Katil

1.6K 71 9
                                    

"Kamu semua ingat ya , saya boleh berada di mana mana sekeliling kamu . Dekat dewan selera ke , kelas ke , asrama ke , bawah katil kamu ke . Jadi , sebelum buat sesuatu perkara , fikir baik baik . Jangan sampai kantoi dengan saya" , Cikgu Abdullah berucap di hadapan seluruh pelajar MRSM Parit , Perak di surau Al-Akif dengan semangatnya . Cikgu Abdullah merupakan ketua warden di MRSM Parit ini . Dia merupakan insan yang agak sibuk dalam hidupnya . Mungkin kerana itu sehingga kini beliau masih belum sempat mempunyai isteri ? 

"Huihh biar betul cikgu lah , bawah katil pon dia ada . Muat ke ?" , Sholeh berseloroh .

"HAHAHA ! Sholeh kau tu anak ikan dia . Yang kau mengata dia apahal ?" , aku membalas .

Sholeh menerjah aku lalu dipukulku berkali kali . Walaupun sakit , aku tetap membiarkan diriku dipukul begitu . Biasalah sahabat . Gurau senda itu perkara biasa .

"Wehh Sholeh , kerja apa haa kena hantar esok ?" , tanya aku kepada Sholeh setelah dia memukul aku habis habisan .

"Entah . English ada kot . Cikgu ada en esok ?" , balas Sholeh .

Aku menepuk dahi aku . Aku hampir terlupa yang cikgu Asliza mahu mengutip kerja sekolah pada esok hari . Kelihatan begitu lama pula Cikgu Abdullah berucap di hadapan . Perasaan ingin keluar dan lari ke kelas semakin membuak buak .

"Alahai tolonglah cepat cikgu lah nya pon" , bisik aku .

Setelah selesai ucapan Cikgu Abdullah , mendengar sahaja seruan "Pelajar semua boleh bersurai" , aku segera berlari mengambil sandal lalu mengenakannya pada kakiku . Aku segera mengambil begku di Dewan Selera lalu bersegera ke kelas untuk menyiapkan kerja tersebut . Sesampainya di blok akademik , kelas-kelas masih gelap . Aku merupakan orang pertama yang menjejak kaki di blok akademik pada hari itu . Suasana agak dingin . Kedengaran pintu terhentak . Mungkin angin angin liar berkeliaran . Aku cuba melangkah berani menuju ke kelas . Aku tetap ingin menyiapkan kerja tersebut . Sesampainya aku di kelas , aku segera membuka lampu dan kipas .

"Haihh bapak berselerak kelas" , aku bermonolog . Aku menarik kerusi di tempatku untuk duduk lalu mengeluarkan menyelongkar begku untuk mencari kerja tersebut .

"Tolonglah kata ada" , bisikku .

Rupa rupanya kerja itu aku tertinggal di asrama . Betapa malangnya nasib ini .

"Aduhh macam mana ni . Kat asrama ahh" , aku berseloroh .

Sholeh yang sedang sibuk menyiapkan kerja itu memandang ke arah aku .

"Kau apahal ? Dah siap ke belum ?" , Sholeh mengajukan soalan yang agak pedih untuk ketika itu .

"Tertinggal kat dorm dohhh" , aku mengeluh .

Sholeh ketawa besar ketika itu . Dia menyambung kerjanya itu .

"Haa tu lah kau , kalut semacam tadi kenapa ? Mampos lah kau esok . Banyak kot kerja ni" , Sholeh memerliku .

Aku mati akal ketika itu . Tidak tahu ingin buat apa . Aku menyiapkan kerja kerja yang lain dulu . Daripada membuang masa menilik nasib pada esok harinya , baik aku segerakan kerja yang lain dulu .

"Weii Sholeh , nanti nak pinjam auu . Kau pinjam ah kerja BM ni kat aku nanti . Aku siapkan yang ni dulu . English aku tertinggal ah" .

"Haa ye ahh . Buat ah dulu" , Sholeh membalas .

Aku segera menyiapkan kerja Bahasa Melayu yang diberikan oleh Cikgu Hafiz . Ramai yang menyiapkan kerja English dulu kerana cikgu mahukannya esok hari .

