Chapter Twelve

1.7K 147 34
                                    

Matanya mengerling segenap ruang bilik itu. Dia mencari sepasang mata yang indah dan sentiasa mahu ditatap olehnya.

Oh, itu dia. Yoo Min sedang tidur. Matanya sembab. Kenapa?

Taehyung's

Ahh laparnya. Aku nak makan. Hewhew.

Aku memandang Yoo Min sekali lagi. Dia hampir-hampir bunuh aku semalam. Macam tak percaya dia boleh agresif macam itu.

Maaf, Yoo Min. Aku dah sakit sangat jadi mungkin apa yang aku buat pada diri aku tidaklah sesakit hati aku.

Bajuku ditarik dan dibuka. Aku meneliti semua tubuhku. Tangan, badan dan kaki aku. Penuh kesan luka.

Luka cucukan di paha.

Luka torehan di badan.

Luka siatan di jari.

Aku kena berhenti dari buat semua ini. Yoo Min tidak patut risau lagi.

Bajuku, aku sarungkan semula ke tubuh penuh cacat cela milikku ini.

Aku melihat atas meja makanku. Eh, ada surat khabar.

Gadis Jalang
Seorang gadis yang terlibat dalam kes bercium dengan seseorang yang masih dalam status selebriti iaitu Kim Taehyung dari Bangtan Sonyeondan beberapa bulan yang lepas telah dikenalpasti oleh beberapa rakan sekolahnya. Mereka mengatakan bahawa gadis itu mempunyai hal disiplin yang teruk di sekolah. Katanya lagi, gadis ini juga sudah melakukan beberapa seks rambang dengan pelajar lelaki di sekolah itu. Kesimpulan yang dibuat mengatakan Kim Taehyung tidak bersalah dalam kes itu kerana yang bersalahnya pasti gadis itu yang dikatakan menggoda Kim Taehyung.

Argh, tajuk ini. Baca tajuknya sahaja sudah cukup sakit hati. Apa?! Dia ada masalah disiplin di sekolah dan pernah buat seks rambang?

"Seolma.."

Author

"Apa yang seolma, Taehyung?" Taehyung terkejut mendengar suara itu. Ah, Yoo Min sudah terjaga. Dia memandang Yoo Min tajam.

"Ah, Minnie. Kau baca tu. Betul ke apa yang dikatakan tu? Hah?!" Taehyung menaikkan suaranya sedikit lalu melempar surat khabar itu ke arah Yoo Min.

"A-apa dia?" Yoo Min melihat surat khabar itu.

Gambar dia dan Taehyung berciuman beberapa bulan yang lalu.

Oops, bukan berciuman.

Ianya tercium.

Dia membaca kenyataan di atas tadi. Ketika membaca kenyataan itu, dia menekup mulutnya lalu air matanya mengalir keluar.

Kepalanya digelengkan. Tak, dia bukan begitu. Sama sekali, tidak.

Apa yang difikirkan mereka sehingga sanggup menuduh dia sebegini?

"T-tak. Saya bukan macam ini. Tidak... Saya tak buat semua ini. Kenapa dia orang tuduh saya begini," Yoo Min mula menangis.

Dia sakit hati dengan penuduh ini. Sampainya hati mereka.

"Betulkah apa yang dikatakan?" Taehyung menyoal. Agak dingin didengari.

"T-tak. Awak pernah ke nampak saya goda awak selama kita duduk bersama?" Yoo Min kecil hati dengan pertanyaan Taehyung.

"Tak perlu menangis. Mari sini," Taehyung menghulurkan tangannya kepada Yoo Min. Setelah tangannya disambut, pantas dia menarik tangan kecil itu lalu didakap erat tubuh pemilik kepada tangan itu.

"Aku percayakan kau. Aku tahu kau baik. Cakap dengan aku, siapa mereka?" Taehyung menenangkan Yoo Min tapi dalam keadaan yang serious.

Perlahan Yoo Min melepaskan pelukan.

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now