Mandi

1.6K 56 3
                                    

“Cikgu nak pergi Seri Iskandar ni . Kamu nak ikut ?”

 Tanya Cikgu Ainor yang merupakan cikgu homeroomku . Cikgu homeroom terbaik lah . Hampir semua budak budak homeroom lain sibuk saja nak keluar dengannya . Untunk pengetahuan anda semua , homeroom tu adalah sebuah organisasi di seluruh MRSM di mana ia merupakan sekelompok pelajar yang mempunyai seorang ibu atau bapa angkat sebagai ketuanya . Lebih kurang macam keluarga angkat lah .

“Buat apa cikgu nak pergi Seri Iskandar ?” , Tanya aku kepada Cikgu Ainor .

“Nak pergi cuci gambar lah . Gambar barbeque kita haritu” , balas cikgu Ainor .

“Owhh boleh juga . Saya ajak Zack sekali boleh cikgu ?” , balasku .

“Ajaklah . Jangan ramai sangat sudah . Kereta cikgu bukannya besar sangat tu” , balas cikgu Ainor .

Aku bersetuju untuk mengikut cikgu Ainor ke Bandar Seri Iskandar . Salahsatu Bandar yang paling dekat dengan maktab kami . Jaraknya lebih kurang 20 kilometer dari maktab kami .

“Cikgu , pukul berapa nak pergi ?” , tanyaku pada cikgu Ainor .

“Haa kamu tunggu depan pejabat pukul 3” , balas cikgu Ainor .

Aku mengangguk tanda setuju . Aku bersegera ke bilik untuk mengajak Zack mengikut aku dan cikgu ke Bandar Seri Iskandar . Sesampainya aku di bilik , kelihatan Zack sedang berbaring di katilnya . Dia sedang khusyuk melayan cerita di computer ribanya bersama ‘sahabat karib’nya yang bernama Hakim .

“Woii Zack ! Jom !”

“Pergi mana tiba tiba je jom” , balas Zack .

“Jom ! Cikgu ajak gi SI!”

“Huihh jom jom ! Buat apa ?”

“Alahh cikgu gi cuci gambar . Kita pergilah makan makan ke , beli beli barang ke”

“Huihhh banyak duit kau”

“Alahh jalan jalan je lahh . Podahh kau ni”

“Haa okay jap aku siap”

Zack segera menyalin pakaiannya untuk outing . Aku pun segera mengenakan t-shirt maktab dan kasut kasual berjenama Everlast lalu mengambil kad outing .

“Wei nak ikut” , Hakim berbunyi .

“Ahh kauu” , balas Zack .

“Weii jom ahhh cepat . Cikgu kata pukul 3 dah kena ada kat depan pejabat “ , aku bersuara .

“Haaa jap jap . Aku nak pakai kasut ni haaa .” , Zack membalas .

Lalu kami segera berlari kea rah pejabat dengan harapan kami sampai dahulu sebelum cikgu . Malulah kalau kami yang menumpang tetapi kami yang lambat . Kami berjalan melalui Dewan Selera . Kelihatan Wishal baru pulang dari Blok Akademik . Dia berasa hairan kerana kami bersiap awal untuk ke Blok Akademik . Selalunya kami lah yang paling malas untuk ke Blok Akademik .

“Huihh awal siap ? Nak kemana ?” , Wishal mengajukan soalan kepada kami .

“Nak outing ! Bobaiii”

“Perghhh ajak” , Wishal membalas dengan hampa .

Kami bersegera menuju kea rah pejabat . Sesampainya kami di pejabat , cikgu Ainor tidak kelihatan disitu . Kami berasa lega kerana kami mendahului cikgu Ainor . Kami menunggu cikgu Ainor di sebuah bangku berhadapan dengan pejabat . Kelihatan beberapa anak cikgu sedang bermain main di hadapan pejabat .

“Haihh seronok jadi budak kecil . Tak kisah pon apa berlaku kat sekeliling dia” , aku bermonolog .

“Tu ahh . Rindu ohhh nak jadi budak kecil . Panjat sini panjat sana siapa kisah” , balas Zack .

TegurWhere stories live. Discover now