“Syamil , lepas ni kau teman aku pergi kelas boleh tak ? Aku nak ambik buku la” , Meer bertanyakan padaku .
Memandangkan minggu depan adalah hari peperiksaan , memang semua sibuk nak baca buku , semua sibuk nak menelaah . Tapi last last minute macam ni lah baru diorang nak baca buku . Sebelum sebelum ni tak ada pulak kan . Budak asrama . Biasalah pelbagai ragam . Ada yang jenis rajin tu , memang rajin betul dia nak study . Kalau boleh , tiap tiap malam menghadap buku . Haih , kalau aku boleh naik gila tu .
“Haa , tengok lah . Kau nak ambik buku ke nak buat apa ? Hehe” , aku membalas sambil mengangkat kening padanya .
“Hehe , itu sampingan je . Nak kacau orang sebenarnya . Haha” , Imran berkata pada aku .
Dah agak , mesti ada udang di sebalik mi . Kalau tak , takkan lah dia semangat sangat nak ambik buku malam malam macam ni . Ajak aku seorang pulak tu . Kalau tak , mesti dia ajak semuanya kan ? Siapalah yang dia nak kacau tu agaknya . Haihh , aku ni pulak jenis yang ikut orang saja .
“Hah , siapa yang kau nak kacau tu ?” , aku buat buat tanya padanya sedangkan aku sudah mengetahui siapa yang biasa dia kacau .
Cehh . Ingat aku ni bendol sangat ke ha ? Perut pun sudah mula lapar semula selepas membuang air besar tadi bersama Sholeh . Walaupun agak tidak selesa ketika membuang itu . Aku cuba mencari makanan di dalam locker aku .
“Cehh habis kena kebas . Siapalah buat dajal ni” , berbisik aku di dalam hati .
Tidak mengapalah , mereka tidak tahu mana halal mana haram . Halalkan saja . Malas nak bertekak . Aku pun ke bilik Dollah , tempat biasa kami semua lepak . Manalah tahu mereka ada makanan ke dekat situ kan ? Siapa boleh jangka . Aku mencari sandal aku . Baru 5 minit ditinggalkan sudah lesap .
” Alahai budak budak asrama ni , kalau boleh semua benda nak PINJAM kan ?” , aku mendengus . Mencari cari sandal aku yang hilang . Dari hujung bilik ke hujung bilik aku mencari .
“Weh , sandal kau eh Syamil ? Aku pinjam jap tadi” , kedengaran suara Adli berbunyi . Mungkin dia ternampak aku tercari cari sesuatu mungkin .
“Haah sandal aku . Nasib baik tak hilang.” , aku membalas .
Aku ni jenis yang tak suka bertekak , so biarkan saja . Buat diam sudah . Tak best kot gaduh gaduh ni . Biar kawan dengan semua kan ? Lalu aku menyarungkan sandalku pada kakiku yang agak kecil itu . Orangnya kecil kecil comel saja . Kaki pun saiz 6 atau 7 . Budak budak laki lain semua saiz 8 ke atas . Aku lah yang paling kecil . Haa nampak tak ?
Aku terus melangkah ke bilik Dollah dalam keadaan yang agak kelaparan itu . Ketika aku sampai , tiba tiba saja Zack menawarkan aku Maggi .
“Mil , kau nak maggi tak ? Ada lebih ni ? Tiba tiba rasa lapar pulak tapi tak syok ah makan sorang” , Zack menawarkan maggi padaku lalu mengajak aku makan bersamanya .
“Eh , lahaii tahu tahu je aku lapar . Haha” , kami semua tertawa .
“Kau kan memang selalu lapar” , Sholeh mencelah .
“Kau memang sehari tak kacau aku tak sah kan ?” , bengis aku terhadap Sholeh
“Haha ! Lek lek , jangan ah marah” , Sholeh cuba memujukku . Malas aku layan . Aku terus menuju ke cerek air panas . Haa , ada air lagi . Mungkin lebihan yang orang buat tadi . Alhamdulillah rezeki . Tak payah aku nak masak lagi .
“Mil , cepat ah . Kata nak teman aku pergi kelas jap” , tiba tiba kedengaran suara Imran memanggilku di muka pintu bilik .
“Eh , alahh kejap lah . Aku nak makan jap ni” , aku membalas .
“Lepas ni ah . Kita makan sama sama” , Meer memujuk .
Alahaii , kesian dekat Zack , tadi dia yang ajak aku makan . Tetapi , aku dah berjanji dulu dengan Imran yang aku akan teman dia malam ini .
