Melangkah dengan longlai . Sungguh penat hari ini . Tidak tahu mengapa . Mungkin sebab jadual hari ini agak hardcore . Mana tidak nya , subjek sains semua sekali berderet selepas rehat . Fizik, Biologi , Kimia . Ya Allah . Tuhan sajalah yang tahu betapa penatnya hari ini . Entah masuk atau tidak ilmu itu .
Kain yang dihantar dobi diangkut olehku . Jalan beriringan dengan teman teman yang lain , tetapi tidak berkata sepatah pun . Bukan bergaduh atau apa tetapi terlalu penat . Apa yang terdampar di fikiran ini hanyalah sebuah katil yang tak seberapa empuk di bilik . Dapat baring , confirm tak jaga sampai maghrib .
"Wei , homework banyak tak?" , tanya Zack padaku .
"Wei kau tidur ke tadi ? Banyak siuuuut" , balasku .
Zack hanya mengeluh , dia tidak mengharapkan jawapan itu yang akan keluar dari mulutku . Sejak mendamba ilmu di Maktab Rendah Sains MARA , Parit ni , kerja sekolah terlalu banyak sehinggakan tidak terluak , sudah mual untuk menghabiskannya . Tidak tertanggung beban yang dipikul . Kata orang , tingkatan 4 ni honeymoon . Kepala tengkorak dia honeymoon . Tak langsung bagi kami .
Satu per satu langkah kami menaiki tangga . Perlahan . Agak kepenatan . Sudahlah penat , panas , dahaga semua adalah . Pakej . Harap harapnya air di bilik aku tak habis diminum oleh kawan sebilik . Kadang kadang baru saja isi , balik blikik dah habis . Diorang ni mana reti nak minta izin dulu .
"Wei jom lepak bilik Dollah ?" , Meer memberi cadangan .
Memang itu yang biasa kami lakukan setiap kali pulang dari sekolah . Tetapi semalam aku balik dari sekolah saja , terus berbaring di katilku . Konon nak baring sekejap saja sekali terlajak hingga ke lewat petang . Itu yang Meer bertanya padaku mahu lepak di bilik Dollah atau tidak .
"Yelahhh . Lepas aku tukar baju aku pergi sana okay?" , balasku .
Mereka hanya tersenyum . Kadang kadang terdengar mereka berbual , sambil tertawa tapi aku tak mampu nak ketawa . Terlalu banyak perkara yang dilakukan olehku harini ini sehingga tak cukup tenaga .
Sesampainya aku dibilik , aku berasa cukup lega . Mana tak nya , ada dua botol besar lagi air . Macam tak terusik pula . 'Pelik juga , selalu balik saja habis' , bisik hatiku . Tanpa membuang masa , aku terus meneguk air itu . Beg yang digalas pun belum lagi dilabuhkan . terlalu haus , penat dan sewaktu dengannya lah . Meer yang ternampak aku yang sedang minum air itu terus merampas botol itu dariku . Lalu dia meneguk laju sehingga habis .
"Woii tak senonoh betul . Aku tak habis minum lagi doh!" , marah aku padanya .
Hanya marah marah gurau saja . Tak pernah lagi aku nak marah kawan kawan aku . TAK PERNAH . Bukan sebab apa , aku tak suka marah marah ni . Entah lah , bagi aku biarlah hati sendiri disakiti asalkan aku dapat berbaik dengan semua orang .
Meer yang telah mengosongkan botol air tadi terus ketawa , "Alahhh sekali sekala . Lek ah" , balas Meer.
Kami berdua ketawa . Biarlah , kawan sendiri . Bukannya siapa kan ? Seusai menukar pakaian , aku berlalu ke bilik air untuk mengambil wudhu' supaya dapat menunaikan solat Asar memandangkan waktu Asar sudah menjelang . Ketika itu , bilik air kelihatan kosong . Maklumlah , kami antara yang terawal pulang ke asrama . Aku melangkah perlahan , selipar agak licin . Tapaknya sudah haus sama saja macam aku yang kehausan tadi . Silap langkah pasti tergelincir . Keadaan di dalam tandas agak sunyi . Kadang kadang , angin bertiupan , kadang kadang kedengaran bunyi pelajar lain yang memekik sana sini . Almaklumlah , asrama . Macam macam ragam .
