Chapter Twenty Nine

1.4K 101 15
                                    

Cahaya matahari yang memancar pagi itu menerangi ruangan bilik Yoo Min itu telah membangkitkannya dari tidur yang lena. Telefon pintarnya dicapai untuk melihat waktu. Ya, dia sedang menanti hari untuk melihat Taehyung yang baru, yang lebih baik.

"Lagi seminggu. Aigoooo, tak sabar nak jumpa dia. Taetae-ah, neomu bogoshipeo," gumamnya berseorangan sambil melihat gambar selfienya bersama Taehyung dalam galeri telefonnya.

Dia merajinkan dirinya untuk bangkit dari katil. Langkahnya diatur ke bilik air untuk membersihkan diri.

***

Derapan tapak kaki menuruni anak tangga kedengaran. Somi pantas mendapatkan Yoo Min yang agak terhuyung-hayang menuruni tangga itu dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung itu Yoo Min dibawa ke dapur untuk menjamah sarapan pada pagi itu yang telah disiapkan olehnya.

"Cik Muda macam mana hari ni? Ada rasa sakit apa-apa?" soal Somi sambil membantu Yoo Min untuk duduk di kerusi yang disediakan khas untuk bahagian kaunter di dapur.

"Hari ni, saya rasa okay sangat. Sangat-sangat okay bila kenangkan lagi seminggu Taehyung nak keluar dari hospital tu, hopefully dia dibebaskan dari kesalahan membunuh dia dulu," ucap Yoo Min dengan senyuman yang melebar di wajahnya. Dia sangat-sangat menantikan hari itu tiba.

"Sayanglah Tuan Muda Taehyung tu. Saya tertanya-tanya kenapa dia membunuh? Sedangkan dia layan kami semua baik sangat, tak sangka orang baik macam ni boleh membunuh," kata Somi. Runsing apabila mengenangkan majikannya itu. Ya, dia sangat baik dan menjaga kebajikan mereka, tapi sayangnya dia membunuh.

"Ada sebab dia membunuh, mungkin dia cukup menderita. Saya pun pernah hampir dibunuhnya, tau. Tapi, syukurlah. Dia tak bunuh saya. Bila dengar cerita dia daripada arwah Michael, rasa sebak pun ada," Yoo Min sedaya upaya menahan sebaknya. Ya, Taehyung bukan membunuh suka hati dia. Tekanan yang menimpa Taehyung itu yang menjadikannya begitu.

"Arwah.. Michael? Maksud Cik Muda, Michael si pembantu peribadi Taehyung tu? Apa jadi kat dia?" soal Somi dengan nada terkejut. Tiba-tiba sahaja dengar perkataan 'arwah Michael' itu. Sedangkan Michael yang membawa Yoo Min keluar dari rumah itu.

"Ya. Dia dah pergi. Taehyung tembak dia semasa saya dalam perjalanan nak pergi lapangan terbang. Hmm, itu pun sebelum dia dimasukkan ke hospital dan dirawat pakar psikiatri," balasnya sambil menyudu suapan terakhir sebelum pinggan kosongnya diangkat dan diletakkan di sinki.

"Oh, saya turut bersimpati" nada suara Somi kedengaran perlahan. Bunyinya seperti orang yang kecewa. Air matanya ditahan sebaik mungkin namun dia gagal.

"Eh, Somi unnie. Kenapa menangis ni? Saya ada salah cakap eh?" soal Yoo Min dengan cuak apabila melihat gadis yang tua beberapa tahun darinyaitu menangis.

"Unnie tak sangka dia pergi secepat ini. S-sebenarnya unnie dah lama taruh perasaan pada dia. Dan unnie tak sangka....," katanya tergantung, suaranya tersekat-sekat dalam sedu. Itulah sebabnya, dia bersedih dengan pemergian Michael.

"Hmm, unnie sabar ya? Kita doakan dia tenang di atas sana. Jangan menangis macam ni, hilang kecomelan unnie nanti," Yoo Min cuba menceriakan suasana dengan memberi pujian pada pembantu rumah yang muda itu. Nasib baik Berjaya. Somi kembali tersenyum sebelum dia melangkah ke sinki untuk membasuh pinggan.

***

"Kenapa kau datang ke sini? Apalagi yang kau nak?" terjah Taehyung apabila melihat wajah Henry yang tiba-tiba muncul di hospital itu. Geram dia melihat lelaki yang telah membawa lari gadis kesayangannya itu jauh darinya.

