Sakit

2K 75 21
                                    

"Syamil" , cikgu Emi memanggilku .

Aku membuka mataku setelah terdengar cikgu Emi memanggilku . Mataku terkedip-kedip memandang cikgu Emi . Cikgu Emi memandangku dengan pandangan yang penuh bermakna .

"Maafkan saya cikgu . Kepala saya agak sakit sakit"

"Pergilah klinik kalau dah tahu sakit . Belum pukul 9 lagi tu . Cepat pergi pejabat ambil borang" , balas cikgu Emi .

Aku segera mengalihkan punggungku dari kerusi . MEngemas barang di atas meja lalu meminta kebenararan cikgu Emi untuk ke klinik . Cikgu Emi membenarkan lalu aku segera ke pejabat untuk mengisi borang sakit . Aku melangkah masuk ke kaunter pejabat dengan penuh lemah . Kedinginan pendingin hawa di pejabat menyegarkan tubuhku . Aku segera ke kaunter pejabat untuk meminta borang sakit .

"Ye dik nak apa?"

"Nak pergi klinik"

"Owh kejap eh"

Kakak kerani di pejabat menghulurkan borang sakit untuk aku isi . Aku mencari pen di kocek seluarku tetapi aku terlupa untuk membawanya . Kakak kerani yang ternampak gelagat aku yang sedikit kalut itu menghulurkan pen berwarna hitam kepadaku . Aku menyambutnya dengan senyuman . Aku mengisi borang sakit tersebut dengan segera . Setelah selesai mengisi borang tersebut , aku menghulur semula borang itu untuk mendapat pengesahan . Kakak kerani tersebut menyambutnya lalu menuju ke bilik Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu cikgu Yusuf untuk mendapatkan pengesahan . Setelah beberap minit kemudian , kakak tersebut keluar dari bilik tersebut lalu menyerahkan semula borang itu kepadaku .

"Adik tunggu kat depan tu ya . Sekejap lagi van datang"

Borang tersebut berpindah tangan lalu aku menunggu van untuk ke klinik . Aku mencari kerusi untuk diduduki sementara menunggu van . Di situ , terdapat beberapa pelajar lain yang mungkin sakit sedang menunggu van juga . Mereka ini kadang kadang bukannya sakit betul cuma buat-buat sakit agar dapat lari dari kelas yang mereka tidak mahu masuk . Aku ternampak kerusi yang kosong lalu aku segera duduk disitu . Sebaik saja aku duduk , van telah pun sampai . Aku mengeluh sedikit kerana belum sempat berehat-rehat sebentar . Aku segera menaiki van lalu kami bergerak ke Klinik Kesihatan Parit .

Setelah sampai , kami menuruni van lalu menuju ke kaunter pendaftaran . Terdapat ramai pesakit di Klinik Kesihatan tersebut . Ada yang tua , yang muda , kanak-kanak , mahupun perempuan yang sedang mengandung turut ada . Pelbagai ragam pesakit dapat aku lihat disitu . Kami mengisi borang pendaftaran di kaunter pendaftaran .

"MRSM ?" , jururawat di kaunter itu mengajukan soalan itu kepada kami .

Kami semua mengangguk lalu dia menyerahkan borang untuk diisi . Setelah selesai mengisi borang , kami mencari tempat untuk duduk sementara menunggu nama dipanggil . Aku duduk berhadapan dengan pintu bilik doktor . Aku melihat sekeliling sekiranya terdapat cikgu di klinik itu . Setelah aku memeriksa sekeliling , aku mengeluarkan telefon bimbit lalu aku membuka laman sosial sementara menunggu nama dipanggil . Aku tak update status atau tweet di Twitter kerana takut diketahui oleh orang-orang yang tak sepatutnya . Setelah beberapa minit menunggu , namaku dipanggil . Aku segera ke bilik doktor itu . Aku terselisih dengan seseorang tetapi perasaan aku tidak sedap hati . Aku menoleh kebelakang tetapi tiada orang disitu .

"Dia pergi bilik air kot" , bisik hatiku .

Aku segera masuk ke bilik doktor . Doktor menyuruhku duduk di kerusi . Aku memberitahu doktor sakit kepala yang aku alami . Doktor mengambil pengukur suhu lalu diletakkannya di dahiku . Stetelah itu , dia memerhatiku agak lama . Dia mengambil stetoskop lalu mendengar kadar pernafasanku didada .

"Ada lelah ke sebelum ni ?" , doktor tersebut menanyakan kepadaku .

Aku mengangguk . Doktor mengarahkanku untuk pergi ke bilik sebelah untuk menghirup gas oksigen kerana aku lelah katanya . Aku segera mengikut arahannya . Aku meklangkah keluar dari bilik doktor tersebut . Aku memasuki bilik sebelah yang tertulis 'UNIT KECEMASAN' .

"Ye dik ada apa" , Tanya seorang jururawat disitu .

"Doktor kata saya kena ambil nap ."

