Pernyataan

3K 109 2
                                    

"Kenapa dengan kau ni Mil ? Dari semalam lain macam je ?" , tanya Zack kepada aku . 

"Entah la , aku pon tak tahu nak cakap macam mana . Hmm" , keluh aku .

"Cerita je lah . Kita kan member ." , Zack memaksa aku untuk memberitahu hal sebenar .

"Sebenarnya . ." , tiba tiba Sholeh datang . "Weh , Syamil , aku ada benda nak cerita kat korang ni sebenarnya ." , Sholeh mula buka cerita . 

"Apa dia ? Ceritalah . Nampak macam serius je" , kata kami berdua .

"Aku nampak something semalam ." , kata Sholeh . 

"Something ? Maksud kau ?" , tanya Zack kepada Sholeh .

"Aku ada nampak sesuatu yang kurang menyenangkan la" , kata Sholeh lagi .

"Yelaa apa dia yang kau nampak tu ?" , Zack meninggikan suara .

"Haih sabarlah . Aku nak cerita lah ni" , Sholeh membalas .

"Haa cer citer cer citer" , kamai berkata serentak .

"Aku nampak satu lembaga putih . Rambut dia agak panjang . Dia tenung je kita time tu " , Sholeh menerangkan apa yang dia nampak .

"Haa ? Dekat mana kau nampak ? Kau biar betul weh . Benda ni tak boleh buat main" , kata Zack . Aku hanya dapat mendiamkan diri sebab aku pun ada nampak something horrible juga malam tadi .

"Ya betul . Ya Allah , takkanlah aku nak tipu korang pulak . Haihh . Dia agak tinggi , muka tak nampak . Aku tak boleh nak kata apa time tu sebab tergamam ." , jelas Sholeh .

"Sebenarnya aku pon ada nampak something jugak ." , aku menyampuk .

"Haa ? Kau ada nampak jugak ? Benda sama ke ?" , tanya Sholeh .

"Tak . Bukan yang kau nampak tu aku rasa ." , balas aku .

"Dah tu ? Apa yang kau nampak pulak ? Pocong ?" , Zack memotong perbualan kami berdua .

"Weh kau ni , jangan nak celupar sangat mulut tu . Kang ada yang teman kau tidur malam ni" , jawab Sholeh .

"Kau pun sama Sholeh . Mulut celupar jugak . Dah dah . Jangan nak sebut sebut benda benda macam tu ." , aku meninggi suara sebab benda macam ni tak boleh disebut sebut .

"Weh , kau tak habis lagi cerita kan ? Haa tak reti nak sambung ke ?" , Zack menyentap aku .

"Sabarlah . Kang aku taknak cerita . Bising pulak . Hmm macam ni . Aku nampak seorang budak ..." Tiba tiba Zack menyampuk , "Haa anak Cikgu Bukhari kot !" . 

"Weh kau ni . Ada gak yang makan tangan saiz 8 ni kang . Jangan nak potong orang tengah cerita tu ." , marah Sholeh pada Zack .

Zack tersengih sengih . Dia meminta maaf . "Haa sambung , sambung . Aku diam kayh ." Zack berkata dengan perlahan .

"Macam ni , budak kecik tu pon berbaju putih . Rambut dia menutup muka hinggakan aku tak dapat cam siapa budak tu . Rambut dia agak panjang . Tapi , aku tak nampak pulak kaki dia. Dia seakan akan terapung ." Cerita aku dengan panjang lebarnya .

"Entah entah anak perempuan yang aku nampak tu kot ." , balas Sholeh .

"Hmm mungkin . Wallahualam . Dah dah . Tak payah ungkit pasal ni lagi . Diam diam sudah . harap harap lah tak jadi apa apa lagi ." , aku berkata .

"Haa jom lah bersiap . Petang nanti kita ada aktiviti pulak kan ? Apa dia eh ? Aku tak ingat ah ada aktiviti apa ." , kata Zack .

"Haa jomlah . Aku pon tak mandi lagi ni . Hehe . Jom jom . Nanti terlambat kan ." , balas Sholeh

TegurWhere stories live. Discover now