Aku pernah dengar , bukan dengar cuma terdengar mereka pernah bercerita tentang tempat ini . Maktab ini . Mereka pernah bercerita yang maktab ini dahulu merupakan sebuah perkampungan bunian .
"Bunian ? Tak kan lah . Takkan tak dibawa ke tempat yang lain kan?" , aku tertanya tanya .
" Paaaaaap!" , Seseorang menepukku dari belakang .
" Woi , mengelamun je kerja" , kata Dollah .
Aku hanya mampu tersenyum . Dia kata aku mengelamun ? Aku tengah memikirkan apa yang mereka cerita tadi sebenarnya .
"Tak adalah . Just terfikirkan about exam next week" , aku cuba tak bagitahu apa yang bermain di fikiranku .
" Alahh , lek ah . Bukan final pung lagi" , balas Dollah .
" Ceh , final tak final." , aku cuba pertahankan kata kataku .
Hari ini hari Sabtu , prep pagi macam biasalah . Yang rajin belajar , yang malas menghilang . Sesetengah tu ada je dalam kelas tetapi buat kerja sendiri lah , menghadap laptop la apa lah . Mentang mentang pengetua tak ronda . Kalau tak , nahas la diorang kena dengan pengetua nanti .
Kami seperti biasalah , merayap ke kelas orang . Lepak situ sana . Macam orang tak ada arah . Waktu rehat , kami ke cafe . Lapar , apa lagi beli lah makanan .
"So apa plan malam ni ?" , tanya Zack .
"Entah la , bosan jugak asyik duduk dalam bilik je . Terpelohong je tak tahu nak buat apa" , balas Meer .
"Kita lepak wakaf la nak ?" , sampuk Dollah .
Aku cuma berdiam diri . Maklumlah , aku ni jenis yang ikut orang sahaja . Malas bagi pendapat .
" Weh Syamil , kau tak ada idea ke ?" , tanya Dollah .
"Entah lah . Aku pon tak ada idea ni . Ikut je lah korang nak buat apa ." , balasku sambil mengeluarkan beberapa wang kertas untuk membayar makanan yng dibeli di cafe .
"Tu lah kau . Tak habis habis asyik tak tahu je . Makan je ingat benda lain haram . Patutlah perut tu makin..." ,
Belum sempat Sholeh menghabiskan ayat dia aku menyampuk ,
"Haa perut aku apa ? Tak sedar diri " , jeling aku pada Sholeh .
Mereka semua tertawa . Mereka memang suka sangat kenakanku , Tak tahu lah apa yang menariknya . Asyik aku sahaja yang kena . Kadang kadang menyirap juga tapi nak buat macam mana lagi . Mereka lah sahabatku . Hidup mati bersama mereka , Itu yang membuatkanku tidak kisah sangat tentang itu .
"Haa dah lapar sangat en ? Jom lah makan. Kang ada pulak orang tu meraung kelaparan" , jeling Zack padaku .
"Cehh kuajaqq . Dahh ahh . Jom jom . Hadoii memang aku tengah lapar pon . Macam aku sorang . Aku beli satu je . Korang sampai dua tiga . Haa Dollah tu lagi lah sampai 5 bungkus nasi bujang dia beli" , balasku dengan nada yang agak marah .
"Cehh diet lah tu" , perli Imran .
Geram aku tak terkata . Hah lantaklah . Janji hidup diorang bahagia denganku . Aku tak kisah sangat pon .
Kami pon berlalu pergi dari cafe menuju ke arah wakaf yang hujung sekali . Sesampai kami disana , tiba tiba Megat datang .
"Oiit nak tumpang makan sekali boleh ?" , kata Megat .
"Haa sila . Tak dilarang pon . Lainlahh wakaf ni bapak aku yang punya ." , balas aku dengan selamba .
"Wahh kuajaqq" , balas Megat lalu duduk di salah sebuah kerusi di situ. Aku pon mula makan . Makan dengan tenang . Tiba tiba Megat bukak cerita tentang sejarah maktab ni . Aku tersentap . Lalu terus mulutku berbunyi , ingin tahu tentang sejarah maktab ini , yang pernah ku dengari sebelum ini , yang belum tahu kepastian dan kesasihan cerita itu .
"Aku ada sorang kawan ni , dia tinggal kat belakang ni je . Dekat area rumah belakang belakang ni . Dia pernah cerita dekat aku pasal maktab ni.." , Megat belum menghabiskan ayat ayat manis dia lagi dengan sleng pelat 'R' aku terus menyampuk ,
"Ada apa ? Apa jadi ? Bunian tu eh ?" , mereka semua memandangku .
"Huish kau ni. Ada Ada je . Kau merepek apa ?" , balas Dollah .
Megat pula berkata , "Betul lah . Tempat ni dulu perkampungan bunian . Mana kau tahu cerita ni ? "
. "Err , aku dengar ada orang cerita lah" , balas aku .
"Haa ? Serius ? Kau jangan main main" , kata Zack dengan nada tertanya tanya .
"Yep . Serius ah . Nampak muka aku macam main main ke ?" , balas Megat sambil tertawa .
"Kau gelak macam mana nak percaya" , kata Meer .
"Ya Allah , takkan lah aku nak tipu kot" , balas Megat .
Aku yang belum sempat menghabiskan kunyahan nasiku terus berkata ,
"Owhh maknanya , yang kita nampak tu..." .
"Apa dia ?" , sampuk Sholeh .
"Lembaga perempuan , anak dia tuh and yang budak kecik baju merah tu , mungkin anak beranak bunian . Kan ?" , balasku .
"Errr entah ah . AKu pon tak pasti . Yang aku dengarlah , bunian ni semua dah dipindahkan ." , kata Megat .
"Asrama kita tak pagar lagi kot . Tu yang diorang buat kacau tu" , kata Dollah .
"Tapi peliklah . Tak rasa pelik ke ? Tak kan diorang tiba tiba kacau kita kan ? Mesti ada sebab ?" , balas aku .
"Entah lah . Tak payah nak fikir sangat . Bukan kau sibuk dengan exam ke ?" , perli Dollah .
"Cehh , yelahhh . Haa cepat mkan tu. Aku nak masuk kelas balik . Nak kemas kemas and pergi tempat lain ah. Bosan ah lepak kelas" , balas Zack
. Meer mendapat idea lalu dia berkata , "Haa kita lepak bilik komputer ah. Syamil , kau kan ada kunci ?" .
"Haah . Boleh gak . Boleh aku ajar korang main Dota . Haa cepat makan" , balasku .
Selepas selesai kami makan , kami pun beredar ke kelas untuk mengemas barang . Lalu , kami bergerak ke bilik komputer untuk melakukan apa yang sepatutnya disana .