Habis saja waktu prep , aku meminjam kerja English daripada Sholeh . Aku ingin menyiapkan pada malam itu juga . Aku pulang bersama Sholeh dan Zack ke asrama . Kami sempat singgah ke cafe dulu untuk membeli nasi bujang . Maklumlah , pelajar asrama selalu lapar . Sepanjang masa . Kami pulang ke asrama lalu menjamah nasi bujang sebelum menyiapkan apa yang patut . Setelah selesai mejamah , aku mengambil berus gigi untuk menggosok gigi . Aku bergegas ke bilik air untuk menggosok gigi dan membuang air kecil . Sebenarnya dari kelas tadi aku menahan untuk membuang air kecil tetapi aku menahan kerana ingin segera menyiapkan kerja yang lebih patut disiapkan .

Setelah selesai semua perkara , aku mengambil kerja English yang diberi oleh cikgu Asliza lalu aku cuba untuk menyiapkannya dengan cara yang dipanggil emergency case atau mesin fotostat . Biasalah , apa guna kawan kalau tak saling tolong menolong kan ? Aku segera menyiapkan dengan tujuan agar tidak dimarahi oleh cikgu Asliza . Setelah selesai kerja pada jam 1:24 pagi , aku menutup buku latihan itu lalu segera baring di katil . Aku cuba melelapkan mata untuk tidur kerana esok merupakan hari sekolah . Aku tak mahu tidur di dalam kelas . Tak pasal pasal kena akan dibahan oleh para pelajar lain . Aku cuba untuk melelapkan mata tetapi cukup sukar . Pada saat itu , aku mula memikirkan perkara perkara yang tak elok . Aku teringat kata kata cikgu Abdullah sebentar tadi ,

"Kamu semua ingat ya , saya boleh berada di mana mana sekeliling kamu . Dekat dewan selera ke , kelas ke , asrama ke , bawah katil kamu ke . Jadi , sebelum buat sesuatu perkara , fikir baik baik . Jangan sampai kantoi dengan saya" .

"Bawah katil , bawah katil , bawah katil . Macam mana boleh ada bawah katil ehh ? Hesyy apa aku merepek ni " , bisik aku seorang diri .

Aku cuba melelaplan diri . Aku melihat ke katil cubemate aku , kelihatan tiada orang yang tidur di situ . Biasanya Amin akan tidur di tempat Anas , dibilik sebelah . Aku terlihat di bawah katil Amin , aku terbayang jika cikgu Abdullah ada dibawah itu . Agak menyeramkan . Aku cuba berpaling dari situ . Memandang ke arah dinding . 

Jam menunjukkan tepat pukul 2:00 pagi . Aku masih tidak dapat tidur dengan nyenyaknya . Aku tidak tahu mengapa . Aku membuat pilihan untuk mengambil wudhu' . Cuba untuk bersihkan diri agar dapat tidur dengan selesa . Selesai aku mengambil wudhu' , aku pulang ke bilik dengan segera kerana ketakutan . Bayu yang dingin menegakkan bulu romaku . Sesampainya aku dikatilku , aku terlihat dibawah katil Amin . Kelihatan seorang budak perempuan sedang menenungku dengan penuh tajam . Walaupun wajahnya tidak kelihatan , tetapi aku yakin dia  sedang menenungku dengan tajam . Aku cuba menutup mata tanpa melihatnya . Mencapai selimut lalu membaca kalimah kalimah suci agar 'benda' itu pergi jauh dari situ . Mulutku terkumat kamit membaca surah surah lazim yang terlintas difikranku . Aku menggenggam erat selimutku sambil menutup mukaku . Setelah sekian lama , aku cuba untuk mengintai sama ada 'benda' itu sudah pergi atau belum . Setelah aku mengintainya , kelihatan dia masih disitu sambil menenungku dengan perasaan benci dan marah . Aku menutup semula selimutku sambil membaca lagi kalimah kalimah suci dengan kuat . Agak lama aku membaca , aku tertidur dan dikejutkan pada esok hari dengan simbahan air oleh cikgu Ajid .

Setelah pagi itu , aku cuba untuk melihat semula di bawah katil Amin . Mujur 'benda' itu sudah tidak kelihatan . Aku berasa lega dan bersyukur kerana tidak di apa apakan olehnya pada malam tersebut .

TegurWhere stories live. Discover now