Chapter Thirteen

1.7K 164 24
                                    

"Sebenarnya, Cik Muda... Tuan Muda Taehyung melakukan semua itu sebab dia perlukan Cik Muda. Cik Muda mungkin tidak tahu kisahnya. Tapi dia perlukan kasih sayang Cik Muda," Michael mula menarik tali untuk menceritakan hal sebenar.

"Kenapa kasih sayang saya pula yang harus dijadikan alasan?" Yoo Min memberi jelingan yang tajam.

"Sebab Cik Muda pernah berikan tiupan kasih sayang padanya dan itu adalah kali pertama Tuan Muda memilikinya. Dia kekurangan kasih sayang dari kecilnya, Cik Muda. Bahkan dia tahu bahawa Cik Muda seorang yang penyayang jadi Tuan Muda mula sedar bahawa ada yang mengambil berat tentangnya. Dan dia ialah Cik Muda. Dia perlukan kasih sayang Cik Muda untuk mengatasi segala kasih sayang yang tidak dapat dirasainya," Michael menerang dengan panjang lebar .

"Kenapa pula dari kecil? Dia kan ada ibu bapa dia yang boleh bagi kasih sayang? Huh, alasan," Yoo Min menekankan suaranya pada perkataan'alasan'.

"Sebenarnya, Puan dan Tuan Kim bukan ibu bapa kandung Tuan Muda Taehyung yang sebenar. Tuan Muda Taehyung asalnya daripada keluarga yang miskin dan juga keluarga Kim. Puan dan Tuan Kim tiada rezeki untuk memiliki anak jadi mereka mengambil Tuan Muda untuk menjadi waris kepada harta mereka. Tuan Muda diambil sewaktu dia masih bayi. Beliau dilayan dengan baik sekali sehinggalah Tuan Muda meningkat remaja. Tuan dan Puan Kim meminta Tuan Muda untuk mengambil bidang pengurusan syarikat tetapi Tuan Muda menentang dan mengatakan dia mahu menjadi penyanyi seperti yang Cik Muda tahu dia merupakan bekas ahli BTS, kan?" Panjang lebar terangan Michael.

Yoo Min mengangguk. Michael menarik nafas lagi untuk menyambung ceritanya.

"Tuan Kim marah dengan Tuan Muda kerana tidak mahu mengikut kehendaknya. Dan bermula dari itu, Tuan Muda dilayan dengan dingin. Pada suatu hari, Tuan Kim cuba melembutkan hati dan mengadakan makan malam keluarga. Puan Kim yang masak semuanya. Sewaktu mereka makan, Tuan Kim tiba-tiba bertanya pada Tuan Muda keadaan sekolahnya. Tanpa lapikan, Tuan Kim terus bertanya dengan Tuan Muda tentang minatnya untuk meneruskan bisnes Tuan Kim. Tuan Muda tetap tidak mahu dan masih tetap dengan pendiriannya untuk menjadi seorang penyanyi. Dan pada masa itu, Tuan Kim yang bengang terus menghamburkan semuanya. Dan rahsia tentang Tuan Muda bukan anak kandungnya dan diambil untuk meneruskan bisnes sahaja pun terbongkar," Michael menarik nafas sekali lagi.

Yoo Min sudah menekup mulutnya.

"Sejak itu, hubungan Tuan Muda dengan Tuan dan Puan Kim menjadi dingin. Dia tidak lagi dikasihi dan disayangi seperti sebelumnya. Tuan dan Puan Kim merasakan bahawa Tuan Muda ini penumpang yang tidak tahu malu. Saya rasa mereka patut lepaskan Tuan Muda. Tapi, perkara itu tidak berlaku. Apa agenda sebenar mereka untuk menyimpan Tuan Muda sebegitu lama," Michael seakan-akan bertanya pada diri sendiri.

End

Yup, cerita tentang Kim Taehyung sebelum ini telah pun dia ketahui. Baginya, agak sebak apabila mengenangkannya. Tambahan pula, dia dikutuk netizen, dia dituduh mencium Yoo Min dan dia dibuang BTS.

'Taehyung tidak patut terima semua itu. Dia perlu bahagia. Dan aku, akan buat dia bahagia' desis hati Yoo Min yang masih sebak.

----------

"

Oleh kerana luka Encik Taehyung tidaklah seteruk mana dan tiada sebarang implikasi yang mungkin berlaku. Jadi, dia dibenarkan dibawa pulang hari ini," Doktor itu berkata lalu meminta diri untuk keluar.

Yoo Min hanya mengangguk dan senyum.

"Yeay, awak dah boleh balik," Yoo Min senyum pada Taehyung.

Taehyung membalas senyumannya.

Taehyung membalas senyumannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Save Me | KTHWhere stories live. Discover now