Chapter Twenty-One

1.3K 127 28
                                    

Ahh, dah kenapa polis tu panggil aku ke tepi ni? Riak wajah Taehyung berubah. Apa masalah polis ni?

Polis itu sedang menahan kereta Taehyung dan memanggilnya ke tepi. Seorang polis diarahkan untuk berdiri di hadapan kereta Taehyung sementara polis lain masih berkumpul.

"Ini adalah misi kita. Jadi, kita perlu berkorban untuk hari ini! Biar tumbang badan dengan maruah! Kita berjuang, sampai mati" kata ketua polis di daerah itu dengan semangat.

Ya, mereka akan menangkap lelaki itu, jadi mereka perlu bersedia untuk menghadapinya.

Manakala polis yang berada bersama Taehyung mula berkata,"Awak memandu melebihi had. Ada lesen?"

"Ada,"

"Tuan, kami sudah sedia. Jalan juga sudah dikosongkan," tiba-tiba, suara seseorang kedengaran. Oh, polis bawahan. Tiada lagi kereta yang lalu di situ.

"Baiklah, encik. Anda diminta keluar dari kereta,"

"Untuk apa?"

"Tolong keluar,"

"Argh, aku nak cepat. Aku tiada masa,"

Pantas sahaja polis itu mengeluarkan pistolnya dan menembak tayar kereta Taehyung.

"Anda tidak boleh terlepas, anda telah didapati melakukan jenayah" polis itu berkata sambil mencuba untuk membuka pintu kereta Taehyung.

"Ya, aku keluar. Aku salah," kata Taehyung sambil membuka pintu kereta.

Keadaan menjadi senyap.

BANG! BANG! BANG!

"Kau orang fikir aku nak biar kau orang tangkap aku ke, hah?! Jangan haraplah," Taehyung mengamuk, tembakannya dilepaskan secara rambang.

"Semua bersedia, kepung kereta dia!" Arah ketua polis daerah itu. Semua pegawai bertindak untuk mengepung Taehyung.

"Turunkan senjata anda,"

"Jauhkan diri kau orang dari aku!"

"Saya ulang, turunkan senjata anda"

"Kau orang tak akan berani," senyuman sinisnya terpampang.

"Number One, gari dia!"

Polis yang digelar dengan Number One mula mengambil tindakan dengan mendekati Taehyung.

Taehyung mula melepaskan tembakannya.

"Semua, berhati-hati! Tangkap dia!"

Bang! Bang! Bang!

"Arahan tembak dibenarkan!"

BANG!

Badan Taehyung rebah. Darah memenuhi jalan itu. Bahunya ditembak. Pegawai-pegawai itu pantas menangkapnya dan menggari tangannya.

Dia dibawa masuk ke kereta pegawai polis dan dibawa ke lokap untuk soal siasat.

------

"Bagaimana dengan bahu encik? Sudah pulih?" Kata Chief Inspektor yang berada dalam bilik itu.

Taehyung cuba bertindak ganas untuk melepaskan tangannya daripada di gari.

"Tak perlu tanyalah. Lepaskan aku! Apa masalah aku!" Taehyung mula menjerit. Dia semakin buas.

"Encik akan dilepaskan kalau encik tidak bersalah,"

"Kalau aku tidak bersalah, kau tidak rasa bersalah ke bila lepaskan aku lepas kau orang dah tembak aku, huh?!" Taehyung membengiskan mukanya. Bibirnya ternaik menampakkan giginya.

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now