tanya Safa untuk kepastian. Hajah Zahida hanya mengangguk perlahan. Ubun-ubun Safa dikucup penuh kasih.
Seminggu kemudiaan...
Zafran tersenyum lebar. Berita yang dia baru dapat sangat mengembirakan. Ya Allah, terima kasih. Zafran menekan interkom.
"Sufian, masuk bilik aku kejap." kata Zafran lalu bangun dari kerusi. Dia mendekati tingkap kaca, kesibukkan ibu kota terbentang luas.
Knock! Knock!
"Haih...kotlah aku masuk ni kau tengok muka aku. Ini aku tengok belakang kau." perli Sufian, sahabat Zafran merangkap Ketua Unit Kejuruteraan.
"Aku nak kau buat tempahan kat Qurratul's Restaurant untuk dua orang. Lepas tu kau tolong call Noura Florist, suruh dorang siapkan jambangan bunga atas nama Zafran Heykal. Nanti dorang pasal." arah Zafran.
"Ewah...masa bila aku jadi PA kau? Lagipun, untuk apa kau nak makan kat sana ? Bukan itu tempat favourite kau dengan Farisya ke? Atau..." Sufian mula tersenyum bagai kerang busuk. Kening diangkat, saja nak sakat Zafran.
"Menyibuklah kau ni, Sufi. Buat jelah, aku potong gaji kau nak tak?" ugut Zafran dengan muka memerah. Bukan merah kerana marah, tapi malu. 😳
Sufian terus mencebik. Asyik-asyik ugut nak potong gaji. Sudahlah orang nak kahwin lagi 2 bulan, sesuka hati saja nak potong gaji.
"Iyelah, aku tempah. Sikit-sikit ugut, sampainya hatimu. Laguni sahabat? Suruh orang kaluit-kaluit." sakat Sufian lalu berlari keluar dari bilik kerja Zafran.
Zafran tergelak kecil. Teruk betul Sufian kalau cakap Perlis. Boleh bernanah telinga dengar.
'Hari ni, hari paling bahagia untuk aku. Dugaan sebelum ini mungkin ujian dari Allah untuk aku. Semoga bahagia milik aku dan dia.' Zafran mengambil Iphone 6S dan beg bimbit miliknya.
Sesekali balik kerja awal, apa salahnya? Dia sudah terbayang apa yang akan dia pakai malam ini. Betapa romantiknya makan malamnya.
Tak sabarnya!
Safa menapak masuk ke dalam Qurratul's Restaurant dengan debar. Sudahlah keadaan restoran itu malap saja. Entah ada orang ke tak.
"Fyda ni betul ke tak ni? Ajak aku makan malam kat sini, dahlah suruh aku datang sendiri. Bertuah punya kawan. Ada juga kena ketuk satgi." gerutu Safa seorang diri.
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Kaulah cinta sesungguhnya
Sekuat hatiku kan menjagamu
Demi cinta seutuhnya
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimu
Ku kan berjanji seumur hidupku
Takkan lelah mendampingimuLangkah Safa terhenti apabila mendengar lagu Cinta Sesungguhnya. Lagu itu bukan dinyanyikan oleh Sabhi Saddi dan Marsha Milan Londoh, tetapi seseorang yang Safa rindu.
Tidak jauh dari tempat Safa berhenti, seorang lelaki sedang berdiri tegap. Senyuman lelaki itu sangat manis.
Air mata Safa menitis lembut. Tak sangka semua ini akan berlaku......
Bersambung...
Note: Are ready for last part a.k.a epilog? Okay for ending, korang prefer sweet and romantic ending or just happy ending like fairytale? Jangan biarkan Nur buat ending yang kejam..pleaseee 😂😂😂...and korang vote lah cite ni supaya Nur ada semangat nak buat special part tentang Safa dgn Zafran..
YOU ARE READING
Will You Be My Honey? (TAMAT)
Short StoryMenjadi kekasih rahsia selama 5 tahun bukan mudah. Tambahan pula menjadi kekasih rahsia kepada CEO Z&H Empire, Tuan Zafran Heykal. Kerana tak sanggup sakit hati , Safa Farisya ambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. Bagi Safa Farisya, Tuan...