Chapter Twenty Seven

1.2K 109 3
                                    

Kecerahan pagi itu membuatkan dia terjaga dari tidurnya yang lena. Dia menggeliat sebelum membuka matanya dengan lebih jelas. Mata digosok beberapa kali. Dia melihat gerangan yang membuatkan biliknya terang, Jungmi.

"How are you today? Hari ni ada pergi mana-mana ke?" soal Jungmi sebaik sahaja memandang Yoo Min yang sudahpun bangun dari tidurnya. Dia tersenyum lalu bergerak ke arah katil dan melabuhkan punggung di birai katil Yoo Min.

"Hmmm, rasanya tak pergi mana-mana pun hari ni. Terpulang pada Henry lah," Yoo Min menjawab soalan Jungmi sambil membalas senyuman yang diberi Jungmi.

"Yoo Min, unnie nak tanya boleh?" kelihatan Jungmi yang sebersalah hendak bertanya. Yoo Min hanya mengangguk dan menanti soalan yang hendak diutarakan olehkan Jungmi.

"Kamu memang tekad nak balik Korea ke? Kamu tak takut dicederakan Taehyung lagi? Dia belum keluar hospital lagi. Macam mana kamu nak hidup seorang diri di sana?" perlahan suara Jungmi dalam menyatakan soalannya. Dia sudah jaga Yoo Min untuk masa yang lama jadi pasti berat baginya untuk membiarkan Yoo Min hidup sendirian di sana. Air matanya mula mengalir.

"Ehh, unnie. Jangan menangis. Uljima, nae? Yoo Min rindukan Taehyung. Ya, Yoo Min tekad nak balik sana. Taehyung perlukan saya, unnie. Jangan risau, saya dah hidup bersendirian sejak kematian omma dan appa saya. Unnie jangan risau, ya?" kata Yoo Min sedikit sebanyak menambah keraguan dalam hati Jungmi untuk melepaskannya namun apakan daya kalau Yoo Min memang tekad. Dia tidak boleh halang dan Taehyung lebih berhak terhadap dia.

"Yoo Min balik sana nanti, jaga diri baik-baik tau. Unnie dah tak ada di samping Yoo Min untuk jaga Yoo Min lagi. Jangan buat kerja berat-berat ya. Haih, seminggu saja lagi Yoo Min kat sini. Pasti unnie rindu pada Yoo Min nanti. Jangan lupa unnie tau," pesan Jungmi pada Yoo Min sambil memeluknya erat. Syahdu rasanya melihat Yoo Min yang terpaksa hidup sendiri dengan kandungannya itu.

"Unnie, tolong jangan risau. Dah hampir tiga bulan saya tinggal kat sini. Takkan saya nak lupa jasa unnie yang dah jaga makan minum, jaga pakaian saya selama tiga bulan ni. Unnie baik sangat dengan saya, unnie layan saya dengan baik sekali. Tak mungkin saya lupa," kata Yoo Min dengan air matanya yang berjuraian. Rasa berat jugamenimpa hatinya untuk meninggalkan Jungmi yang sudah lama menjaganya.

"Yoo Min, petang ni kita pergi taman lagi nak?" kata seseorang yang tiba-tiba menerjah masuk ke dalam biliknya. Jungmi menoleh ke arah nya dengan muka yang bengang lalu dia bangun dan bergerak kea rah suara itu.

"Siapa suruh kamu terjah masuk bilik perempuan tanpa ketuk pintu, hah? Tak ada adab ke? Kalau dia baru lepas mandi ke apa, macam mana? Eeee kamu ni," Jungmimembebel sambil meluku kepala Henry yang bersuara sebentar tadi.betul juga kata Jungmi, sesuka hati saja terjah masuk bilik anak dara.

"Padan muka awak. Hahahaa," galak Yoo Min mengetawakan Henry yang dimarahi kakanya seperti budak kecil. Muka Henry merona merah kerana malu apabila dimarahi kakaknya di hadapan Yoo Min.

"Buat lagi.. Buat lagi.." bebel Jungmi masih belum berkesudahan.

