Cinta Sejati Quèen//02:

1.1K 67 0
                                    

Petikan pada gitar memenuhi segenap sudut bilik muzik yang sunyi. Lagu kegemaran aku life of the party dinyanyikan perlahan. Aku balik lewat ni pun sebab tak nak balik dengan insan bernama Ethan Raphael tu.

Entah lah, apa yang mamat tu fikir tentang aku. Baru dua minggu kenal dah act macam kenal aku dua puluh tahun. Asyik nak berkepit je dengan aku, nasib baik tak sama kelas. Sengal betul!

Nasib hensem pfft.

°2 minggu lalu...

" Hai saya Ethan! " Eh aku salah dengar ke memang ada jin nama ethan ni? Segera pandangan aku yang tertunduk sedari tadi dek melekap pada buku novel Tengku Aisy's Maid karya Icyflakes_ aku angkat sembilan puluh darjah.

Pandangan aku terus tertumpu kepada beranda luar bilik yang dari sudut pandang dalam atau luar akan terus nampak beranda bilik jiran sebelah yang tak jauh sangat. Just around 4-6 meters.

Am I dreaming?

Seorang lelaki tampan berwajah seakan Manu Rios Fernandez sedang melambai ke arah aku dan tersenyum tipis dari beranda jiran.

Eh wait?

" Woii kau pecah masuk rumah jiran aku ke? " Aku terjerit kecil bila sedar dan kembali ke dunia realiti. Rumah sebelah tu ada penghuni, Tengku Aishah. Dia ada anak perempuan aje dengar-dengar aku tapi aku tak pernah nampak.

Lelaki ni siapa?

" Weyh, ni rumah aku lah bengong. " Rahang aku hampir terjatuh mendengar statement berani mati lelaki itu. Tengku Aishah mana? Ke diaa ni hantu yang datang balik sebab jasad tertinggal kat dalam rumah tu?

Eh seram lah pulak.

" Tengku Aishah tu mak aku dan aku bukan hantu yang tertinggal jasad kat dalam rumah ni. " Nyatanya tanpa perlu disoal dengan wajah sedikit bosan. Dia boleh baca minda orang ke?

" Nama aku Tengku ethan raphael, baru balik dari UK untuk ambil SPM tahun ni. " Dia memperkenalkan diri lantas tersengih dan menunjukkan lesung pipit serta sepasang taring yang mampu mengon-kan button fangirling semua gadis.

Kecuali aku.

Tengku Aishah ada anak lelaki sikit punya hensem dia tak bagitau? Nak masuk meminang ni. Eh apa aku merepek ni?

" oh. " Pantas tirai aku tarik menutupi pintu kaca keluar ke beranda itu. Bayangan klon Manu Rios hilang dari pandangan serta merta. " Hoii aku tak tahu lagi nama kau. " Jeritan Ethan sempat aku tangkap sebelum suasana aman seperti biasa.

Malas nak layan.

" Weyhh, Kau dah sampai ke bulan ke? " Satu suara garau membuat aku sedikit tersentak dan flashback hilang berterbangan entah ke mana. Aku menyambung dan fokus untuk mentunekan gitar yang sedikit lari nadanya mungkin sebab selalu digunakan.

" Woii sayangku arianna " Suara garau itu tiba-tiba menjerit kuat. Boleh pecah gegendang telinga aku ni kalau dia dekat lagi sikit. Tersayang-sayang kat aku ada lesen ke?

" Ethannnn diammm laaa. " balas aku dengan nada tinggi sambil menutup kedua telinga menahan frekuensi yang mampu mendesingkan telinga mana mana manusia.

" yalaa, dah jom balik. Kau tu perempuan tak elok sorang-sorang " Ethan memulakan sesi ceramahnya yang bertauliah. " Aku ada taek.. "

" Ya, kau ada taekwondo tapi perempuan memang diciptakan lemah. Kalau dah sepuluh lelaki serang kau, kau rasa taekwondo karate kau tu dapat lawan tenaga diorang? Rasanya nak lawan aku pun tak dapat. " Alhamdulillah, sentap sikit hati aku dengar tarbiah hamba Allah yang suci lah sangat itu.

" Dah lah sanggup balik lewat sebab nak elak aku. Kalau kau kena cekup dengan bangla yang bina blok baru kat sebelah tu sapa susah? " nada sarkastiknya bertukar sedikit sayu pada ayat pertama dan kembali tegas selepas itu.

" so? " Kening kanan dijongketkan sambil menunjuk muka toya kepada Ethan. Biar dia makin geram dengan Arianna Qeisha. " pujuk lah. " Balasnya selamba sambil tersenyum nakal.

" nak pujuk macam mana baby? " Sengaja aku buat senyuman menggoda untuk mengusik jejaka tampan dihadapan aku. konfirm berdebar-debar lah jantung hati usus si ethan.

" nak kiss. " Ethan membuat wink dan mula mendekati aku. Makin aku mengundur makin dia kehadapan sehingga tiada ruang lagi antara aku dan dinding. Kedua tangannya mengepung aku di dalam.

" pervert! " aku cuba menumbuknya namun tangan sasa itu lebih pantas menangkap. Ethan mendekatkan wajahnya kearah wajah ku.

Beberapa inchi lagi dan...

" tau takut. Dah kemas barang kau, aku tunggu kat luar. Nanti dah halal baru aku kiss puas-puas ye sayang. " Ethan memberi senyuman nakal sambil berlalu keluar daripada bilik muzik.

Meninggalkan muka aku yang dah merah padam macam tomato. Jantung tak payah cakap lah, berdebar tak ingat dunia. Tu lah, nak kenakan orang konon. Sendiri yang kena. Padan muka!

" ETHAN! KAU SENGAJA CARI PASAL DENGAN AKU! " Jerit aku lantang dari dalam bilik muzik. Gelak ketawa milik lelaki itu kedengaran beberapa saat kemudian.

Garisan senyum muncul pada wajah, perasaan halus yang aku tak faham datang bertandang.

Apakah?

Thanks for reading!
Please vote ★ and comment ❤

Cinta Sejati Queen #Wattys17Where stories live. Discover now