Pagi yang indah . Suasana yang aman damai serta nyaman . Kabus kelihatan di celah bukit bukau di sekitar MRSM Parit , Perak yang tercinta . Hari Ahad adalah hari yang paling menyeronokkan bagi pelajar asrama . Hari di mana mereka dapat berehat dan melakukan apa sahaja tanpa mengikut jadual . Awal pagi lagi , mereka sudah bersedia dengan pakaian sukan untuk beriadah pagi .
"Mil ! Futsal jom ?" , Amin mengajakku untuk turun beriadah .
Kebiasaanya , pada pagi Ahad , aku akan meluangkan masa dengan tidur . Maklumlah , duduk di asrama agak penat . Jadual agak padat . Ketika itu , aku masih belum mandi . Masih duduk di hujung katil sambil termenung . Melihatkan semangat cubemate aku itu ingin beriadah , aku segera menuju ke bilik air untuk bersiap .
"Amin , kau gerak ah dulu . Aku nak basuh muka , gosok gigi jap" , balas aku kepada Amin .
Amin mengangguk tanda ya . Dia segera mengenakan kasut sukannya lalu berlari menuruni anak tangga . Maklumlah , bilik kami di tingkat atas sekali . Tingkat 3 . Agak penat naik turun tangga setiap hari .
Aku segera menyiapkan diri dengan memakai jersi pasukan bola Malaysia yang berwarna biru . Aku mencapai kasut sukan di almari kasut lalu segera berlari ke gelanggang futsal . Aku meraba poket seluar aku dengan tanganku .
"Aduhhh terlupa lagi !" , mengeluh aku pada diri sendiri .
Aku terlupa untuk mengambil telefon bimbit aku di bawah bantal . Manalah tahu ada kecemasan , senang nak hubungi sesiapa yang terdekat .
"Haihh lantaklah . Bukan ada apa pon rasanya" , aku bermonolog . Aku segera berlari ke arah gelanggang futsal .
Sesampainya aku disana , kelihatan begitu ramai pelajar sedang beriadah . Ramai kawan kawanku sedang mengerumuni gelanggang futsal , menunggu giliran untuk pasukan mereka pula untuk bermain . Aku mengeluh kesal kerana bangun lambat .
"Haihh ada team lagi ke tak ni masa ni ?" .
Aku segera mendapatkan Amin yang sedang menunggu giliran untuk bermain .
"Amin , kau dah ada team ke belum ?" , tanya aku kepada Amin .
"Ada , haaa nasib baik muat seorang lagi" , kata Amin kepadaku
. Aku menyertai kumpulan futsal mereka . Sambil menunggu giliran , kami sempat berborak borak tentang kejadian malam hari .
"Amin , kau ada balik bilik tak semalam ? Means malam tadi ?" , tanya aku kepada Amin .
Amin menggeleng . "Asal ?" , tanya Amin kepada aku .
"Hehh tak ada apa ahhh . Saje tanya" , balas aku kepada Amin .
Sesudah main , kami ke Dewan Selera untuk menikmati juadah minum pagi . Kuih karipap dua keping dan segelas air Milo cukup untuk mengisi perutku yang kekosongan .
"Lepas ni nak buat apa ?" , tanya Amin kepada aku .
"Apa lagi , tidur ahh . Penat sehh ." , balas aku . "Yee ah kau . Asyik tidur je kerja" , Amin mengeluh .
Mana tidaknya , hidup di asrama memang memenatkan tetapi seronok . Balik ke bilik , aku terus mencapai telefon bimbitku . Mujur tiada mesej . Maklumlah , sejak hubungan aku dan Syuhaidah putus akibat beberapa faktor , telefon aku jarang berbunyi . Kadang kala , aku merindui suara manja dan kenakalan Syuhaidah . Bukan kadang kala malah selalu . Aku selalu merinduinya . Tetapi tiada rezeki , tiada apa boleh buat . Aku hanya mampu redha dengan kehendak Ilahi . Aku berbaring di katilku . Sambil merenung masa depan .
"Apa agaknya yang aku akan jadi ehh besar nanti ?" , mengeluh aku seorang diri . Sambil termenung makin lama kelopak mataku semakin berat . Lalu aku terlelap buat seketika .