"Owh kejap eh . Adik duduk kat situ duku ye" , balas jururawat itu sambil menuding jari pada sebuah kerusi bersebelahan dengan mesin nap tersebut . Aku segera mencapai kerusi itu lalu aku dudukinya . Aku menunggu jururawat itu membuat persiapan lalu dia menyerahkan topeng gas tersebut kepadaku . Aku mengambilnya lalu aku memakainya . Aku mengambil nap itu untuk beberapa minit sebelum ianya selesai . Stelah itu , jururawat itu mengarahkan aku untuk berjumpa dengan doktor semula . Aku melangkah ke bilik doktor lalu doktor member sedikit nasihat pemakanan dan penjagaan kesihatan . Aku melangkah keluar dari bilik doktor setelah semuanya selesai . Terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui untuk mengambil ubat .

Aku mencari tempat duduk untuk menunggu sementara namaku dipanggil untuk mengambil ubat . Aku terlihat seorang perempuan tua yang agak pelik gelagatnya . Bersebelahnnya adalah seorang budak lelaki kecil . Mungkin cucunya . Budak tersebut melihatku dengan penuh ketakutan . Aku dapat melihat riak wajahnya yang diselubungi ketakutan . Aku berasa hairan dengan gelagat budak tersebut . Setelah lama dia memandangku , dia menutup wajahnya dengan tangannya . Aku bertambah hairan . Apa yang budak itu lihat agaknya .

Namaku dipanggil untuk mengambil ubat lalu aku menyegerakan diriku untuk mengambil ubat . Setelah selesai aku mengambil ubat itu , aku duduk semula dikerusi tadi . Nenek dan budak kecil itu sudah tiada disitu .

"Cepat betul mereka beredar" , bisik hatiku .

Aku mengambil tempat dikerusi itu sambil menunggu van untuk pulang . Aku melihat ke dalam plastik ubat yang diserahkan oleh jururawat sebentar tadi . Terdapat surat cuti yang diberikan oleh doktor dan beberapa ubat . Aku menutup semula plastik ubat tersebut dengan penuh senyuman .

"Dapatlah aku berehat harini . Esok oleh sambung belajar balik" , bisik hatiku .

Aku melihat sekeliling sama ada pelajar-pelajar lain sudah selesai berurusan dengan doktor . Tiba-tiba , nenek tua dan cucunya ada disebelahku . Tempat di mana mereka berada sebentar tadi . Kali ini , nenek itu pula yang memandangku dengan penuh dendam . Aku berasa sedikit gentar kerana wajah nenek tersebut agak menakutkan . Aku cuba memberikan senyuman kepada nenek tersebut tetapi wajahnya masih tidak berubah dan bertambah menakutkan . Aku menoleh lalu menganggap tiada apa yang berlaku . Aku cuba meninjau ke luar untuk melihat van jikalau sudah sampai . Setelah aku meninjau ke luar , aku melihat semula nenek dan cucunya itu . Mereka sudah tiada disitu .

"Haihh mana pulak mereka ni?'" , bisikku . Aku berasa agak seram sejuk ketika itu walaupun ramai berada disitu .

Pundi kencingku berasa kurang enak ketika itu . Aku segera mencari tandas untuk membuang air kecil . Aku meletakkan plastik ubatku di luar lalu aku memasuki tandas tersebut untuk membuang air kecil .

"Huhh lega" , aku bermonolog .

Tiba-tiba , seseorang mengetuk pintu tandas tersebut dari luar .

"Kejap . Tak habis lagi ni" , balas aku pada orang itu .

Setelah aku selesai membuang hajat , aku melangkah keluar dari tandas tersebut . Kelihatan tiada sesiapa diluar .

"Haihh siapa pulak main-main ni ? Buat hal ah" , bisik aku .

Aku segera meninggalkan tempat tersebut . Setelah sampai di luar , aku berasa kekurangan . Aku tertinggal plastik ubatku . Aku segera ke tandas semula untuk mengambilnya . Setelah aku sampai di tandas , plastik ubat aku tiada disitu .

"Aik ? Siapa pulak yang nak curi ubat ni ?" , aku bermonolog .

Aku cuba mencari plastik ubat tersebut di celah-celah kerusi yang berdekatan di situ . Tiba-tiba , pintu tandas terbuka , kelihatan nenek tadi keluar dari tandas . Dia memandangku seolah olah ingin membunuhku lalu dia beredar dari situ . Aku berasa kurang enak lalu aku beredar dari situ . Setelah sampai di kerusi tempat di mana aku berada sebentar tadi , kelihatan plastik ubat aku berada di situ . Aku mengambil dan melihat ke dalam plastik tersebut . Plastik ubat tersebut memang plastik ubatku . Aku berasa hairan , bagaimana plastik ubat tersebut boleh berada disitu dan siapa nenek serta cucunya itu ?

*P/S : Sorry ini mungkin chapter terakhir yang akan saya upload di sini . Untuk membaca cerita seterusnya , anda boleh mendapatkan novel T3gur di mana mana kedai buku berhampiran paling awal bulan hadapan . In Syaa Allah . Teruskan menyokong saya dan saya akan menulis cerita yang mungkin lebih menarik untuk anda . Sekian terima kasih

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 01, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

TegurWhere stories live. Discover now