"Aku datang nak jumpa kau. Aku tahu kau akan keluar seminggu lagi. Lagipun aku baru sampai Korea semalam," jawab si Henry dengan wajahnya yang tenang. Dia tidak mahu membangkitkan pergaduhan di sini.

"Baru sampai Korea? Yoo Min ada balik dengan kau? Mana kau bawa dia lari?" soalannya keluar bertubi-tubi apabila mendengar penjelasan Henry.

"Yoo Min dah balik Korea dari minggu lepas lagi. Dia yang berdegil nak balik awal. Sekarang dia ada kat rumah agam kau dalam hutan tu. Nasib baik pekerja kau semua ada lagi kat umah tu, adalah orang yang menjaga dia. Jangan risau, aku tak buat apa pun kat dia. Dia dalam jagaan baik kakak aku masa di Jepun," jawabnya dengan panjang. Harap dapat menjawab semua soalan Taehyung.

"Aku minta maaf, Taehyung. Tak sangka dia memang sayang betul pada kau. Jadi aku lepaskan sajalah dia. Aku bukannya apa, dia tu mengandung. Aku takut kau cederakan dia lagi, tapi dia tu berdegil nak balik kat kau," Henry berbicara apabila melihat Taehyung yang terdiam dari tadi. Taehyung mengangkat mukanya pada Henry.

"Ya. Aku pun minta maaf. Banyak juga salah aku pada kau. Dan maaf untuk... Michael, aku jadi tak waras masa tu. Kau tahukan, aku sayangkan Yoo Min," kata Taehyung dengan perlahan. Sedar banyak silapnya. Tangannya sudah dikotorkan dengan darah. Tangannya telah mengambil banyak nyawa.

Nyawa musuh Yoo Min, nyawa Michael, nyawa kawan baiknya dan nyawa ibubapanya sendiri.

"Ya Taehyung. Aku tahu. Jadi, bila kau dapat keluar dari hospital ni?" kata Henry, cuba mengubah topic.

"Doktor Yoon Do kata dalam lagi lima hari, aku dah boleh keluar. Tak sabarnya aku nak jumpa Yoo Min. Kalau boleh, aku nak buat surprise. Kau jangan nak mengada bagitahu Yoo Min pula. Hmmm, aku balik bilik aku dululah" ucap Taehyung seraya meminta diri untuk pulang ke bilik. Dia berdiri dari bangku taman itu lalu menepuk-nepuk (?) seluarnya seketika sebelum tersenyum pada Henry. Henry mengangguk.

***

Yoo Min yang bersantai di sofa itu sedang melayan drama yang dilayarkan di kaca televisyen. Di tangannya ada semangkuk aiskrim Baskin Robbin yang dibeli oleh pembantu Taehyung yang boleh dikira seperti bodyguard di Bandar yang terletak tidak berapa jauh dari hutan itu.

Terlihat Somi berjalan melintasinya sambil membawa bakul yang kosong, mungkin dia baru lepas menyidai kain. Digamitnya Somi untuk duduk di sebelah dia.

"Unnie temanlah saya tengok drama ni. Bosanlah tengok sendirian," rengek Yoo Min seperti budak kecil dengan muncung sedepanya. Agaknya, inilah perangai orang kalau mengandung. Macam kanak-kanak. Somi hanya tersenyum dan melabuhkan punggung di sisi Yoo Min.

"Cik Muda dah pergi buat check-up ke tadi? Harini Cik Muda ada appointment untuk periksa kandungan cik, kan?" soal Somi dengan matanya yang melekap pada televisyen. Sesekali layan drama, tiba-tiba dapat episode yang best.

"Dah. Doktor kata kandungan saya baik-baik je. Tak sabar nak tengok reaksi Taehyung kalau dia jumpa saya minggu depan. Ahh, rindunyaaa," katanya dengan senyuman lebar sambil kedua tapak tangannya dilekapkan pada pipi. Gaya macam orang sedang berfangirling. Tapi memang ya pun, Taehyung tu pun merupakan ahli BTS yang boleh tahan terkenalnya.

Kring kring

Telefon Yoo Min bordering. Tertera nama Henry disitu. Tanpa berlengah, Yoo Min mengslidekan butang hijau untuk menjawab panggila tersebut.

"Nae, yeoboseyo?" jawabnya.

" Boleh tak Rabu nanti jumpa saya di tepi Han River? Saya ada kat Korea ni," balas Henry. Yoo Min melihat calendar yang tersangkut di dinding menunjukkan hari ini hari Isnin.

"Ya, boleh" balasnya dan panggilan dimatikan.

To Be Continue~

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now