Aku membuka pintu tandas tengah , tandas yang selalu aku gunakan tidak kiralah untuk membuang air , mengambil wudhu' , mandi dan sebagainya . Pintu tandas itu dikuak . Tiba tiba...
"Woi !! Ada orang ah !" , kedengaran suara seseorang sedang menjerit dari dalam .
"Oops sorry sorry ! Woi kau bukan nak kunci tandas ni ! Mana aku tahu ada orang . Senyap je" , balasku pada orang itu .
Dia hanya terdiam . Mungkin sedang meneran kot . Mungkin . Biarkan sajalah . Banyak lagi tandas lain yang boleh digunakan . Lalu aku bersegera ke tandas lain lantas mengambl wudhu' .
Seusai mengambil wudhu' , tandas kelihatan tenang semula . Tidak kedengaran pula orang yang membuang air tadi . Pelik . Bulu roma kian menaik , aku segera meninggalkan tandas tersebut .
Malam itu , kami pulun menyiapkan kerja rumah yang diberikan cikgu . Kerja ditangguh , mana tak nya bertimbun kan ? Kami segera menyiapkan apa yang patut , mana yang penting dahulu , mana yang perlu dihantar pada esok hari . Sudah menjadi adat kami menyiapkan mana yang perlu dihantar dahulu .
Seusai menyiapkan kerja rumah , badan ini tidak mampu lagi untuk membuat sebarang perkara. Apa yang mereka membisikkan padaku hanyalah tdur , tidur dan tidur . Malam itu mereka bercadang untuk tidur dibilikku . Katanya dah lama tak tidur dibilikku . Nak gabung katil ! Hehe , kam memang biasa menggabung gabung katil ni . Tidur secara berjemaah . Ecewahh , kalau boleh semua benda nak berjemaah , solat , pergi tandas , makan , tidur pun boleh . Imran dan Zack mengangkat katil Imran untuk digabungkan dengan katilku dan Amin .
"Woii tengok je?" , perli Meer .
"Katil aku dekat sini je . Tengok je lahhh . Bhaha" , aku membalas perlian Imran . Imran mendengus . Zack pula ketawa melihat gelagat Imran .
Kami meyiapkan katil , letak pada posisi yang betul , mengebas kebas katil agak habuk tiada di melekat padanya lalu kami melompat atas katil itu .
"Lama seyh tak tidur sini" , kata Zack padaku .
"Hoo memey ah , asyik lepak bilik Dollah je" , aku membalas .
Jam menunjukkan pukul 2 pagi , bilik sudahpun kelihatan gelap . Cahaya di koridor saja yang menampakkan segalanya . Aku berasa panas sangat . Tiba tiba saja . Aku memandang ke arah tingkap , ke arah bertentanganku . Tingkap tertutup , patutlah panas semacam . Lalu ku cuba untuk bangun , untuk membuka tingkap agar angin dapat masuk . Sejuk sikit . Aic cond semulajadi .
Dengan mata yang agak bengkak kerana mengantuk , langah yang longlai , aku segera membuka tingkap . Apabila tingkap dibuka saja , angin mula masuk menyinggah badan yang cukup panas ini .
"Wahh sejuknya" , berkata aku sendirian sambil menutup mata .
Buka saja mata , penglihatan aku gelap saja . Tak tahu kenapa . Hitam saja yang aku nampak . Rupa rupanya aku tak salah tengok , benda hitam itu bukanlah penglihatan aku yang kabur akibat mengantuk tetapi rambut panjang yang menutupi muka seseorang . Baru aku perasan , dia berada di depan tingkap . Depan AKU . Begitu dekat sekali . Merenung padaku . Aku tahu dia sedang merenung padaku walaupun wajahnya tidak kelihatan . Aku terus menutup tingkap . Tidak dapat berbuat apa lagi . Benda itu bermain difikiranku . Lalu aku terus berbaring semula dikatil . Menutup mukaku dengan bantal . Tak fikir dah panas ke apa ke .
Keesokan pagi aku demam panas . Mereka pelik , semalam ceria semacam . Hujan tak ada ribut tak ada tiba tiba demam . Pelik . Sejak dari itu , aku tak pernah tidur dengan tingkap yang terbuka .