***

Dia melabuhkan punggungnya di bangku taman Shinjuku yang terletak di Tokyo itu. Tersenyum dirinya sendiri melihat kanak-kanak yang berlari riang di kawasan taman itu diiringi bunga sakura yang berguguran, mengindahkan lagi pemandangan dan suasana di petang hari.

"Kan bagus kalau saya dapat keluar berdua dengan awak di tempat sebegini, Taehyung" gumamnya perlahan dengan mata yang berkaca. Betapa rindunya dia pada lelaki yang pernah mendera dan menyeksanya dahulu. Namun itu bukanlah alasan untuk dia membenci lelaki itu. Lelaki itu memang bengis dan kejam dari fizikalnya. Namun dari segi mental, dia hanya seorang lelaki yang mendambakan kasih sayang seorang gadis sepertinya.

"Yah, Yoo Min. Mana awak pergi hah? Penat saya cari. Kan saya suruh awak tunggu saya di laluan masuk sementara saya pergi parking kereta tadi," rungut Henry sesudah tiba di bangku yang diduduki Yoo Min sambil menarik nafasnya. Penat dia berlari mencari Yoo Min, takut kalau-kalau Yoo Min sesat di taman Shinjuku yang boleh dikatakan agak besar.

"Awak ambil masa lama sangat, saya penat berdiri jadi saya jumpa bangku yang kosong cuma kat sini saja. Lagipun bunga sakura lebat disini, saya jadi terpukau so saya terus tinggal awak. Mianhe," balas Yoo Min sambil tersengih melihat Henry. Henry mengambil langkah drastic dengan melabuhkan punggungnya di kerusi dan meletakkan kepalanya di atas peha Yoo Min.

"Penat saya cari awak, tahu tak?" soal Henry dengan selamba tanpa rasa malu bila melakukan perkara tersebut. Yoo Min menjadi terkejut dengan sikap drastic Henry.

"Henry, saya... Urmmm," gumam Yoo Min dengan sebersalah untuk menghalang henry dari terus berbuat begitu. Henry pantas meletakkan jari telunjuknya di bibir Yoo Min.

"Shushh. Awak dah janji nak layan saya macam teman lelaki awak, so no objection," terang Henry dengan suara dalamnya. Tangan Yoo Min diambil dan diletakkan di rambutnya. Terdesak betul mamat ni ._.

Yoo Min hanya terdiam namun tangannya ligat bermain di rambut Henry. Uih fluffynya rambut dia macam sheep, desis hatinya.

Dan hari-hari seterusnya, berlalu begitu sahaja dengan situasi yang sama.

***

"Kamu jaga diri baik-baik kat sana. Jangan lupa call unnie kalau dah sampai, ya? Huhuhu, risaulah unnie nak lepaskan kamu seorang kat sana" acap kali ayat itu disebut Jungmi sambil memeluk Yoo Min erat. Sukar sungguh untuk melepaskan gadis itu keseorangan.

"Ya, unnie. Dah berapa kali unnie cakap macam ni. Janganlah risau sangat. Yoo Min boleh jaga diri kat sana. Yoo Min sayang unnie sangat-sangat. Terima kasih sebab jaga Yoo Min untuk tiga bulan ni," air matanya kian turun mengalir diiringi esakan halus mereka berdua.

"Haih, apalah nasib berjantina lelaki. Dahlah diabaikan, tak dapat peluk sekali pula tu," sampuk satu suara yang amat dikenali, sedang melihat mereka dengan tangan yang disilangkan. Habis sedepa bibirnya dimuncungkan. Dah tua, perangai keanak-anakan lagi. Yoo Min dan Jungmi yang melihat hanya tergelak kecil dalam sisa tangisan mereka.

"Attention to the passengers of KR 1534 plane, the plane will be arrived in 15 minutes more. You are required to check-in in 10 minutes after plane's arrival. I repeat..." kedengaran pengumuman daripada pegawai bertugas berkenaan pesawat yang akan dinaikinya.

"Bye unnie. Bye Henry," ucap Yoo Min sambil menarik bagasinya.

To Be Continue~

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now