Chapter Eight

1.9K 184 66
                                    

"Kau ikhlas ke sayang aku?" Tiba-tiba Taehyung mengalirkan airmatanya.

Yoo Min terkedu. Kenapa Taehyung menangis?

"Cakaplah yang kau ikhlas sayang aku. Tolonglah," Taehyung makin deras menangis.

Yoo Min menganjakkan badannya agar menghadap Taehyung. Pipi Taehyung dipegang.

"Saya sayang awak. Ikhlas, Taehyung" kata Yoo Min sambil tersenyum.

'Lelaki ini lemah. Dia terlalu rapuh. Oh Tuhan, berikanlah aku kesabaran dalam memulihkan dia dari segala masalahnya' Yoo Min berdoa dalam hati.

Taehyung tersenyum. Tersenyum seperti budak kecil mendapat coklat percuma. Sangat comel (Author pun lemah iman hmm).

"Kalau macam tu, kau jangan lari daripada aku lagi, please.

Aku taknak tembak kau lagi...

Aku taknak buat jahat dengan kau lagi...

Aku sayang kau. Aku minta maaf sebab tembak kau," kata Taehyung bersungguh-sungguh.

Sungguh, gadis itu telah menguasai hatinya. Gadis itu yang mampu mengawal perasaan hatinya.

"By the way..." Taehyung tersenyum tiba-tiba.

"Errr, apa? Kenapa?" Yoo Min menayang muka cuak.

"Kau nampak seksi bila rambut basah dan dilepaskan macam ni. Kau nak rawat sambil mengurat aku ke apa?" Kata Taehyung, mengusik.

Ish Taehyung ni, seram aku. Otak Yoo Min sudah memikirkan benda lain.

"M-mana ada. Saya baru lepas mandi tadi, nampak nurse tadi bawa peti ni. Itu yang saya menyudikan diri nak menolong dia,"

"O ouhhh," Taehyung melopongkan mulutnya.

"Sekarang, kau dah terima aku?" Taehyung tiba-tiba bertanya selepas mereka berdiam diri untuk memecahkan sunyi.

"Hmmm, bagi saya fikir dulu. Mungkin jawapannya positif. Tapi...."

Yoo Min memberi pandangan yang sukar ditafsir.

"Bakal boyfriend saya ni, sangat hodoh dengan bekas luka-luka siatan, cucukan, torehan semua ni. So, I want you to stop from hurting yourself. Promise me," kata Yoo Min dengan menayang muka bengis tidak menjadinya.

"Hahahaha, ouh baby, you make my day. Yaaa, I'll promise you," Taehyung ketawa, dia tak tahu pula Yoo Min ini begitu lucu dan comel.

"Terima kasih, Taehyung" Yoo Min memberi senyuman ikhlasnya.

"Sebab?"

"Sebab awak sudi menyayangi saya sangat-sangat sampai kurung saya dalam rumah ini," senyuman mengusik diberikan.

"Kau tahu kan, aku taknak kau lepas pada orang lain" kata Taehyung sambil menunduk.

Mungkin rasa bersalah.

"Hahaha, saya tahu. Disebabkan awak sayang sangat pada saya sampai macam ni, jadi saya pasti yang awak takkan curang dengan saya,"

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now