Chapter Six

2.1K 196 63
                                    

Pintu dikunci. Badan direbahkan ke atas katil. Dia memejam matanya lama.

"Kenapa Taehyung jadi begini? Aku langsung tak kenal dengan Taehyung ini. Bukankah dia seorang yang ceria dan baik? Tapi, kenapa?" Yoo Min berkata pada diri sendiri.

Dia duduk di kepala katil lalu menarik dan memeluk lututnya erat.

"Jungkook oppa. Tak mungkin. D-dia. Tak mungkin," Air matanya mengalir. Dia masih sayangkan lelaki itu. Dia teringatkan keratan akhbar yang sempat dilihatnya tadi.

Kumpulan Penyanyi Lelaki, Bangtan Boys Ditemui Mati Di Dorm Mereka
-Bekas ahli Bangtan Boys, Kim Taehyung menemui rakan-rakannya yang masing-masint ditembak kecuali ahli yang bernama Jungkook, dibunuh dengan kejam dan parah berbanding ahli lain yang hanya ditembak-

"Kenapa semua ni boleh terjadi? Apa yang berlaku? Apa yang dah jadi?" Sambung Yoo Min dengan tangisan yang makin deras.

"Jungkook oppa, wae? Kenapa oppa tinggalkan Min macam ni? Cukuplah oppa tinggalkan Min, tapi janganlah tinggalkan Min dengan dunia ni," Yoo Min berkata seorang diri lagi.

"Kenapa? Bila? Siapa? Siapa yang bunuh kau orang? Oh tidak," Yoo Min menekup mukanya. Dia menangis sepuasnya. Kenapa semuanya boleh berubah dalam dua minggu ini?

———————

Siulan gembira kedengaran. Ada orang sedang bahagia, kah? Ya, dan dia adalah Taehyung.

"Yoo Min dah jadi milik aku sekarang. So, aku dah tiada penghalang lagi untuk bersama dengan Yoo Min sampai aku mati," kata Taehyung lalu mengalas kepalanya dengan tapak tangannya.

Aku gembira.

Tapi...

Orang yang hidup sekeliling aku ni, gembirakah mereka?

Arghhh!

Aku kisah apa.

Semua pun tak kisahkan aku.

"Maaf, BTS. Aku tak rasa menyesal bunuh kau orang. HAHAHAHAHAHA" Taehyung ketawa seorang diri. Ketawa yang dirasuk.

Dia memejamkan matanya. Mungkin memikirkan masa depan dengan Yoo Min. Apalah yang sedang dibuat oleh perempuan itu.

"Michael, terima kasih sebab tolong aku selama ini. Atas budi kerjasama kau, aku jadikan kau pembantu utama aku. Jadi, kalau aku ada sesuatu misi, kau yang akan tolong aku"

"Baiklah, Tuan Muda"

(Author's note: Taehyung ni anak orang kaya, mestilah boleh upah pembantu sesuka hati)

"Yoo Min macam mana? Dia okay ke? Dia ada memberontak ke masa kau hantar dia ke bilik?"

"Tidak ada, Tuan Muda" kata Michael setia.

"Hmm, bagus. Bagi aku kunci bilik tu," tangannya ditadah bagi mengambil kunvi itu. Setelah kunci bertukar tangan, Taehyung bangun dan berlalu ke bilik di mana Yoo Min ditempatkan.

——————

Setelah puas menangis, matanya makin kuyu kerana menangis membuatkan dia penat dan mengantuk. Akhirnya, dia tidur dengan sedikit sisa air mata.

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now