Chapter Twenty Eight

1.3K 124 31
                                    

"We will be arrived in 15 minutes. Please be patient, dear passengers." Kata-kata pegawai yang menguruskan pernerbangan itu mengejutkan Yoo Min dari tidurnya. Dia mengenyih matanya beberapa kali sebelum tersedar daripada mamainya. Dia menggeliatkan badannya sedikit.

"Wah, Korea. Dah lama tak balik sini huhuhu. Rindunya," gumamnya sambil tersenyum sendirian. Rindunya pada tanah airnya yang telah ditinggalkan hampir tiga bulan. Dia mengambil bedak dari dalam begnya dan menghias sedikit wajahnya dengan bedak nipis.

"We'll be landing now. Please sit properly," kata seorang pramugari yang agak sejuk mata memandang kerana wajahnya yang putih mulus dan bersih itu. Yoo Min tersenyum lagi. Tak sabar mahu menjejakkan kaki di bumi Korea.

Pendaratan kapal terbang berlaku dengan baik dan lancar. Nampaknya, semua menghela nafas lega kerana waktu mendarat itu adalah saat yang paling getir bagi semua penumpang yang menaiki kapal terbang. Semua sudah berdiri untuk keluar dari kapal terbang. Mereka beransur-ansur keluar diikuti Yoo Min.

Selepas mengambil bagasinya, dia melangkah ke luar lapangan terbang itu untuk mencari teksi dan pulang ke rumahnya, dan Taehyung. Dia tersenyum, tak sabar mahu bertemu dengan Taehyung yang akan keluar dari hospital. Dia menahan sebuah teksi dan member arah untuk ke rumahnya.

***

"Ahhhh rindunya rumah ni," katanya sebaik sahaja dia melangkah turun dari teksi yang dinaikinya tadi. Dia menghampiri tiang pagar rumah agam itu dan menekan butang loceng itu. Kemudian, seorang wanita berpakaian seperti orang gaji melangkah kea rah pagar tersebut.

"Cik Muda Yoo Min!" jeritnya sambil berlari untuk membuka pintu pagar itu. Dia tersenyum ceria melihat kepulangan Yoo Min di rumah itu. Setelah membukanya, pantas dia berlari kea rah Yoo Min dan memeluknya.

"Somi unnie rindukan Yoo Min ke, hah?" soal Yoo Min, mengusik. Ya, dia memang panggil orang gaji di rumah itu dengan panggilan unnie kerana mereka juga dalam lingkungan umur Jungmi. Mata Somi berair sedikit.

"Mestilah. Cik Muda lama tak balik. Tuan Muda Taehyung pun tak balik daripada hari Cik Muda keluar dengan Michael. Entahlah dia berada di mana sekarang ni. Dah dekat tiga bulan. Ingatkan dia pulang bersama Cik Muda," katanya sambil mengeluh lemah. Keadaan rumah juga seperti tidak terurus.

"D-dia.. dia ditangkap polis sebab dia dah bunuh Michael tapi dia dihantar ke hospital sakit jiwa kerana dia disahkan mengalami masalah mental. Unnie tahu kan sikap dia sebelum ni?" soal Yoo Min. Sudah pasti semua orang di rumah itu tahu sikap Taehyung yang boleh dikira psiko itu.

"J-jinjja? T-tahu.. Haih, kesiannya Tuan Muda. Mengalami masalah mental sedangkan dia masih muda. Memang sikapnya sebegitu tapi dia baik dengan kami. Kan, guard oppa?" soalnya pada pengawal yang menjaga di rumah itu. Guard oppa pffft. Pengawal itu hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Jangan risau. Dia akan keluar hospital dalam masa dua minggu lagi. Hehehe. Dah, jom kita masuk. Penat saya berdiri ni" Yoo Min tersenyum riang sambil menarik tangan Somi. Somi melihat perut Yoo Min yang membesar itu.

"C-cik Muda? K-kenapa perut Cik Muda membesar? C-cik Muda ada penyakit ke?" soal Somi risau sambil kakinya melangkah masuk ke dalam rumah bersama Yoo Min.

"Takdelah. Saya mengandunglah, unnie" Yoo Min tersenyum melihat wajah Somi yang cemberut cuak itu. Dia mengambil tangan Somi dan letakkannya di perut Yoo Min yang bunting itu. Wajah Somi agak terkejut.

"T-tapi bila? A-anak siapa? Tuan Muda Taehyung dan Cik Muda belum berkahwin lagi, kan?" soal Somi dengan rasa bersalah.

