Chapter Thirty

1.9K 137 62
                                    

(Play video di atas)

From: Henry
Jangan lupa pakai cantik-cantik tau

Yoo Min tersenyum apabila membaca mesej yang dihantar Henry itu. Ada-ada sajalah dia ni, entah apa yang mahu dibuat agaknya.

Sehelai dress untuk wanita mengandung yang bercorak floral dicapai dan dipakai. Rambutnya yang berwarna coklat diikat gaya 'messybun' dan diselit satu penyepit rambut. Beg tangan diambil lalu dia meminta pemandu yang bertugas untuk menghantarnya ke Sungai Han yang dijanjikan untuk mereka bertemu.

Sebaik sahaja tiba di Sungai Han, Yoo Min bergerak ke arah satu bangku. Matahari yang makin terbenam ditenung bersama sebuah senyuman yang terpalit di wajahnya. Nampaknya, Henry belum tiba di situ. Matanya dipejam bagi menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu.

Hampir sepuluh minit dia dalam keadaan begitu, dia merasa ada seseorang melabuhkan kepalanya pada pehanya. Dia tersenyum dengan mata yang masih tertutup, teringat Henry yang selalu begini apabila mereka keluar ke taman atas sebab dia mahu dilayan sebagai teman lelaki. Haha. Tangannya mula bermain dengan rambut lelaki itu.

"I'm slowly dying but I'm alright. Just wanna be alone with you tonight. It's getting dark, I'm losing sight of everything but you, my shining light. I'm holding onto you to save me, save me. I need your love before I fall," suara garau lelaki itu bersuara. Merdu amat nyanyiannya. Perut Yoo Min yang memboyot itu diusap perlahan.

"Appa rindu anak appa," katanya lagi seakan berbisik. Senyuman di wajah Yoo Min kini mengendur. Siapakah yang berada di pahanya tika ini? Perlahan matanya dibuka dan matanya jatuh pada wajah lelaki itu.

Wajah lelaki yang dia rindui.

"T-taehyung?" soalnya. Air matanya mula bertakung di kelopak matanya. Pandangannya dikaburi air mata. Lelaki itu mengangguk lalu dia menekup kedua pipi Yoo Min.

"Ya, Minnie. Ini Taetae," katanya sambil tersenyum, comel. Senyumannya yang gadis ini rindui. Air mata yang sudah lama ditakung itu akhirnya dihambur keluar. Dia mula menangis teresak-esak. Taehyung pun apalagi, paniklah. Terus dia bangun dari pembaringannya.

"Ehh. K-kau kenapa? Kenapa menangis? Y-yahhh. Janganlah menangis," cuak Taehyung dibuatnya, gelabah nak lap air mata Yoo Min yang masih mengalir hebat itu. Yoo Min hanya menggelengkan kepalanya.

"Mianhe, Taetae-ah. Saya tak berniat nak tinggalkan awak. Tapi sumpah, hiks saya tetap sayangkan awak. Saya minta maaf sebab mudah sangat percaya kata orang. Saya bodoh, Taehyung. Saya bodoh," dia mula mengangkat wajahnya dan memandang tepat mata Taehyung dengan riak wajah bersalahnya. Taehyung tersenyum.

"Hey, Yoo Min. Jangan risaulah. Aku dah maafkan kau. Aku tahu aku ni kejam pada kau. Ada baik juga dia orang bawa kau lari sebelum benda buruk jadi kat kau. Maafkan aku, Yoo Min. Aku tak dapat jadi lelaki yang baik untuk kau," perlahan suaranya menutur ayat tersebut. Yoo Min masih menggelengkan kepalanya.

"Tak.. Tak.. Awak tak salah. Hiks. Saya yang sepatutnya hiks faham keadaan awak," nafinya sambil diselangi dengan sedu-sedannya.

"Hey, hey baby. Listen. It's not your fault, okay? Aku okay. Jangan risau," tawa kecilnya terletus melihat sisi comel Yoo Min dengan perutnya yang memboyot. Menangis macam bayi!

Yoo Min mengangkat wajahnya untuk merenung wajah Taehyung dengan mata merahnya. Senyumannya mula terlukis di wajah. Wajah mereka semakin dekat sehingga bibir mereka bercantum. Lama.

Perlahan-lahan Taehyung memutuskan ciuman itu, senyumannya masih terhias elok di wajah. Dia menunduk melihat perut Yoo Min yang mengandungi benih cinta mereka berdua. Tangannya ringan menekap di perut gadis itu.

"Kyaa," Taehyung pantas menarik tangannya dengan mata terbeliaknya.

"Neon waegurae?" soal Yoo Min, pelik melihat respon tiba-tiba Taehyung.

"Perut kau berdenyut sekali tadi," kata Taehyung lalu menganga terkejut.

"Yah, itu uri aegi tendanglah, bukan perut saya berdenyut. Hahaha," Yoo Min tergelak melihat wajah Taehyung itu. Taehyung tersenyum kembali, kepala Yoo Min diusapnya lembut.

"Ya, aku tahu. Aku cuma nak bagi kau ketawa balik. Asyik menangis je, aku pula yang risau," katanya lalu tangan mulus Yoo Min dicapai lalu dikucup lembut belakang tapak tangannya itu. Tangannya menyeluk dalam poket kotnya.

"Yoo Min. Sudi tak kalau kau..." ayatnya tergantung namun matanya memandang tepat ke dalam mata Yoo Min. Sebuah kotak kecil berwarna merah dikeluarkan. Sebentuk cincin yang berbatukan delima terletak cantik dalam kotak tersebut.

Air mata Yoo Min kini mengalir semula. Air mata gembira. Kepalanya dianggukkan laju-laju. Dia tahu niat Taehyung walaupun dia tak menghabiskan ayatnya. Taehyung mula menyarungkan cincin tersebut lalu mendakap erat tubuh Yoo Min.

"Lepas uri aegi keluar, kita buat majlis dan kahwin secara rasmi, ya?" perlahan suaranya berbisik di telinga Yoo Min. Sekali lagi gadis itu mengangguk.

Kini mereka bahagia, menjalani hidup berdua-oops, bertiga. Kisah cinta suci mereka dimulakan semula dengan janji-janji untuk tidak mengotorkan hubungan ini dengan darah-darah orang tidak bersalah lagi.

Give me your hand oh baby save me, save me

"Thanks for giving me your hand, baby," lantas dahi gadis itu dikucup.

-The End-

Yey! Finally habis pun my first ff. Thanks for those yg support cerita author hohoho. I love you guys. Thanks for those yg komen and vote cerita ni <3 Bolehlaaa korang nak komen pasal keseluruhan cerita ni. Best or tak? Kalau nak Q&A pun boleh, komen je soalan korang <3 Ada epilogue untuk korang hohohoh.

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now