Chapter Nine

1.8K 168 57
                                    

"Cakap apa? Tiada cakap apa pun," kata Yoo Min dengan berlagak tenang.

"Kau tak payah berlakon. Kau fikir tiada CCTV ke di dapur tu? Aku dah tengok, tapi tak dengar" kata Taehyung sambil merenung tajam.

"Ouh, tiada apa. Saja bersembang. Dia tegur saya, tapi saya bukan kenal dia sangat. Rupanya dia sunbae di sekolah saya yang digilai perempuan-perempuan kat sekolah saya," Yoo Min menjelaskan dengan panjang.

"Kau pun gila pada dia ke?" Taehyung bertanya. Nadanya agak kedengaran seperti orang yang cemburu.

"Eh, tidak adalah. Kalau saya gila pada dia, mesti awak dah nampak saya peluk cium dia dalam CCTV tu, hahahaha" Yoo Min gelak untuk menutup resahnya.

"Kau fikir lawak ke?" Taehyung bertanya lepas mendengar pernyataan Yoo Min.

"Erkkk, t-tak" Yoo Min menunduk.

"Kalau kau peluk cium dia, dapat dekat aku, aku bagi kau lebih daripada apa yang kau buat pada dia," Warning alert! Taehyung menayang senyum sinisnya.

"Erk, tak tak. Hmm Taehyung, I gotta go. Bye," Yoo Min cepat-cepat membuka langkah. Seram dengan Taehyung agaknya.

Taehyung tergelak. Lucu melihat reaksi Yoo Min.

"Eh hey readers. I'm not joking okay. I'll do more than what he done to her," Ayokkk, readers tak cuak ke kena marah dengan Taehyung? Hahaa okay, author dah merepek.

-------

Taehyung masih tidak disyaki membunuh malah, dia mendapat banyak simpati daripada orang sekeliling.

Mereka tidak tahu perkara sebenar, huh. Manusia memang bodoh. (Damn, V. I'm a human too 😭)

Dia bebas keluar ke mana sahaja. Dia tidak disyaki dan dia juga bukan lagi seorang artis. Mana mungkin orang peduli dan mengejarnya seperti dahulu kala.

Dia pergi ke bangunan syarikat BigHit. Kebenaran diberikan kepadanya untuk melawat bangunan itu.

Bilik yang merupakan tempat mereka selalu merakamkan video 'dance practice' untuk lagu-lagu baru mereka.

Dia memegang cermin yang besar di dalam bilik itu, dia mengusap lantai bilik itu.

Bilik itu, mempunyai banyak kenangan yang sangat manis, dan masih manis. Tetapi semua berakhir dengan satu kenangan pahit, yang dicipta oleh dirinya sendiri.

Dia duduk di sudut bilik tersebut. Dia melihat ke ruang tengah bilik itu lalu memejamkan mata. Dia teringatkan waktu di mana mereka bermain, menari, melepak dan menyanyi bersama.

Menari dalam berpakaian casual, kostum Halloween dan kostum yang dipakai oleh kaum lelaki sewaktu Dynasty Joseon. Saat-saat melucukan yang terjadi di sini.

Semuanya menerpa di ingatannya.

Mungkin dia menyesal kerana membunuh rakan baiknya yang telah bersama dengannya hampir tiga tahun.

Kenapa dia datang ke sini? Ya, harini merupakan ulangtahun ketiga untuk kumpulan BTS iaitu Bangtan Seonyeondan. Dia sepatutnya di sini bersama temannya.

Potong kek, baling tepung, rakam video untuk V App secara live dan bergurau sesama sendiri.

Tetapi itu semua tidak mungkin berlaku dan tidak akan berlaku lagi. Kawannya sudah tiada. Dia tahu, ini berpunca daripadanya.

Save Me | KTHWhere stories live. Discover now