Alice

1.5K 59 2
                                    

Suasana petang di Dewan Selera cukup memeriahkan . Ramai pelajar yang baru pulang daripada beriadah . Ada juga yang baru saja turun dari asrama . Sesetengah daripada mereka hanya melakukan aktiviti di asrama pada waktu petang terutamanya aktiviti berenang di atas katil iaitu tidur . Sejak beberapa minggu ini , cuaca agak baik berbanding minggu-minggu yang sebelumnya . 

"Sejak bila kau turun riadah ni Afif?" , 

"Hamboii kau mulut . Entah , sejak kebelakangan ni aku jadi rajin pulak nak turun riadah ." , balas Afif .

"Terer ahh kau main bola tampar tadi ." , Zack berkata kata .

"Terer apanya . Biasa je . Azzam lagi terer tadi" , balas Afif .

Kami makan sambil bersembang pada petang itu . Makan malam untuk petang itu adalah spagheti . Macam biasalah kalau spagheti di Dewan Selera . Pedas tak terkata . Rasanya makcik Dewan selera itu tertukar tomato dengan cili mungkin . Sedang kami berborak-borak , seorang pelajar tingkatan dua datang ke meja kami . 

"Abang Afif , kad outing abang ada dekat saya . Cikgu Lah suruh bagi dekat abang" , budak yang bernama Najmi itu berkata .

"Owhh ye ke . Haa nanti bagi abang kat bilik abang" , Afif membalas .

"Okay"

Budak itu pun beredar dari situ . Kami menyambung santapan kami sambil berborak .Aku hampir terbatuk kerana terlalu pedas . Aku segera mencapai air di depan mataku itu lalu kutelan sehingga habis .

"Huihh dah tak larat aku nak habiskan . Pedas sangatlah ."

"Haha . Dah lah jom . Aku pun dah habis makan ni ." , balas Afif .

Kami pun berganjak dari meja makan kami lalu meletakkan mangkuk dan cawan yang telah digunakan ke dalam besin yang disediakan . Aku pergi ke singki untuk membasuh tanganku yang sedikit kotor kerana terkena kuah spagheti yang aku luahkannya semula kerana pedas . Ketika aku sedang membasuh tangan , aku terlihat seorang pelajar lelaki tingkatan satu ini sedang duduk berseorangan . Daripada awal dia masuk lagi aku sudah perhatikannya . Perangainya agak pelik kerana dia tidak bergaul dengan pelajar pelajar yang lain malah dia sering duduk bersendirian . Kadang-kadang , aku terlihat dia bercakap seorang diri . Bukan seperti bermonolog tetapi seperti bercakap dengan seseorang . Selesai aku membasuh tangan , aku pun beredar dari situ tetapi mataku tetap tertumpu pada budak tersebut . Aku berasa musykil dengan dia .

Sesampainya aku di bilik , jam telah menunjukkan pukul 7:00 tepat . Agak lambat aku pulang dari makan di Dewan Selera pada hari ini . Selalunya aku pulang sedikit awal . Begitu ramai sedang berduyun-duyun berebut untuk mandi . Aku berlari ke dalam bilik lalu menyarungkan tuala aku terus ke bilik air . Kelihatan begitu ramai umat manusia sejagat di dalam bilik air itu . Sambil menunggu giliran untuk mandi , aku bersugi dan mencuci muka dulu daripada membuang masa menunggu . Bukannya sekejap mereka mandi .

"Hoii cepat sikit . Ingat orang belakang !" , jerit aku . 

"Ye ye . Dua minit . " , kedengaran suara membalas .

Setelah menunggu agak lama , barulah muncul manusia yang mandi dari bilik air itu . Rupa rupanya Faris . 

"Aduhh lembap ahh kau" 

"Ahh jibek . Mandi ahh . Dah habis tu" , Faris membalas .

Aku segera masuk kedalam bilik air lalau bersegera mandi kerana masa tidak mengizinkan . Pada malam itu , kelas prep berjalan seperti biasa . Aku prep bersama Afif malam ini kerana ingin belajar Fizik bersamanya . Afif ini merupakan pelajar cemerlang di maktab . Bukan sekadar cemerlang dalam akademik malah dari segi kokurikulumnya pun cukup cemerlang .

"Okay malam ni nak belajar tajuk apa ?"

"Entah . Light and Wave boleh ? Aku lemah ah tajuk tu ."

"Okay jap . Senang je ni" 

"Cehh bagi kau senang lah" 

Kami berdua tertawa sesama sendiri . Afif mula mengajarku dengan menerangkan dari mula tajuk yang aku tidak pernah mahir itu . Sekian lama kami belajar bersama , tiba-tiba seorang pelajar perempuan tingkatan dua masuk ke kelas Afif . Dia menuju ke meja belajar kami . 

"Abang Afif . Ni haa kad outing abang . Ada orang bagi ." 

"Haa terima kasih . Nazmi kan bagi ?" 

"Ehh tak . Alice yang bagi . Okay lah abang . Saya pergi dulu eh" 

"Ehh kejap !"

Belum sempat Afif memanggil budak itu , budak itu terus berlari keluar dari kelas . Mungkin kerana dia takut dengan pelajar senior mungkin . Muka Afif sedikit berubah . Terdapat sedikit kelainan pada riak wajahnya .

"Kenapa Afif ? Something wrong

"Budak tu cakap Alice yang bagi . Hesy merepek apa ." , Afif membalas .

"Siapa Alice ?" 

"Aku ada dengar cerita pasal seorang budak perempuan form two ni . Tapi aku lupa nama dia . Dia pernah kata yang dia selalu nampak ada seorang budak perempuan tanpa kepala berjalan jalan di sekitar aspuri . Budak tu bagitau , nama 'benda' tu Alice" ,

"Huihh . Takkan lah benda tu bagi kot . Merepek je lah" 

"Tapi kan , takkan lah budak tu nak main main kot . Hurmm" , Afif membalas .

"Biasalah budak-budak . Nanti balik kau tanyalah si Nazmi tu" , aku membalas .

Afif mengangguk lalu kami meneruskan pembelajaran kami yang tergantung sebentar tadi . Setelah prep tamat , kami segera pulang ke asrama . Esoknya merupakan hari peperiksaan . Aku ingin segera pulang ke bilik dengan tujuan untuk membuat sedikit ulang kaji sebelum tidur . Sesampainya aku di asrama , aku masuk keblikku . Afif naik ke biliknya di tingkat tiga . Bilik aku agak gelap . Aku orang pertama yang melangkah masuk ke bilik aku pada malam itu . Sebaik saja aku membuka lampu bilikku , sepelusuk tubuh tanpa kepala berada di hadapan tingkap . Aku segera berlari keluar dari bilik . Sebaik saja ku toleh kebelakang , Wishal berada di hadapanku . Aku berlanggar dengannya lalu aku jatuh . 

"Asal kau ni ? Gelabah semacam ?"

"Tadi.. Tadi.. Aku nampak ada hantu"

"Huihh merepek je kau ni" , Wishal membalas sambil menjenguk ke slam bilik . 

"Mana ada apa apa pun" , Wishal berkata .

Aku cuba menjenguk ke dalam bilik . Memang tiada apa disitu . Mungkin 'benda' itu sudah pergi dari situ . Ini bermakna , betul lah apa yang dikatakan budak perempuan tadi . Alice memang wujud .

TegurWhere stories live. Discover now