Minggu Aktiviti

3.9K 121 6
                                    

Baru sahaja mendaftar masuk ke maktab itu , terus ada Minggu Aktiviti . Minggu Aktiviti ni satu minggu yang dikhaskan untuk mengikut program dan aktiviti yang ditetapkan oleh pihak maktab . Minggu Aktiviti ni diadakan sekali satu sesemester . Sepanjang minggu ni , pelajar semua memang tak belajar lah . Itu lah saat yang paling menyoronokkan bagi pelajar sebenarnya . Minggu Aktiviti punya program ni biasanya dia akan asingkan aktiviti mengikut tingkatan . Aku dan kawanku seorang ini namanya Zack , diminta tolong oleh seorang pelajar senior yang bergelar Kak Nisa untuk membantunya menyiapkan beberapa model roket air untuk aktiviti tingkatan 2 pada esok hari . Kawan aku ni pandai buat roket air tu sebab sebelum ini , dia pernah menyertai pertandingan tersebut . Pertandingan itu dinamakan “Rocket Launching” . Pada malam itu , pada jam 12.39 a.m kalau tidak silap , aku , Zack , Kak Nisa , Cikgu Bukhari , dan beberapa orang pelajar lagi dalam lingkungan 3 orang ingin mencuba model roket air itu . Dalam keadaan mamai dan mengantuk aku pon ikut je lah . Cikgu pula ada , tak manislah kalau tolak pertolongan macam tu sahaja . Sedang kami mencuba , mencuba dan mencuba , tiba tiba , kedengaran satu suara yang agak nyaring . Bunyinya seakan burung pon ada , kucing pon ada tapi kami tidak pasti .

“Huish , bunyi apa tu wei ?” , Zack menegur .

“Haishh kau ni , yang pergi tegur kenapa ? Diam je lah . Malam malam ni tak elok tegur tegur kata orang orang tua tua” , Sholeh memarahi Zack .

Dia hanya diam dan meminta maaf pada kami . Ketika itu , aku sudah berasa tidak sedap hati . Ibu aku pernah berkata yang aku ni cepat dapat kesan sesuatu . Six sense katanya . Tapi tak tahu lah benda itu betul atau tidak . Tiba tiba … Aku terpaku terpandang akan sesuatu . Sesuatu yang mungkin agak familiar , yang aku pernah nampak sebelum ini . Ianya adalah seorang budak kecil berbaju putih lusuh dan meleret , rambutnya menutupi muka dan agak panjang . Dia bergerak agak perlahan , dengan perlahan . Hanya bunyi angina sahaja yang dapatku dengari ketika itu . AKu tergamam . Aku terdiam . Aku membisu . Tidak dapat difikirkan apa apa lagi . Dia bergerak dari kawasan blok kelas menuju ke Perpustakaan . Dia seolah olah terapung di udara , tetapi agak rendah . Kakinya tidak kelihatan . Selepas ia hilang dimataku , aku terus tersentap . Kawanku menegurku . Dia memandangku dengan wajah yang agak pelik .

“Kenapa dengan kau ni ? Tiba tiba je senyap . Tadi cakap takde tak ingat dunia . Macam mak nenek bercerita pulak” , kata Zack .

Aku masih agak mamai juga teringat peristiwa tadi . Aku berhajat untuk menceritakan itu pada esok hari . 

TegurWhere stories live. Discover now