"D-dia rogol saya dulu. Haih. Masa saya dapat tahu saya mengandungkan anak dia, saya terfikir untuk gugurkannya. Tapi.. anak ni tak bersalah dan ini sahaja apa yang Taehyung tinggalkan untuk saya," jawab Yoo Min dengan air mata yang mengalir. Somi pantas memeluknya semula. Rasa bersalah mula bergelora dalam hati.

"Jom makan, Cik Muda mesti lapar" ajak Somi dan menarik tangan Yoo Min ke arah dapur.

***

Taehyung's POV

Dia merenung ke luar tingkap. Mengira hari-hari yang tinggal untuk dia keluar dari hospital itu. Dia tersenyum lagi, dia mahu mencari Yoo Min dan mulakan hidup baru bersamanya. Dia mahu ubah sikapnya dan buang jiwa psiko dari dirinya.

Tok tok

Dia menoleh apabila mendengar pintu biliknya diketuk perlahan. Terlihat Areum ahjumma disitu, melangkah masuk sambil menolak troli makanan. Areum ahjumma tersenyum melihat Taehyung. Sedulang makanan dianngkat dan diletakkan di atas meja berdekatan katil Taehyung.

"Kenapa ni? Termenung jauh, nampak?" tanya Areum ahjumma sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Taehyung. Belakang badan Taehyung diusap perlahan. Kemudian, dia terbatuk agak teruk.

"Tak. Takde apa, omma waegurae? Apeun neo, omma?" soal Taehyung yang agak panic melihat Areum ahjumma yang sudak terbatuk teruk itu. Areum ahjumma hanya tersenyu7m dan menggeleng pada Taehyung.

"Omma dah tua. Biasalah, sakit tua je ni," katanya, melegakan perasaan Taehyung.

"Sayang juga kamu kat omma ya?" usik Areum ahjumma. Tersenyum dia melihat pemuda ini. Taehyung membalas senyuman Areum ahjumma sambil mengangguk, lagaknya seperti kanak-kanak yang mendengar kata.

"Lagi berapa belas hari je kamu dah nak tinggalkan hospital ni, mesti nanti omma rindukan perangai budak-budak kamu ni," katanya lagi sambil mengusap rambut Taehyung lembut. Dia berdoa dalam hatinya agar Taehyung terlepas dari roh psiko yang merasuknya suatu ketika dahulu.

Tok Tok

Mereka menoleh pula pada pintu bilik yang dikuak itu, Doktor Yoon Do rupanya. Doktor itu melangkah masuk bersama tangannya yang diseluk dalam saku kot putihnya sambil tersenyum.

"Taehyung, bagaimana hari ni? Ada apa-apa pelik jadi?" soal doktor itu tenang. Dia mengambil fail yang berada di meja bersebelahan katil Taehyung dan mula mengeluarkan pen birunya. Dia mencatat beberapa informasi yang diberi Taehyung.

"Hari ni, okay je. Tak ada benda pelik jadi. Semua dah normal, doktor" balas Taehyung sambil tersenyum ke arah doktor. Doktor Yoon Do hanya menganggukkan kepalanya dan meletakkan semua fail itu di meja tadi.

"So, apa perasaan kamu? Lagi berapa belas hari je kamu nak keluar dari sini," soal doktor itu.

"Gembira sangat, doktor. Finally, I don't have any people to hurt anymore because I don't need to. Mungkin lepas ni, saya perlu jadi lebih penyabar, kan omma?" katanya sambil memandang Areum ahjumma. Dia hanya mengangguk, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Taehyung.

"Kamu bernasib baik, Taehyung. Kamu dibebaskan sebaik sahaja kamu keluar dari hospital ni, jadi kamu dapat memulakan hidup baru" terang doktor Yoon Do.

"Jangan lupa jenguk kubur semua orang yang kamu dah pernah bunuh dahulu dan mohon maaf dari mereka, ya?" pesannya lagi.

"Jungkook....." gumam Taehyung perlahan. Air matanya mula mengalir. Bagaimana dia dapat mulakan hidup yang gembira tanpa kawan-kawan yang telah bersama dengannya hampir tiga tahun? Kawan-kawan yang mati di tangannya sendiri?

Dia mula mengenangkan memori mereka bersama sebelum nyawa mereka diragut, oleh dirinya sendiri.

To Be Continue~

Thanks for 1K votes guys!!!!! I love you readers muah muah. Thanks for your support 💕💕 Teruskan menyapot ff ni ya? Thanks again hohohohohoh I appreciate you alls 😚😚😚 Ingat nak pub hujung minggu ni tapi takpelah. Ni reward untuk 1K votes hihi ❤

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now