Hari demi hari , usia makin tua . Kini telah mencecah 16 tahun . Bergelar sebagai pelajar MRSM Parit Perak intake pertama pada bulan Februari 2013 . Aku ingat lagi tarikah dimana aku terpaksa meninggalkan sekolah lamaku di kampung halaman . Namaku Syamil . Seorang yang agak pemalu , tetapi tidaklah terlalu keterlaluan . Sesampainya di maktab baru yang baru sahaja dibuka pada bulan Jun tahun 2012 itu , berasa sayu di hati ini kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman di Selangor itu . Kini , ku bergelar pelajar asrama penuh . Inilah kali pertama ku menduduki asrama dalam hidupku . Bukan mudah untuk ku terima hakikat ini tetapi bagaimana hendak mengelaknya , ini adalah impian ibuku , di mana dia yang teringin sangat melihat anak anaknya bersekolah di sekolah berasrama penuh . Walaupun hati ini tidak rela , apa kan daya . Tanpa ibu , siapalah aku di muka bumi ini . Terpaksa aku akur dengan hati terbuka . Ibu kata aku ini mudah mencari kawan . So , dia tak kisah sangat walaupun aku dapat maktab yang agak jauh dari kampung halaman . Beliau juga ada kata , “
Alahhhh , awal awal memang la susah sikit kalau duduk tempat baru ni . Lama lama nanti okay la” .
Aku mengiayakan sahaja . Kami sampai agak awal di maktab itu . Kira kira jam 10.30 pagi . Sesi pendaftaran yang hamper semua aku kena uruskan sendiri . Pendaftaran , bayaran , koperasi semuanya aku yang uruskan .
“Haihh macam ni rupa rupanya jadi dewasa” .
Ibuku tertawa aku berkata begitu .
“Biasalah budak asrama kan” , ibuku menyindirku .
Aku diam sahaja sambil buat muka pada ibuku , lalu kami semua tertawa . Petang sudah menjelma , matahari juga makin tergelincir . Kini tiba masanya untuk ibuku pulang kerumah , esok kerja katanya . Rumah kami pula agak jauh dari maktab yang kini ku duduki . Tinggal lah aku keseorangan disitu . Hanya ditemani rakan sebilik . Jiran sebelah katilku Amin namanya . Agak tinggi , dan baik juga orangnya . Lama kelamaan kawan kawan aku makin ramai . Hari demi hari , kawan makin ramai .
Betul kata ibuku , “Mung kan senang cari kawan , mulut banyak” , ibuku berkata sambil tertawa .
Teringat kata kata ibuku itu . Rindu juga padanya walaupun baru sahaja beberapa jam tidak bersamanya . Maklumlah aku ni anak sulung . Agak manja kata orang anak sulung ini . Malam itu , ibuku ada menelefon aku , katanya dia juga rindu padaku . Walaupun sebentar tapi sayu di hati ini tidak tergambar . Maklumlah , kami memang rapat sekeluarga , tidak pernah terpisah .