“Korang nak pergi mana ?” , Zack bertanya kepada kami berdua sambil menyuapkan maggi ke dalam mulutnya . Cepat betul dia masak . Aku tak tuang air panas lagi .
“Me er ni ha nak ambik buku katanya” , aku membalas .
“Haa pergi ah dulu . Aku makan dengan Sholeh dulu” , Zack membalas .
Aku mengangguk lalu kami berdua pun beredar . Malam itu agak sejuk . Jam menunjukkan pukul 11 . Baru sebelas malam tapi bayu dingin itu telah pun menyelubungi kami berdua . Kami berjalan melalui kaki lima. Depan padang . Di situ , agak gelap . Seram sejuk menyelubungi diriku . Biasa tak macam ni .
“Weh , kau nak ambik buku apa ?” , aku membuka soalan untuk menghilangkan rasa yang tidak sepatutnya berada dalam diri ini .
“Aku nak ambik Fizik . Fizik aku teruk kot” , Imran membalas .
Sesampainya kami di kelas , kami ternampak ada satu kelas yang lampunya masih terbuka . Kelas aku ? Aik , siapa pula yang ada di kelas aku malam malam macam ni . Kami berdua pun curi curi tengok . Tak nak orang yang kat dalam tu nampak . Senyap senyap kami menjenguk di tepi kaca pintu itu . Kelihatan Sarra , Syamiera , dan Iman ada di dalam .
“Owhh patutlahh nak ambik buku . Konon” , aku berbisik pada Meer
. Aku dah agak , dia nak jumpa Syamiera sebenarnya . Dah lama aku agak . Rupa rupanya apa yang aku agak tu betul .Kami berdua ke kelas sebelah , kelas 402 . Menunggu mereka untuk keluar dari kelas . Agak lama kami menunggu .
Imran memakai sweater berwarna keputih kelabuan sedikit , agak kabur bila mata dipandang . Dia duduk senyap di kelas 402 . Menakutkan aku pula mamat ni . Apa yang dia fikir pun aku tak tahu . Aku pun duduk je lah ,tak berkata apa . Sebenarnya aku dah mengantuk . Dan yang pasti , aku tak suka menunggu . Mataku berhadapan dengan kelas tingkatan 5 di depan . Aku ternampak sesuatu . Satu kelibat . Mungkin pakcik guard kot , bisik hatiku . Jadi , aku buat don’t know je lah . Makin lama aku pandang makin dekat pulak .
“Eh , apa yang pakcik guard tu buat lam lama kat situ ? Mengintip kah ?” , bisik hatiku .
Aku cuba perhatikan pergerakan pakcik gurad itu . Aku cuba memfocuskan pandangan aku . Baru aku sedar , itu bukan lelaki . Itu PEREMPUAN ! Dan dia betul betul tengah tenung aku . Aku segera mengalihkan pandangan aku . Berdoa agar benda itu tak da disitu lagi .
“Wei , kau dah tidur ke ?” , tanya Imran kepadaku .
Dia nampak aku memejamkan mata . Sebenarnya aku tengah berusaha berdoa agar benda tu tak ada kat situ .
“Eh . tak adalah . Penat sikit . Lelap ah kejap . Haha” , aku membalas spontan .
Tak mahu memberitahu hal sebenar kerana tak mahukan takutkan dia . Aku cuba menjenguk sekali lagi ke tempat di mana benda itu berdiri sebentar tadi . Fuhh , betapa leganya aku bila benda tu dah tak ada . Aku berasa bersyukur yang dia sudah tiada lagi .
Sebentar kemudian , kedengaran bunyi pintu kelas sebelah terbuka . “Owhh mereka dah keluar . Akhirnya!” , aku berbisik .
Aku sebenarnya nak balik ke dorm dengan segera sebab dah rasa lain macam . Imran berborak sebentar lalu kami pun beredar . Aku cuba memandang ke tempat itu lagi , ya benda itu sudah tiada . Mungkin imaginasi aku saja tadi . Aku terpandang ke bumbung , memandangkan kami di tingkat atas sekali . Aku ternampak , dia . Ya benda itu . Dia sedang berdiri , sedang menujukkan sesuatu padaku . Segera aku mengalihkan perhatian . Meminta agar mereka cepat sikit berjalan . Dengan alas an nak balik cepat nak makan maggi . Lapar .
Sesampainya aku dekat dorm , terus hilang seleraku . Hilang nafsuku untuk makan . Terngiang ngiang difikiranku . Apa yang benda tu nak sebenarnya . Tetapi kenapa aku ?