Chapter Five

2.3K 209 59
                                    

Then, Jungkook. It's your turn.

"Kenapa kau buat aku macam ni eh, Jungkook?" Taehyung berkata menghampiri Jungkook sambil bermain dengan pistolnya.

"K-kau. Aku buat apa? Apa salah a-aku? Jungkook mempamerkan riak ketakutan. Tidak percaya yang Taehyung boleh menjadi agresif sebegini.

"Kenapa kau tak bagitahu aku yang kau bercinta dengan Yoo Min sebelum aku mula gilakan dia? Kenapa, Jungkook?"

"Aku nak jaga hati kau, Taehyung. Kenapa aku tak boleh bercinta dengan dia? Aku pun ada hati, ada perasaan kat manusia normal"

"Jaga hati? Huh, kau tak tahu ke rasanya lagi sakit bila kau jaga hati aku dan rahsiakan semua ni daripada kau bagitahu awal-awal yang kau bercinta dengan dia."

"T-tapi aku sayang dia. Aku suka dia. Aku takut dia dirampas. TAPI KAU! KAU DAH HANCURKAN KEPERCAYAAN AKU PADA DIA! APA LAGI YANG KAU NAK?!" Jungkook mula menaik satu oktaf suaranya.

"Eh, tadi kau cakap. Kau ada hati, ada perasaan. Jadi kau fikir Tuhan tak ciptakan aku dengan hati dan perasaan ke, Jungkook?"

"A-aku tak maksudkan macam tu, Taehyung,"

Taehyung mula merapatkan diri dengan Jungkook. Pistolnya diangkat menghala ke arah Jungkook. Sasaran dicari.

Jarak badan antara Jungkook dan Taehyung sangat dekat. Pistol diletakkan di perut Jungkook.

"Bagilah hati kau kat aku supaya aku jadi manusia yang punya hati," Taehyung membisik rapat di telinga Jungkook.

"Taehyung, sam-"

Bang!

"Pai.. H-hati... K-k-kau" kata Jungkook tersekat-sekat sambil memegang perutnya yang dipenuhi darah.

"Sekarang, hati aku dah sampai dengan bantuan kau," Taehyung tersenyum petak yang mempamerkan gigi putihnya yang tersusun kemas.

Pisau dikeluarkan dari poket. Pisau tersebut dihalakan ke bahagian antara tulang rusuk dan perut iaitu di mana terletak hati seorang manusia.

Pisau ditekan dan ditarik ke bawah tanpa sebarang rasa bersalah yang terselit dalam hati Taehyung. Membuak-buak darah yang keluar.

Dia menarik sesuatu keluar daripada perut Jungkook. Satu organ yang dikenali sebagai, hati.

"Sekarang, aku dah dapat hati daripada orang yang berhati dan berperasaan," Senyum sumbing dipamerkan.

"Mari aku tengok, apa isi hati ini eh?" Pisau diambil, lalu dihiris hati itu satu persatu. (Eyy author pun nak menangis buat cerita ni)

"Huh, kosong je. Ingatkan, berhatilah sangat," Taehyung tersenyum sinis.

Pisau dan pistol dibaling, dibiarkan bersepah. Sarung tangan dibuka. Dia berjalan keluar dari dorm yang sekarang ini merupakan kenangan paling manis untuknya sewaktu dia merupakan ahli BTS.

Seseorang diluar sedang menunggu Taehyung di atas sebiji motor berkuasa tinggi. Setelah sarung tangan itu bertukar tangan, lelaki itu berlalu pergi dengan motornya dalam kelajuan yang tinggi.

Taehyung berjalan masuk ke dorm itu semula. Darah kawan-kawan baiknya diambil dan disapu pada bajunya. Telefon diambil dan dia mendail nombor kecemasan, nombor yang menyambungkannya kepada polis. Tanpa rasa takut.

"Hello, polis? Saya Taehyung dari kumpulan BTS. Encik, tolong saya! Kawan saya dibunuh beramai-ramai. Tolong datang cepat! Kisah selanjutnya akan saya ceritakan. Tolong datang sekarang!" Kata Taehyung dengan nada cemas dan teriakan yang palsu semata.

Setelah menamatkan panggilan, dia meratakan pandangannya pada ahli BTS yang sudah tidur ditemani darah.

"Maaf, kawan. Aku takkan biarkan sesiapa sakitkan hati aku kalau dia mahu hidup dengan aman. Aku sayang kau orang, tapi hati aku sakit kerana kau orang," Taehyung mengalirkan air matanya. Air mata ikhlas. Mungkin perasaan bersalah?

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now